"antara cinta, maruah dan tanggungjawab"
Oleh: Khairul Rahman
- - - - - - - - - -
"Aku nikahkan dikau dengan
Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Lafaz Tok Kadi.
Suasana masjid menjadi sunyi
seketika.
"Tak mungkin. Aku tak boleh
teruskan perkahwinan ini" Bisik pengatin lelaki yang agak kerungsingan itu.
"Hakim. Hei Kim. Kau kenapa
ni? Mengigau ke? Bangunlah matahari dah tegak dekat atas kepala, kau sedap saja
tidur" Hanafi berleter.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Hanafi
untuk mengejutkan rakan-rakannya bangun dari tidur. Kadang kala sempat memasakkan
sarapan untuk dua orang rakannya itu.
Kebetulan hari itu hujung minggu. Masing-masing bangun lambat.
"Apa kes ni dia ni?"
Soal Azri.
"Entahlah. Kena sampuk
hantu kot. Hakim bangunlah. Dah Zohor ni"
"Hah! Dah Zohor ke? Kenapa
kau tak kejut aku?"
"Bukan aku dah kejutkan ke
ni?"
"Sudahlah. Aku ada event
pukul dua ni"
Hakim seorang yang kuat bekerja.
Kalau anak muda seusianya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk
berseronok. Tapi tidak bagi Hakim.
"Tak faham aku dengan Si Hakim ni. Kalau
seminggu ada lapan hari, mungkin hari kelapan tu dia nak kerja juga" Azri
berceloteh.
"Everyday is money Mister Azri"
Sampuk Hakim yang sedang kelam kabut bersiap.
Lepas beberapa minit, Hakim sudah siap dan
nampak segak. Tapi...
"Tak mandi ke?"
"Tak sempat. Minyak wangi kan ada"
Balas Hakim dengan selamba.
Tak lama lepas Hakim keluar. Telefon rumah
mereka berdering.
"Hello, Hakim ada tak?" Suara dalam
talian itu bertanya.
"Sorry, tak adalah" Hanafi membalas.
Lantas meletakkan panggilan dengan cepatnya.
"Perempuan tu lagi ke?" soal Azri.
"Siapa lagi. Aku tak fahamlah dengan dua
orang hamba Allah ni. Diorang ni bercinta ke tak sebenarnya"
"Aku malas nak ambil tahu. Tapi aku rasa Hakim
tak akan pilih Ariana" Azri mengagak.
- - - - - - - - - -
Beberapa bulan sebelum itu.
Di sebuah majlis persidangan
perniagaan antarabangsa. Lokasinya di Ibu Kota Kuala Lumpur.
"Hai, saya Hakim"
sambil menghulurkan tangan kepada seorang gadis dihadapannya. "Cik Ariana
kan?"
"Ya, itu nama saya. Kita
pernah berjumpa ke?" Ujar gadis itu.
"Pernah. Saya sempat
mendengar Cik Ariana berucap di dewan tadi. Hebat awak berucap. Cadangan Cik
Ariana sangat bernas semasa menyampaikan ucapan. Pelabur yang ada pasti
tertarik" Hakim memuji.
"Sudah menjadi
tanggungjawab saya sebagai jurucakap jenama Secret Beauty. Kami menyasarkan
untuk mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa tahun hadapan"
"Saya dengar Secret Beauty
mahu mencari pembekal bagi susu kambing?"
"Ya. Susu kambing sangat
popular dalam produk kosmetik suatu ketika dahulu. Jadi menjadi hasrat kami
untuk memperkenal semula produk berasaskan bahan tersebut kepada pengguna.
Disebabkan pasaran kami yang semakin besar, pembekal sedia ada tidak mampu
menyediakan bekalan dalam kuantiti yang banyak" Terang Ariana panjang
lebar.
"Kebetulan pak cik saya
merupakan penternak kambing terbesar di daerah Batu Pahat. Mungkin saya boleh
berbincang dengan pak cik saya untuk membekalkan susu kambing kepada Cik
Ariana" Bicara Hakim. "Cik Ariana nak makan apa? Saya ambilkan.
Syarikat kami hari ni menyediakan makanan dari timur tengah"
"Kami? Jadi..."
"Bukan. Saya hanya pekerja.
Pak Cik saya pemilik syarikat ini" Hakim memintas kata-kata Ariana.
"Kalau syarikat Cik Ariana menggunakan kambing sebagai produk kosmetik,
kami menggunakan kambing sebagai makanan!" Hakim cuba melawak.
