TAB

Tuesday, May 24, 2011

kerja...oh...kerja

Semalam aku diterima masuk untuk bekerja di Johnny's Restaurant Jusco Taman Universiti. Gaji dia bolehlah. Hari jumaat ni aku masuk kerja. Aku ingat lagi, masa aku kerja dekat Jusco pernah ketawakan orang yang kerja dekat situ sebab kena pakai tuxedo dan vast warna hijau. Lumrah alam, yang kita tak mahu selalunya itulah yang akan kita dapat. Tapi hari ni aku bukan nak bercerita tentang kerja yang aku baru dapat tu, tapi nak cerita pengalaman aku sebagai seorang pekerja.


Aku mula bekerja semasa umur aku 16 tahun. Ketika itu aku berada ditingkatan 4. Dan aku bekerja semasa cuti sekolah akhir tahun. Aku ditugaskan sebagai Material Handler atau dengan kata lain, angkat barang di sebuah kilang berdekatan dengan tempat aku tinggal. Nama kilang aku dah lupa. penat woo...! Yela umur masa tu muda lagi kot dah kena buat kerja berat. Tapi nak buat macam mana itu yang aku pilih. Masa tu tak ada lesen, so pergi dan balik kerja mak aku ambil.

Lepas SPM. Rasanya semua budak lepasan SPM akan cari kerja untuk sementara kan? Aku pun macam tu. Masa tu pun belum ada lesen. So aku terpaksa bekerja ditempat yang menyediakan transport. Lastly aku ambil keputusan kerja kilang lagi. Kilang pertama yang aku kerja, Jurong Hitech. Aku kerja shift malam. Gaji pun agak masyuk lah. Tapi sekejap je kerja situ. Rasanya dalam sebulan lebih kot sebab ada krisis antara pekerja kontrak dengan syarikat. Diorang bagi gaji lambat. Tapi pada aku rasa tak adalah lambat sangat, cuma satu hari je. Masa tu aku ingat lagi. Semua pekerja kontrak memberontak. Aku yang pada mulanya tak paham pun ikut sama memberontak pada malam tu. hahaha. Suasana macam dalam perang! ramai gila yang protes dekat luar kilang tak nak masuk kerja. Sampai wartawan (dari utusan tak silap) pun datang beserta dengan NGO. Fuyooo. Bangga jugak aku sebab kawan aku, Epul yang diinterview..Lastly syarikat janji nak bayar gaji pada esok siangnya. Masa nak ambil gaji siang tu, barisan panjang gila! terpaksalah beratur. Yelah, siapa tak nak duit.

Berhenti saja dari kilang tu terus cari kerja. Aku memeng jenis tak suka nak buang masa kat rumah. Kali ni aku kerja dekat satu kilang buat kompenan basikal. Tak silap ada sangkut paut dengan syarikat Shimano. Kerja dekat situ sebulan je sebab dapat kerja dekat tempat lain.

Kilang yang terakhir aku kerja lepas SPM ni adalah Flextronic. Kilang yang agak glamour jugaklah kalau duduk area Gelang Patah dan Pontian. Once again aku ditugaskan sebagai Material Handler! OMG! Nak tak nak terpaksa terima. Kerja dekat kilang tu buat aku kenal ramai orang baru. Aku dapat department lain, tak sama dengan member aku. So itu yang mengajar aku untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru. Ramai yang aku kenal masa kerja dekat situ. Tapi dah lost contact sekarang. Rindu jugak dekat diorang. Masa second last day, Kak Sue bagi aku t-shirt. Thanks Kak Sue. Aku simpan lagi baju tu. Berat badan aku masa kerja dekat situ turun dengan mendadaknya. (tapi sekarang, dah naik balik!)

Lepas tu aku masuk form 6.

Cuti akhir tahun lower 6. Aku kerja sebulan lebih dekat The Store Taman Tun Aminah. Masa nak mintak tu aku klentong cakap nak kerja lama. haha... tapi ok lah kerja situ, Satu lagi environment baru walaupun gaji dia tak lah besar mana. Sebelum kerja di The Store, aku sebenarnya dah kerja dekat Giant Tampoi. Tapi kejap je. 4 hari! Lepas tu cabut sebab The Store lagi dekat.


