TAB

Monday, May 16, 2011

MEMENDAM RASA 'ego seorang adam, penantian seorang hawa'



---- di asrama

"Farid, cepatlah teman aku pergi jumpa budak tu. Alah just makan-makan lepas tu jalan-jalan sekejap, then baliklah. Please!"

"Aku bukan tak nak teman, tapi aku malaslah nak keluar. Banyak assignment tak siap lagi ni. Lain kali ya?"

"Yelah, macam ni lah kawan. Masa kau susah dulu aku tolong kau, apa salahnya kau tolong aku pulak kali ni. Tapi tak apalah aku tak nak paksa" balas Syafiq dengan muka yang muncung.

"Okaylah, aku temankan. Tapi aku tak kacau daun ke ni? Jangan menyesal. Nanti budak perempuan tu melekat kat aku kau jangan menangis pulak" sakat Farid.

"Kalau berani kau cubalah!"


---- di pusat membeli-belah

"Fiq! kenapa kau tak bagi tahu aku dia bawa kawan dia sekali?"

"Aku yang suruh dia bawa, buat teman kau. Aku nak bawak Nadia ke tempat lain. Kau jalan-jalanlah dengan kawan dia"

"Masalahnya, aku tak kenallah siapa kawan dia tu"

"Student dekat Universiti kita juga"

Hampir setengah jam Syafiq dan Nadia meninggalkan Farid dengan seorang wanita yang langsung tidak dikenalinya. Masing-masing membisu. Farid seorang yang agak berat mulut terhadap sesiapa yang tidak dikenalinya.

"Saya Syida. Student Marketing" Syida memulakan bicara.

"Err...saya Farid. Human Resource"

"Awak ni memang pemalu ya?"

"Eh, tak adalah. Cuma saya memang kurang mesra dengan orang yang tak kenal. Mak saya cakap jangan sesekali bercakap dengan orang yang tak dikenali"

"Hihihi...awak ni kelakarlah"

Ketawa kecil Syida memecah kebuntuan kata antara mereka. Mereka mula rancak berbual.

"Erm...macam nilah nasib kita yang solo dan single ni. Terpaksa meng'cover'kan kawan kita"

"Farid tak ada teman istimewa ke?"

"Dulu ada sekarang tak, awak?"

"Err..Entah tergantung kot. Lapar tak? jom makan?"

"Saya ingatkan awak diet tadi. Jom"


---- di asrama

"Kau pergi mana je dengan Nadia"

"Pantai. Seronok gila first date dengan dia"

"Kau seronok. Aku? Kau saja nak kenakan aku kan?!"

"Rilekslah bro, aku nak tengok juga kawan aku ni ada teman wanita"

"Bukan masanya lagi. Fokus aku sekarang dekat pelajaran"

"Ko nak nombor die tak?"

"Boleh juga"

"Aik, tadi kata nak mengadap buku, ape cerita ni?"

"Aku nak tanya dia subjek marketing je. Tak berapa faham"

"Alasan. Tapi sorrylah. Aku tak ada nombor dia. Kalau nak mintak Nad"

"Huh...tak apalah terima kasih je!"


---- di cafeteria

Suasana cafe agak lengang pada lewat petang itu. Mungkin ramai pelajar sudah pulang. Farid duduk keseorangan di tepi sudut cafe dengan ditemani buku dan komputer riba kesayangannya.

"Nad, aku tak makan hari ini. Puasa isnin"

"Tapi kau teman aku makan ya?"

"Boleh. Tapi aku nak solat sekejap"

"Okay. Aku order makan dulu"

Setelah memesan menu, Nadia memilih meja untuk duduk.

"Farid. Kau tak balik lagi?"

"Aku nak habiskan assignment ni kejap. Kau buat apa pula kat sini?"

"Makan. Dari pagi tadi aku belum jamah apa-apa lagi"

"Kau sorang ke?"

"Taklah. Aku dengan Syida. Dia pergi solat kejap. Eh, Fiq cakap kau nak nombor Syida. Berminat ke?"

"Memang berminat. Aku berminat dengan ilmu dia. Aku dengar dia top student kat kelas kau kan. Jadi apa salahnya berkongsi ilmu. Marketing ni aku lemah sikit"

"Macamlah aku ni bukan budak marketing kan. Tak apalah, aku faham sangat"


---- di tandas

"Saya minta dari Nadia masa dekat cafe"

"Owh, tapi saya tak nampak awak pon tadi?"

"Saya dah balik"

"Macam mana pula awak tahu saya puasa?"

"Saya terdengar perbualan awak dengan Nadia petang tadi"

"Farid, cepatlah! aku nak mandi ni.

"Awak, awak. Nanti kita jumpa dekat tempat yang saya cakap tadi ya? Saya nak bagi awak something"

"Huh? Okay, jumpa awak dekat sana"

Farid membuka pintu tandas sambil dinanti oleh Syafiq dengan penuh kesabaran.

"Kau buat apa dekat tandas lama-lama hah?"

"Mandilah. Pastu tiba-tiba sakit perut pulak"


---- disebuah restoran franchais terkemuka

"Pertama kali saya berbuka dengan sebiji burger!"

"Maaflah kalau awak kurang selesa. Tapi saya rasa ini sahajalah tempat yang sedikit tenang untuk saya...eh tak apalah. Kita makan dulu" Farid tidak meneruskan kata-katanya.

"Okay, saya ikut sahaja" Syida seolah-olah akur dengan keputusan Farid.

"Makan sudah, kenyang pun sudah. Apa kata kita solat maghrib dulu" Farid tiba-tiba bersuara.

"Eh! Tadi kau kata makan dulu. Lepas tu kau ajak solat pulak. Apa yang kau nak bagi tahu sebenarnya hah?" kata hati Syida meronta-ronta ingin tahu apa yang Farid mahukan sebenarnya.

