TAB

Thursday, October 25, 2012

Anugerah TYPO Terhebat Disandang Oleh...

Salam 1Kehidupan...

Semalam merupakan hari TYPO sedunia. Yeke? Eh Takdelah sedunia sangat. Mungkin untuk seorang wanita ini sahaja. Lihat sahaja antara karya-karya beliau:

kirang = korang

no = ni

mensi = mesej

oian = pain


Sampailah makcik ni suruh aku buatkan anugerah untuk dia.


Disebabkan permintaan anda itu saya tunaikan. Terimalah piala ini atas usaha gigih anda selama ini dalam membangun industri TYPO. Sekalung tahniah diucapkan.

Tahniah sekali lagi.

Masalah typo = kesalahan mengeja itu memang selalu sahaja berlaku. Aku juga tak lari dari masalah tersebut. Oleh itu aku sarankan kepada insan-insan yang mempunyai masalah typo ni rujuk entri aku sebelum ini; Kesalahan Menaip dan Solusinya 

Jadi, kalian yang rasa kalau tak nak kena 'bahan' dengan member tu, silalah cek ejaan anda sebelum post sesuatu di laman sesawang.


WSM:
- boleh terputus urat kentut kalau tengok orang salah eja ni -

Wednesday, October 24, 2012

18_WORDLESS WEDNESDAY : Persiapan Kahwin



WSM:
- balik rumah je semalam, penuh barang-barang kahwin -

Tuesday, October 23, 2012

Kad Siswa 1 Malaysia Buat Pelajar Gila Shopping

Salam 1Kehidupan....

Sekadar nak beritahu yang aku dah dapatkan Kad Siswa 1 Malaysia. ^-^

Terima kasih kerajaan kerana sentiasa membantu golongan pelajar seperti kami. Walaupun tak semua kedai yang menerima kad ini, tapi aku tetap bersyukur.


Untuk tahu senarai penuh kedai-kedai yang menerima Kad Siswa 1 Malaysia boleh pergi ke laman rasmi berikut:

Ramai sebenarnya IPT lain yang dah dapat kad ni cuma, kampus aku agak lambat sikit. Berpusu-pusu pelajar naik ke pejabat bendahari hari ini.



Cuma apa yang aku tak puas hati, kenapa ada sebahagian kad siswa ini tamat pada 2015 dan sebahagian lagi 2016? Ini sangat tidak adil sebab aku punya habis 2015. Kementerian, sila beli penjelasan...

Pada student UiTM KBM yang belum ambil kad ini silalah berbuat demikian. So, bolehlah kita shopping sakan cuti nanti.. ekekeke



WSM:
- sem depan dapat baucher buku lagi! -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...