Lepas Upper 6. Cuti agak lama. So dari duduk rumah baik kerja. Macam-macam aku mintak kerja masa ni. Yelah masa ni aku dah ada lesen dan motor. So banyak sikitlah pilihan kerja tu. Lastly, aku dapat kerja dekat Jusco Bukit Indah. Aku mintak kerja sebagai Sale asistant. Tapi bila interview tukar fikiran jadi cashier balik sebab gaji yang lebih besar! haha... ( mata duitan!) Best kerja dekat Jusco ni. Macam-macam kerenah customer aku jumpa setiap hari. Antara pengalaman manis aku adalah dapat jadi helper dekat Jusco Bukit Tinggi, Klang dan Jusco Tebrau. Paling tak boleh lupa rasanya dekat mummy Zura! Kerja dekat jusco ni, korang akan diletakkan dibawah senior cashier. Sistem ni dipanggil 'MAK & BAPAK'. Aku berhenti kerja jusco seminggu sebelum masuk UiTM.


Sekarang ni cuti semester kedua. Cuti kali ni agak lama. Bulan 9 nanti baru naik. So, apa lagi? carilah kerja. Banyak juga tempat yang aku mintak Tempat kerja lama pun apply (Jusco). Tapi dah dekat 3minggu rasanya still belum dapat call. Mungkin tak ada jodoh dengan Jusco lagi. Semalam aku cari kerja lagi. Tapi kali ni dekat jusco tman u. Aku memang saja tak nak mintak kerja dekat dalam jusco. Nak try mintak kerja dekat tenant (kedai luar). Dua tiga round juga aku pusing. Dalam kepala fikir kedai mana aku nak serbu masuk ni. Akhirnya aku pilih satu restoran ni - Johnny's. Alhamdulilah aku diterima. Masa hari tu jugak aku sebenarnya ada interview dekat satu hotel ni. Tapi bila dapat dekat Johnny's ni malas dah nak kena interview lagi. Letih! Harapnya aku dapat sesuaikan diri di tempat kerja baru nanti.


*harap dengan duit gaji nanti dapat beli satu barang ni.
*kepada korang kat luar sana, pergilah cari kerja. Jangan mengharapkan duit mak bapak je. Cuba kerja. Atleast kita dapat rasa kepayahan nak cari duit tu macam mana.

11 comments:

lelyshuhada said...

1- johny pat favret aku ngn famly !
2- aik?ko 21 ke?

NUARAHMAN said...

Yeke..xpenah mkn situ pon..haha
Aku 20 ar

Badr Tamimi said...

hmm...best la da dpt keja..ana masih mncari keja..xdpt2 lg..huhu....

thax coz folloow...ana nk follow ante,,tp xboley..
masalah teknikal pe ntah..xphm tol..huhu

NUARAHMAN said...

Badr Tamimi : sory lambat reply ..semoga kamu dah dapat kerja sekarang...hehe

tak pe..komen pon da cukup baik klo tak follow...

Anonymous said...

Aku ingat kau perempuan aku baca cite ni dalam nada perempuan..*sengal..patut la gamble je keja sebulan behnti

Anonymous said...

Macam mana nak apply kerja dekat johnny?, kena bawak resume apa2 ke? Atau just pergi je terus dekat sana cakap ada kerja kosong tak mcm tu? Huhu

NUARAHMAN said...

@Anonymous cakap je "ada kerja kosong tak?"

b!eha said...

Terbaikk.😃

Unknown said...

Berapa gaji cashier tu siap kira semua?

Unknown said...

Berapa gaji cashier tu siap kira semua?

Unknown said...

Hai sorry nak tanya, awak kerja ni pakai resume ke? Saya tak pernah kerja dan saya ingat nak buat kerja part time so tak tahu sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...