TAB

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Kenapa Malang Tak Berbau

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Dalam perjalanan balik lalu lebuhraya, aku jumpa beberapa bangkai binatang yang mati digilis kenderaan. Sadis sungguh aku tengok bangkai biawak tu. Perut terburai, mata terbeliak, darah melimpah, kaki dan tangan tercabut ! (ok macam dah lebih je ni) 

Cuba tengok beberapa gambar binatang yang mati di jalan dibawah.


Abaikan imej yang terakhir. Entah siapa punya kerja buat macam tu.

Binatang ni mati mungkin sebab tak tengok kiri kanan masa nak melintas, tak tengok kiri kanan sebab tak pernah belajar peraturan melintas jalan, tak belajar peraturan jalan sebab tak sekolah, tak sekolah sebab mereka binatang. Jadi takkan nak salahkan mereka?

Kenapa tak salahkan manusia? Manusia punya otak untuk berfikir. Jadi kenapa manusia ni langgar juga? Mungkin sebab binatang ni melintas secara mengejut dan menyebabkan manusia tak sempat untuk menghentikan kenderaan mereka. Jadi persoalan disini, tak akan nak salah kan binatang lagi?

Manusia langgar manusia, dicipta satu hukum yang dipanggil undang-undang jalan raya. Kenapa manusia langgar binatang tidak diwujudkan satu hukum yang menghukum manusia itu sendiri. Disini timbulnya ketidakadilan duniawi. Tak akan lah nak tunggu binatang itu bersuara agar nasib kaum-kaum mereka terbela?

Apa agaknya hukum mengafankan binatang?

Tak payah cari jauh, aku sendiri pernah ada pengalaman melanggar binatang kesayangan nabi, kucing. Ketika itu aku menunggang dalam keadaan laju, tiba-tiba muncul kucing melintas. Tanpa berkata apa-apa aku terlanggar kucing tadi. Bergelimpangan kucing tersebut ke dalam semak. Sampai sekarang aku tak tahu apa nasib kucing itu. "Kucing, maafkan aku"

Seperti tajuk yang aku pilih pada kali ini - malang tidak berbau. Sesuai ditujukan kepada manusia mahupun binatang diluar sana. Kalau malang itu berbau, pasti tiada kecelakaan seperti ini.

Kepada manusia - berhati-hati ketika berada dijalan raya. Nyawa binatang mungkin terbunuh jiwa kita semua tak berhati-hati.

WSM:
- Binatang menjadi bangkai mungkin tiada orang kisah. Tapi jangan manusia pula yang menjadi bangkai -


Sunday, May 20, 2012

Mengajar Anak Berenang, Berkuda dan Memanah

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...


Bersukan amat digalakkan islam. Terdapat tiga sukan yang digalakkan dalam islam iaitu menunggang kuda, berenang dan memanah.

Hal ini dibuktikan oleh sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Saya kurang pasti kenapa sukan ini digalakkan dalam islam. Tapi jika difikirkan secara logiknya zaman Rasulullah biasanya akan terlibat dengan peperangan. Mugkin tiga sukan ini amat berguna semasa menentang musuh-musuh islam. Wallahualam.

MENUNGGANG KUDA


Secara saintifiknya menunggang kuda ini banyak kebaikannya. Antaranya:
  • Membaiki imbangan, menguatkan otot dan mendorong semangat penunggang.
  • Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.
  • Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya dan membantu mengatasi rasa takut 


BERENANG


Satu kajian oleh Professor Liselott Diem di German Sports Collage di Jermn mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang di peringkat awal menunjukkan pembangunan lanjutan dalam:
  • Kemahiran motor kasar dan halus
  • Refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situasi yang diluar jangka.


MEMANAH


Antara kebaikan memanah ialah:

  • menajamkan akal dan fikiran - perlu fokus pada sasaran yang ingin dipanah.
  • meningkatkan keseimbangan badan - badan perlu diseimbangkan supaya menepati sasaran.
  • melatih seimbangkan emosi - jika emosi pemanah tertekan panahan amat mudah tersasar
Mungkin ada yang mengatakan ketiga-tiga sukan ini tidak begitu popular jika dibandingkan dengan sukan lain seperti bola sepak, futsal, badminton dan sebagaiya. Namun sukan inilah yang menjadi sunnah Rasulullah. Disamping bersukan, kita akan dapat pahala jika melakukan ketiga-tiga sukan ini. Insyallah.

Sumber: FitrahWorld



WSM:
- semua tiga sukan di atas aku tak pandai. HEHE -

Wednesday, May 9, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : Bayi Diseksa !




Watch Video Below:
video

WSM:
Di Mana sifat kemanusiaan anda??

Tuesday, May 8, 2012

"Aku ada degree, kau ada?"

Salam satu kehidupan...


Dalam dunia ini ada berbagai-bagai ragam dan perangai manusia. Setiap daripada manusia itu pula mempunyai latar pendidikan yang berbeza.

Walaupun kawan kita itu mempunyai pendidikan yang lebih rendah, tak perlu rasanya nak tunjukkan diri kita punyai kelayakan akademik yang lebih hebat.

"Aku ada degree, kau tu setakat SPM saje!"

Patut ke cakap macam tu dekat orang? Kalau aku jumpa orang macam tu aku balas:

"Atok aku ada Master, Atok kau ade?" Alamak. Tak baik pulak buat macam tu.