Perkenalan singkat itu
menjalinkan pertalian perniagaan antara mereka. Selepas itu mereka sering
berurusan. Sama ada dalam urusan bisnes atau bukan bisnes.
Sikap Ariana yang sangat
bersungguh-sungguh dalam perniagaan menarik minat Hakim. Dari dahulu lagi dia
mencari gadis yang mampu memahami kerjayanya dalam perniagaan. Dan dia
merasakan Ariana calon yang paling layak.
- - - - - - - - - -
Di sebuah kedai barangan
perhiasan wanita terkenal di ibu kota. Hanafi menemani Hakim untuk membeli
sesuatu di kedai tersebut.
"Untuk siapa cincin
ini?" Tanya Hanafi.
"Kau rasa?" Soal Hakim
kembali.
"Mak kau?" Hanafi cuba
melawak.
"Tak kan lah untuk emak
aku. Cincin ini untuk Ariana"
"Kau nak melamar dia?"
"Ya"
"Kau dah tanya dia"
"Tak payah tanya. Aku pasti
dengan keputusan aku dan aku boleh menjangkakan jawapan positif dari dia"
Bicara Hakim dengan penuh yakin.
"Jangan terlalu yakin.
Kelak diri kau yang merana"
"Aku dan Ariana sangat
serasi. Dunia kami sama. Dan untuk pengetahuan kau kami bercadang untuk membuka
perniagaan bersama. Jadi apa lagi yang membuatkan kau tak pasti dengan
keputusan aku ini?"
- - - - - - - - - -
Hakim duduk keseorangan di suatu
sudut di restoran mewah. Dia menanti Ariana yang tidak muncul lagi. Hampir satu
jam dia menunggu. Sudah beberapa kali juga dia memerhatikan jam di pergelangan
tangannya.
"Encik, restoran kami akan
tutup setengah jam lagi. Encik nak buat pesanan terakhir?" Bicara lembut
seorang pelayan.
Hakim tersedar dari lamunan.
"Oh tidak. Bawakan saja bil saya"
"Tapi bagaimana dengan
pesanan makanan encik? Dan cincin yang encik suruh saya bawa semasa menghidangkan
makanan nanti?"
"Cancel. Saya bayar
semuanya. Jangan risau" Hakim membalas dalam nada perlahan dan sedih.
Hakim sangat kecewa. Niatnya
untuk melamar Ariana malam itu lebur. Namun dia tidak mudah berputus asa.
Lantas menghantar pesanan ringkas kepada Ariana:
Tak payah pergi
restoran. Terus pergi tasik. I got something for you, Ariana.
- - - - - - - - - -
Suasana di kawasan rekreasi
popular yang terletak di pinggir ibu kota pada malam itu sedikit terang. Bulan
mengambang. Di tambah pula dengan pantulan cahaya dari air tasik buatan itu.
Hakim duduk di kerusi berdekatan
dengan tasik. Masih menunggu Ariana. Beberapa minit kemudian Ariana muncul dari
arah belakang.
"Kenapa awak beria-ria
sangat nak jumpa saya malam ni? Esok tak boleh ke? Tadi nak jumpa di restoran,
sekarang di tasik. Apa yang awak nak beritahu sebenarnya?" Ariana terus
menghujani Hakim dengan soalan.
"Restoran dah tutup"
Hakim tidak mahu membuang masa lagi. Lantas mengeluarkan kotak cincin dari saku
seluarnya. Tapi malang, kotak berbentuk hati itu terjatuh. Sekali lagi kejutan
yang ingin diberikan gagal.
Ariana yang masih berdiri,
melihat kotak tersebut. Kebetulan kotak itu jatuh tidak jauh dari tempatnya
berdiri. Dia mengambilnya.
"Apa ini?" Soal
Ariana. Dia membuka kotak tersebut. "Cincin? Awak nak melamar saya
ke?" Ariana tergelak kecil.
"Ya. Sudikah awak..."
belum sempat Hakim menghabiskan ayatnya, Ariana memotong kata-kata Hakim.
"Selagi impian saya untuk
membuka syarikat sendiri tidak tercapai, saya tidak akan kahwin" Terang
Ariana.
"Ya. Kita punyai impian
yang sama. Kita boleh buka syarikat bersama"
"Target bisnes kita
berbeza, Hakim. Awak makanan dan katering, saya pula kosmetik dan kecantikan.
Langsung tiada kaitan!" Ariana meninggikan suara. "Saya minta maaf.
