TAB

Saturday, May 21, 2011

pro & cons - Nur Kasih The Movie

Lewat ini ku rasakan,
Kasih kian ku dambakan,
Resah hati yg ku pendam,
Pada takdir dan harapan....

Bagi pengikut drama Nur Kasih, lirik lagu tersebut adalah tidak asing bagi mereka. Jika dalam drama, lagu tersebut dinyanyikan oleh Yasin, tapi dalam filem ini lagu tersebut telah menyatukan lontaran vokal antara Tiz Zaqyah dan Yasin. Satu gabungan yang boleh dikatakan berjaya. Lagu lain yang menjadi tema Nur Kasih the movie ini adalah lagu dari Sabhi Saddi dan Helena (indonesian idol) bertajuk Tanpamu. Suara Sabhi Saddi aku dengar macam sengau semacam dalam lagu ni. Mila AF juga menyanyikan lagu tema filem ini bertajuk Bertemu Cinta. Boleh tahan lagu ni. Aku juga ada dengar Lagu Kita dari Aizat berkumandang semasa Nur dan Adam melukis ditengah bendang.

Ok. Cukuplah bercerita fasal lagu tema ni. Sekarang nak ceritakan pendapat aku tentang Nur Kasih The Movie.

Aku tengok cerita ini masa hari pertama tayangan lagi! excited gila nak tengok. Yelah, aku memang peminat cerita ni masa keluar dekat tv dulu. Masa tu tengah hangat bercinta. Memang feeling habislah. Pernah juga kadang-kadang aku menangis masa tengok babak-babak sedih. Siap bayangkan lagi aku dalam kalau aku dalam cerita tu... (hahaha).

Tapi yg sedihnya tak ada siapa nak teman aku tengok cerita ni. Busy jek semua. Lastly aku ajak Nas! (hehehe).. Asal aku senyum ek? Suka hatilah.. Orang-orang tertentu je tahu apasal aku tesengih ni. Sempat jugaklah borak-borak dengan Nas. Lama tak jumpa dia. Ajak dia pun sebab tahu dia memang minat Nur Kasih ni. Beli tiket pukul 3.30 petang, tiket berharga RM10. Seat A9 dan A10, hall nombor 2. Sebelum masuk panggung aku memang mengharapkan cerita ni gempaq gila!

Selesai menonton. Tak ingat pulak pukul berapa keluar.
Dan ini adalah pendapat aku tentang cerita ni...
  • Jalan cerita memang menarik.
  • Start and ending yang bagus.
  • Sinematografi pun tersangatlah cantik. Lagilah cantik bila berlatarbelakang Jordan. Bak kata Nur Aminah "Macam lukisan", Adam pula membalas "Lukisan Allah"
  • Pelakon juga telah membawa watak dengan baik. Paling berkesan rasanya Tiz Zaqyah.
  • Aku memang minat filem-filem mahupun drama arahan Khabir Bhatia. Aku rasa dia seorang pengarah yang mampu berfikir menjangkau akal manusia. Tahniah Khabir!
  • Pengarah juga bijak bermain dengan emosi penonton. Babak akhir akan merungkai persoalan bagaimana Adam meninggal dunia. Aku agak keliru dengan babak ni. Tapi akhirnya baru faham bila Nur....nak tahu apa? Mana boleh beritahu semua . Pergi tengok sendiri ok!
  • Mereka meletakkan cerita ini untuk kaum keluarga tapi aku rasa lebih sesuai jika membawa pasangan kita bersama kerana feeling tu akan lebih terasa! hahaha...
  • Tapi jangan terkejut kalau makcik dan pakcik tengok cerita ni dekat pawagam! Buktinya dah jelas. Disebelah kanan aku ada seorang makcik ni tengok wayang dengan anak, anak sedara, anak jiran atau cucu. aku pun tak tahu. Makcik tu cakap "sakit bont*t aku ni duduk lama-lama". Aku terserempak dengan Rosalea, dia pun tengok dengan Mak dia. Hebat tak hebat penangan Nur Kasih ni.


Namun disebalik impak positif pasti akan ada kesan negatif. Ada antara perkara-perkara yang aku tak berapa gemar dalam filem ni. Antaranya...
  • Teknik CGI dalam filem ni masih kurang memuaskan. Paling ketara adalah semasa babak seorang penumpang berlari menyelamatkan diri bila kereta api terbalik disebabkan terlanggar lori yang tersangkut di landasan. Aku tergelak kejap bila tengok. Apa yang aku gelak sangat ni? Aku gelak sebab visual api dekat atas badan penumpang tu tak nampak real! Mungkin aku dah terlalu terpengaruh dengan filem hollywood yang menggunakan teknik CGI yang jauh lebih mantap!
  • Srip memang bagus. Tapi kata-kata yang berbunga-bunga tu kurang. Aku bukanlah mat bunga, tapi malam sebelum tengok cerita ni ada tengok tv3, diorang kata ada ayat-ayat yang akan diingati penonton. Aku tertunggu-tunggu. Tapi dialog yang digunakan terlalu biasa. Aku masih ingat lagi ayat-ayat dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Lagenda Budak Setan.
  • Filem ni juga kurangnya drama. Maksud aku drama tu suspen. Contohnya semasa Adam hilang di Jordan, Nur mencari. Tapi akhirnya jumpa dan diceritakan bagaimana Adam boleh selamat. Mungkin babak ni boleh lagi drama bila pengarah mempertonton babak kereta Adam yang terjerlus di padang pasir  sebelum Nur menjumpai Adam dan bukan selepas. Mungkin penonton akan lebih tertanya-tanya sama ada Adam masih hidup atau tidak.
  • Aku juga berharap agar Nur Aminah dan Aidil bersatu dalam cerita cinta mereka yang pernah terkubur dek arahan bapa Aidil yang mahu mengahwinkan Nur dan Adam. Tapi tak...


Dari filem ni juga aku dapat membongkar rahsia disebalik judul 'Nur Kasih'
Pendapat aku, nur merujuk kepada cahaya, dan kasih merujuk kepada rasa kasih dan sayang antara tiga jiwa; Adam, Nur Aminah dan Aidil. Jadi maknanya cahaya kasih dan sayang antara Adam, Nur dan Aidil tidak akan putus walau mati sekalipun.

Setakat ini saja komen aku untuk Nur Kasih The Movie ni.
Kepada yang belum menonton, jangan malu dan segan. Turunlah ke panggung!

Salam~

4 comments:

asfarina fatin redzuan said...

ahaha..memang bole jd penganalisisn filem la kan..but, for me..nur kasih boringg.haha :)

khairul rahman said...

Mmg agak boring..drama lg best kot

suzianna said...

boringggg....ak makan popcorn jew dlm tue...kalo x,konfem tido..huhuhu...x phm sgt jln cite die..pening pon ad..huhu..

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...