Kalau pun kawan kita setakat SPM tapi dia berusaha keras untuk berjaya, tak mustahil kalau budak-budak lepasan SPM ni mampu jadi manager, ada bisnes sendiri, kereta sendiri ataupun rumah sendiri. Pada umur 23 tahun, diorang sudah ada semua harta benda tu. Tapi kita yang berumur 23 tahun ni hanya mempunyai segulung kertas tertulis "Ijazah" dan hutang PTPTN.

Aku menjadi semakin takut bila baca berita daripada Berita Harian hari ini.

Berita Harian

Nampak tak angka 70,000 tu? Bukan seratus dua, tapi puluh ribu yang menganggur. Akan datang mungkin angka ini akan semakin bertambah.

Tipu tak pernah ponteng!
Aku bukanlah nak sarankan supaya budak lepasan SPM tak payah sambung belajar lagi, tapi aku cuma nak sedarkan akak dan abang yang ada Ijazah ni supaya jangan terlalu sombong dengan Ijazah tersebut. Allah mengurniakan rezeki yang berbeza-beza untuk setiap orang.

Harap aku tidak tersenarai dalam kelompok penganggur lepas tamat pengajian nanti. Amin~

Sumber: Berita Harian


WSM:
- setinggi mana pun kita belajar, mati tetap dalam tanah yang sama -

Sunday, May 6, 2012

Bersenam Sambil Menari

Salam satu kehidupan...

Petang tadi aku dan kawan-kawan pergi lagi bersenam aerobik. Kali ini sudah dua kali kami turut serta. Minggu lepas kami berjogging dulu baru beraerobik  tapi minggu ini vice versa. Kami beraerobik di taman rekreasi berdekatan Stadium Tun Fatimah.

Comel je PM kita dan isteri ni kan?
Seronok beraerobik ni. Lagi seronok beraerobik daripada berjogging. Aerobik ini seronok disebabkan kita bersenam diiringi dengan rentak muzik. Bila muzik perlahan pergerakkan menjadi perlahan juga. Bila muzik rancak, gerakkan badan pun menjadi tersangatlah pantasnya, sampai tak terikut aku dibuatnya

Lagi satu sebab aerobik ni seronok kerana kita dapat belajar pelbagai teknik menari. Macam-macam gaya ada. Dari tradisional hingga ke moden. Sampai kawan aku cakap,
"Nuar, boleh masuk showdown tahun depan ni!"

Selain daripada itu, aerobik menjadi bertambah seronok apabila kita bersenam beramai-ramai. Disitu kita dapat melihat pelbagai kaum dan peringkat umur bersatu menjadi rakyat yang lebih sihat dan bersih! Tak adalah berhimpun dan membuat kotor dijalanan macam satu perhimpunan baru-baru ini. Aerobik lagi bersih dari BERSIH.

Ini bukan bersih
Antara kebaikan aerobik yang lain:

  1. Menurunkan risiko serangan penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, serangan angina ahmar dan beberapa jenis kanser.
  2. Mengurangkan lemak berlebihan  yang perlu di turuti dengan permakanan seimbang
  3. Mencegah serangan Virus  seperti deman, seselma dan batuk.
  4. Membersihkan salur darah
  5. Menguatkan Jantung
  6. Meningkatkan keceriaan
  7. Menambah Stamina
  8. Aktif sepanjang hayat
Banyakkan faedah aerobik ni? Mungkin korang akan rasa malu bila mula-mula nak join, tapi lepas dah masuk aerobik ni mesti akan rasa seronok dan tak puas. Jadi mari kita bersenam untuk sihat sepanjang hayat!


WSM:
- Baju lebih basah hari ni dari minggu lepas -

Tuesday, May 1, 2012

FILM REVIEW : The Avengers

Setelah kecewa dengan beberapa filem Melayu yang aku tengok sebelum ini, aku berallih semula ke filem Hollywood. Cerita kali ini aku tak akan lepaskan untuk tengok. Cerita yang dimaksudkan ialah The Avengers. Filem yang paling aku nantikan tahun ini.


Lepas keluar wayang, aku boleh bagi 4 bintang untuk filem ini. Watak paling aku suka dalam Avengers ialah Ironman! Watak yang sangat kelakar dan dialah hero dalam cerita ini kerana telah menyelamatkan dunia. Watak paling lemah pula aku rasa ialah Captain America. Begitu juga dengan watak Thor. Kedua-dua watak ini tak nampak kehebatan mereka bila wujud beberapa watak superhero lain. Bak kata kawan aku, Tam "Bila terlalu ramai hero dalam satu cerita itu, tak nampak keseronokannya"


Banyak sebenarnya watak dalam Avengers yang tak ada dalam filem ini. Antara yang tertinggal ialah Spiderman dan Wolverine. Tapi aku boleh bayangkan bila Spiderman dan Woverine ada, pasti kuasa mereka akan nampak tak hebat berbanding superhero yang lain.

Watak dalam Avengers Asaal
Walau bagaimanapun, tak bermakna cerita ini tak seronok untuk ditonton. Ada elemen-elemen lain yang hebat untuk ditonton. Antaranya adalah teknik CGI yang digunakan memang hebat, babak berlawan yang hebat dan cerita ini juga ada menyelitkan beberapa unsur humor yang akan membuatkan penonton akan terbahak-bahak bila menonton.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan The Avengers di pawagam sebelum terlambat.


WSM:
- terlepas tengok Battleship, tunggu download je lah. HEHE -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...