Saya tak boleh terima lamaran awak. Belum masanya lagi. Saya belum
bersedia"
Ariana terus meninggalkan Hakim
keseorangan. Hati dan perasaan Hakim pada malam itu bagai dicucuk-cucuk dengan
jarum, ditikam dengan pisau dan dibelah dengan parang! Sudahlah makan malam
yang dirancang tidak menjadi, kini lamarannya pula ditolak.
- - - - - - - - - -
Sejak malam lamarannya ditolak,
Hakim dan Ariana jarang berjumpa. Sudah beberapa bulan mereka tidak berjumpa.
Di sebuah pasaraya terkemuka.
Suasana di pasaraya tersebut masih belum sibuk. Mungkin baru beberapa minit ia
dibuka tambahan pula hari itu bukan hujung minggu.
Kelihatan Hakim sedang memilih
bahan-bahan untuk dibuat katering pada hujung minggu ini. Dia keseorangan.
Selesai membeli barang-barang
yang diperlukan, dia ke sebuah kedai kopitiam terkenal.
Memang betul kata orang. Jika
jodoh itu memang milik kita, ia pasti tidak akan lari jauh.
"Ariana" Bisik hati
Hakim apabila ternampak Ariana yang juga sedang bersarapan di kedai tersebut.
Baru sahaja mahu melangkah ke
meja Ariana, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang agak berusia duduk di meja
Ariana.
Hakim membatalkan hasrat makan
di kedai tersebut, lalu melangkah keluar.
Di meja makan Ariana.
"Jadi bagaimana Datuk?
Adakah Datuk mahu melabur di syarikat kami?"
"Saya masih lagi kurang
pasti dengan produk kamu..."
"Datuk Hisham. Untuk
pengetahuan Datuk, syarikat kami merupakan antara sepuluh syarikat baru yang
memperoleh untung terbanyak tahun lepas. Dan antara 50 syarikat baru terbaik di
Asia.
"Saya boleh melabur. Tapi
dengan jaminan" Balas Datuk tersebut.
- - - - - - - - - -
"Aku dapat kad ini semasa
terserempak dengan dia di mesyuarat pagi tadi" Terang Azri.
"Kau kenal ke lelaki itu?
Tanya Hanafi pula.
"Tak kenal. Kalau letak
gambar mungkin bolehlah aku cam" Azri membalas.
"Datang sahajalah. Lagi pun
dia dah jemput kita semua" Azri berkata.
"Aku tak pasti. Rasanya aku
kena kerja" Hakim mencelah.
"Orang patah hati. Tak
mungkinlah dia akan datang" Azri memerli.
"Oh lupa pula. Kalau aku
dah bunuh diri rasanya" Sakat Hanafi pula.
Hakim hanya mendiamkan diri. Di
keluar ke beranda rumah apartment mereka. Mungkin mahu menghirup udara segar.
Mungkin juga mahu mengelak dari rasa marah terhadap rakan-rakannya.
- - - - - - - - - -
Di majlis perkahwinan Ariana.
Kelihatan begitu ramai sekali
jemputan yang hadir. Ada juga beberapa orang kenamaan yang turut hadir.
Persandingan dua mempelai itu diadakan di sebuah hotel di tengah-tengah
Bandaraya Kuala Lumpur.
"Aku rasa lelaki itu mesti
kaya" Bicara Azri sambil mencari meja makan mereka.
"Itu sudah pasti. Takkan
kau tak perasan nama pengantin lelaki tu ada 'Datuk'?" Hanafi menyambung.
"Yakah? Tak perasan pula
aku. Tak sangka pula Ariana ni mata duitan" kata Azri pula.
"Korang berdua ni nak makan
ke nak mengumpat? Orang dah jemput ni, cubalah doa yang baik-baik" Hakim tiba-tiba
bersuara seperti ingin mempertahankan Ariana.
"Azri, Hanafi! Eh, Hakim
ada sekali?" tiba-tiba satu suara menegur mereka.
"Tira! Kau baru sampai
ke?" Tanya Azri kepada gadis yang menyapa mereka itu.
"Dari semalam dah datang.
Aku jadi mengapit Arianalah. Korang dah makan?"
"Belum. Dari tadi cari meja
tak jumpa" Bicara Hanafi yang sudah kelaparan.
"Sini. Mari aku
tunjukkan" Athira menarik tangan Hanafi.
Sampai di meja makan mereka
meneruskan perbualan. Sudah lama mereka tidak berjumpa semenjak tamat pengajian
dahulu.
"Macam mana kau kenal
Ariana?" Soal Hanafi.
