TAB

Saturday, February 4, 2012

Nota Lelaki Gila Seks


Assalamualaikum dan salam satu kehidupan...

Hari tu aku balik dari cc. Yela semenjak bb aku yang bertangguh tak berbayar terpaksa berulang alik pergi cc. Itu pun kalau rajin nak pergi.

Aku pergi cc haritu pun  sebab nak masukkan markah kemahiran insaniah. Tapi akhirnya aku balik sahaja sebab line sangat slow dekat student portal.

Sampai di motor, aku pelik sekejap sebab nampak satu kertas kecil bersaiz segi empat sama dilipat. Di muka depan kertas itu tertulis:

Baca Dulu!!
Baca Dulu
BACA DULU

Kalau kertas itu bercetak dan bertaip aku memang tak ambil pusing sebab mesti dari sendiket along yang banyak di pasaran sekarang.

Tapi kertas itu bergaris, macam dikoyak dari sebuah buku atau kertas A4 dan di tulis dengan tangan. Aku agak cuak pada masa itu. Tapi aku buka juga. Gila terkejut aku bila baca isi kandungan didalamnya! Antara ayat dalam kandungan itu:

URUT BATANG TANPA BAYARAN DIKENAKAN.
SAYA TAHU ANDA SANGAP.
017-77XXXXX. CALL ME!

Soalan pertama yang aku nak tanya kepada korang semua:

"Apa yang korang buat bila dapat kertas yang berbaur lucah macam ni?"

Pada mulanya aku memang nak buat bodoh saja. Tapi aku nak mesej juga nombor tu. Bukan sebab aku sangap ya. Tapi sebabnya...

Masa aku nak balik, aku singgah kejap stesyen minyak. Tiba-tiba aku ternampak satu mamat gemuk yang aku perasan masa dalam cc tadi. Tapi aku buat bodoh je.

Aku mula bertambah merasa yang mamat gemuk tadi macam follow aku. Then aku bawak moto laju2 supaya dia tak dapat kejar aku.


Bila sampai di trafic light terakhir sebelum sampai rumah, tiba dia muncul sebelah aku. Hati aku mengatakan mamat gemuk itu memang follow aku.

Lepas ni aku akan belok ke simpang kampung aku. Kalau lepas ni dia belok juga, memang sah dia ikut aku. Aku tengok side mirror.

"Sah dia follow aku"

Aku terus masuk rumah.

Dan terus mesej nombor itu.

"Kau ke yang follow aku tadi?"

Mula-mula die tak mengaku. Tapi akhirnya dia mengaku.

"Saya dah perhatikan awak dari jauh dalam cc itu" lebih kurang macam ni lah mesej mamat gemuk tu.

Lepas itu, aku terus tak layan, walaupun dia mesej berulang kali.

Mungkin korang akan fikir aku meletakkan diri aku dalam bahaya bila mesej nombor yang diberikan. Tapi aku hanya nak pastikan, adakah negara kita cukup selamat untuk diduduki?

Tepuk dada, tanya mata.


WSM:
- masih terngiang-ngiang dalam kepala aku bila mamat gemuk itu kata "Awak nampak hensem". Orang dah puji kan, kita terima je. haha -

10 comments:

Areyue Luvinnov said...

hahaha,,
lawak ade takut pown ade
pada aq post kau n pengalaman kau kelakar hehehe..

NUARAHMAN said...

Areyue Luvinnov : kelakar kau kata?? Cis!

atira ator said...

wowww!!
market r ko nuar!!!
hahahahhahaha=)

NUARAHMAN said...

atira ator: baru tahu ke? hehehehe...

yiyiafiqa said...

Ada juga orang macam itu, ya?
*facepalm*

Masa dia mengaku tu, kenapa tak bagi penumbuk sedas dua je kat orang itu?

Ana Farhana said...

sampai sekarang ada lagi org giler yg ganggu aku...aaaa aku benci...

Unknown said...

fuhh seram! 1st skali aku xkn layan klu ada servis mengarut mcm tu, slalu tgk ada kat tanda2 awam orang tulis dengan marker servis perkhidmatan.. haihh apa la diorang ni

NUARAHMAN said...

yiyiafiqa : macam mana nak tumbuk..jumpe pon tak pernah

Ana Farhana : kan...xde keje diorang ni

Muhammad Saiazuan Norhalik : xde maruah orang macam tu...

haryzkhairuddin said...

sanggup tu kejar sampai ke rumah? camne dia tau tu motor kau? memang dah tahap stalker psycho dah tu.. nasib baik xde jadi apa2.

Unknown said...

Kalau aku jd c gemok tu . Aku tkkn buat mcm tu . Sdr dri bro . Gile ah, wt malu je .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...