"Awak nak cakap apa-apa ke?" kata Farid.

"Eh, tak. Jom solat"

Lima belas minit kemudian...

"Awak sebenarnya nak beritahu apa ya?"

"Owh fasal tu. Saya sebenarnya nak minta awak tolong ajarkan saya Marketing. Chapter Pricing. Next week saya ada test"

"Habis petang tadi, awak ada cakap nak bagi saya something?"

"Owh...saya hampir-hampir terlupa. Nasib awak ingatkan. Ini dia. Album 6ixth Sense. Awak pernah cakap minat kat band ni dan nak sangat beli album diorang. Kebetulan bulan lepas saya pergi gig diorang dan dapat free album. Ambillah"

"Aku ingat apalah yang dia nak beritahu. Buat aku suspen je!" Bisik Syida. "Owh terima kasih banyak. Jadi yang mana satu awak tak faham?" Syida mengeluarkan suara yang sedikit tinggi namun masih sopan. Seolah-seolah geram.


--------


Sejak dari itu hubungan Farid dan Syida sebagai sahabat bertambah rapat. Hampir setahun mereka berkenalan. Segala masalah, mereka luahkan antara satu sama lain. Segala-galanya juga mereka pasti lakukan bersama. Makan, belajar. Pagi dan malam. Seperti biasa Farid pasti menelefon Syida. Sekurang-kurangnya seminggu sekali.

"Awak kita kawan kan? Saya kalau boleh nak kita kekal sebegini. Saya selesa berkawan dengan awak, Farid"

"Okay. Friends forever"

"Friends Forever" Syida membalas dengan sedikit tersekat-sekat.

"Awak kenapa? Tak sihat ke?"

"Tak lah. Awak dah setahun kan kita kawan. Kalau saya ada teman istimewa nanti, awak nak kawan dengan saya lagi tak?"

"Err...Teman istimewa? siapa? saya ke? hahaha" Farid seolah mengelak untuk menjawab soalan yang diberikan.

"Jawablah soalan saya dulu"

"Ya, mestilah"

"Awak sebenarnya semalam bekas kekasih saya telefon"

"Kamal?"

"Ya. Dia minta sambung balik. Awak tahu kan hubungan saya dengan dia tergantung dulu? Dia beritahu saya sebenarnya dia pergi belajar diluar negara. Tak dapat nak hubungi saya masa tu. Saya pernah cerita dekat awak kan saya dah lama tunggu dia. Saya..."

"Awak jawab apa?" Farid memotong kata-kata Syida.

"Saya jawab ya"

"What?? kau jawab ya?! kau tau tak aku call kau ni sebab nak minta hubungan kita ni diteruskan ke fasa lebih jauh lagi?" hati Farid memberontak. "Tahniah awak. Eh, bateri saya dah nak habis ni. Nanti saya call lagi ya" Farid mematikan panggilan serta merta.


---- di bilik asrama

"Afiq, aku dah terlambat!"

"Apa yang kau terlambat ni, Farid"

"Terlepas seorang insan yang aku sayang sangat"

"Aku dah cakap dulu. Kalau kau suka dekat Syida tu jangan tunggu lama-lama. Kau pun tahu kan dia ramai peminat kat kampus ni. Mamat mana yang potong line kau ni?

"Bekas kekasih dia"

"Aduh, parah ni. Kau nak buat apa lepas ni?"

"Aku tak nak jumpa dia lagi. Jiwa aku terseksa. Tak sanggup!"

"Jangan. Nanti dia mesti lagi sedih. Kau pernah mengaku kau sayang dia? cinta dia?"

"Tak"

"Tengok kau sendiri tak pernah mengaku. Tak kan tiba-tiba kau nak hilang macam tu je? Aku nasihatkan kau buat macam biasa"

"Entahlah, aku nak tengok muka dia pun dah tak sanggup. Keadaan dah berbeza sekarang ni. Semuanya silap aku"


(ADAKAH FARID AKAN MENERUSKAN HUBUNGAN SEBAGAI SAHABAT DENGAN SYIDA? BAGAIMANA PULA DENGAN SYIDA? ADAKAH DIA AKAN TERUS DENGAN BEKAS KEKASIHNYA? TUNGGU~)


PART 2 HERE : Memendam Rasa (PART 2)

14 comments:

atira ator said...

cm ku tahu jek disebalik cter ni,,,,,

khairul rahman said...

xde kena mengena ngn sesiapa ok

atira ator said...

hurmmm,,,,,
dan2 ajek,,,,=P

a h m a d s y a k i r said...

name carakter wat aku sedeh jerk!

khairul rahman said...

Uiks? Mane ade name ko...

atira ator said...

akir nak nm dia ada la!!!
cm xphm3 plak,,,,
hahahahaha

miz mirah said...

cter ko nie..ak bg D..sebab x bis..hehe

khairul rahman said...

Ok nanti aku selitkan sikit watak bnama aker..haha
Mira? Xbest? Xpe..pape pon trima kasih sebab sudi bace...

miz mirah said...

muhammad khairul anwar saya kata x habis.bukan x best..ce pown x taw ko nie..hehe

atira ator said...

nk nm aku gak~

khairul rahman said...

Ok hamirah ab rahim. Nama sy xde muhamad ye...haha

Ator: ok nanti aku masukkan ko sbg nenek.nak? Kira mak kpd akerlah..haha

pu3_luve said...

menarik!

aeisyah hanum said...

tak tahu lak nma awak ade muhammad...hehe..keep it up..saya akan follow cerita ni, and saya rsa something waktu bace citer ni..papepun,

friend.forever. ye awak (^^)

khairul rahman said...

Tq hanum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...