TAB

Thursday, December 29, 2011

Part Time Singing Part 2

Entri kali ni adalah kesinambungan dari post semalam.
Klik SINI

Semester ni aku banyak kaut pengalaman dengan menyanyi.

Semuanya bermula apabila aku masuk pertandingan nasyid beberapa bulan lepas.
Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut pasal pertandingan tu.

Berita kemenangan aku telah sebar dalam satu kelas. Dan seorang lecturer, PM Zaiton yang amat prihatin telah menawarkan aku untuk menyanyi di tiga majlis. (wah...! hebat tak?)

Kelas PM Zaiton adalah medium mencurahkan bakat. Student yang lambat akan didenda untuk menyanyi, menari berlakon dan sebagainya. Aku tak terkecuali.
Pernah sekali aku post pasal kelas PM Zaiton ni. Klik SINI

Bersama, Ana yang juga menyanyi malam tu. (serius mantap suara dia!)

Majlis integrasi antara UiTM Kedah dan Kampus Bandaraya Melaka.

Aku mewakili UiTM KBM untuk menyanyi disana. Dua lagu aku bawa. Lagu pertama, lagu yang aku menang masa nasyid tu.
Klik SINI untuk dengar aku nyanyi lagu apa.

Satu lagi lagu, Harapan - Fazli Zainal.
Nak dengar aku nyanyi? Klik video dibawah.

Best tak? Entahlah...pada aku ok lah. Tak de lah mantap mana pon vokal aku.


Majlis Pra-graduasi Pelajar semester akhir

Lagi sekali aku menyayikan dua lagu. Aku diarah untuk menyanyikan lagu yang aku menang masa nasyid tempoh hari, walaupon sebenarnya aku nak nyanyi lagu lain. Satu lagi lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain.

Serius susah lagu Sedetik Lebih tu. Paling aku malu masa tengah nyanyi boleh pulak aku menelan air liur. Jadinya dengarlah satu hall! OWH TIDAK. Malu wei...

Lagi satu majlis aku tak ingat apa nama dia. Tapi aku tak dapat hadir sebab dibuat masa minggu last study. Masa tu jadual memang pack gila. Dengan assignment, test, presentation dan macam2 lagi. 
Maaf PM. Mungkin lain kali.


WSM:
- pernah juga terfikir nak masuk pertandingan menyanyi, tapi aku tak nak jadi artis. Nak duit yang menang tu je. Itu pon kalau menanglah...haha -

3 comments:

ayie said...

untung la retis kbm..haha

Anum said...

bagusla dah ade part-time job!

Khairul Rahman said...

ayie : retis ? artis ok...haha

Anum : kalau berbayar ok lah..tapi ni kerja sukarela je...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...