"Aku dengan Ariana rakan
sekerja. Cuma lain jabatan sahaja. Kami dah rapat macam adik beradik. Rahsia
dia semua ditangan aku" Athira menjawab pertanyaan Hanafi. "Hakim,
aku tak sangka pula kau datang" tiba-tiba dia menyoal Hakim yang sejak
dari tadi mendiamkan diri.
"Ariana kawan aku
juga" Jawab Hakim ringkas. Saat itu, Azri dan Hanafi saling berpandangan
dan memberikan senyuman sinis. Mungkin ingin memerli Hakim.
"Tak apalah. Korang makan
dulu. Aku kena bersiap. Kejap lagi pengantin nak bersanding" kata Athira
lantas beredar.
Tak lama lepas tu, kelihatan
pasangan pengantin masuk ke dewan hotel. Begitu berseri-seri Ariana dan
pasangannya.
"Lelaki itu" Hakim
tiba-tiba bersuara.
"Kau kata tak kenal lelaki
itu?" Soal Hanafi.
"Aku macam pernah nampak.
Tapi aku lupa dekat mana" jawab Hakim.
- - - - - - - - - -
Beberapa bulan sebelum perkahwinan
berlangsung.
Di kedai kopitiam. Beberapa
minit selepas Hakim meninggalkan kedai tersebut selepas melihat Ariana bersama
dengan lelaki lain. Kelihatan mereka berdua masih lagi berbual di meja itu.
"Jaminan bagaimana yang
Datuk maksudkan?" Soal Ariana.
"Jaminan. Tak kan awak tak
faham" Bicara Datuk tersebut seperti punya muslihat.
"Apa ni Datuk?!"
bicara Ariana dalam nada yang agak tinggi apabila Datuk Hisham cuba memegang
tangannya.
"Rileks Ariana. Anggap ini
sebagai perkara biasa dalam perniagaan. Awak beri apa yang saya mahu, saya beri
apa yang awak hajatkan. Adil bukan" Datuk memberi penjelasan.
"Saya ada maruah
Datuk!" Ariana menjawab dalam keadaan yang masih marah.
Sejerus selepas itu, Ariana
pulang ke rumah. Sungguh dia tak sangka Datuk Hisham mempunyai niat yang tidak
baik terhadapnya.
Selesai membersihkan diri, dia
duduk di sofa. Dia memikirkan tentang Secret Beauty yang masih belum punyai
pelabur besar. Satu-satunya harapan adalah Datuk Hisham. Seorang jutawan dalam
sektor perlombongan petroleum.
"Patutkah aku menggadaikan
maruah demi Secret Beauty?" Bisik Ariana.
Ariana mengambil tefefon
bimbitnya lantas mendail nombor; Datuk Hisham.
"Saya bersedia menjual diri
saya. Tapi dengan cara yang halal. Selepas itu, Datuk perlu lepaskan saya"
bicara Ariana di dalam telefon.
- - - - - - - - - -
Di dalam bilik tidur. Malam
pertama bagi Ariana dan pasangannya, Datuk Hisham.
"Ariana, marilah dekat dengan
abang" bicara lembut Datuk Hisham.
"Saya harap Datuk faham
perkahwinan kita ini hanya satu perjanjian. Bukan bersifat kekal" Ariana
menyatakan pendiriannya.
"Nampaknya awak perlu
biasakan diri panggil saya abang" sambil tangan Datuk memegang bahu Ariana.
"Please Datuk, don't do
that!" Ariana terkejut.
"Saya harap awak pun faham.
Perjanjian kita juga memerlukan awak menunaikan keinginan saya" Datuk cuba
bertegas.
Ariana terdiam.
"Sure but only for
tonight" Ariana memberi
syarat.
"Awak tengok perkahwinan
kita tadi. Meriah bukan? Saya jemput rakan perniagaan saya, media dan orang
kenamaan. Awak rasa perkahwinan kita ni berjangka panjang atau pendek?"
Datuk bertanya.
Sekali lagi Ariana terdiam. Ariana
tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menyerahkan kepada takdir. Dia terpaksa
menerima jalan yang dipilihnya itu sendiri. Dalam diam dia menangis dalam
kekesalan.
- - - - - - - - - -
Setahun selepas Ariana
berkahwin.
Semenjak Ariana berkahwin, Hakim
tidak lagi berhubung dengan rakan yang juga pernah menjadi teman istimewanya
satu ketika dahulu.
Fokusnya kini hanya pada bisnes
katering yang baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas.
Hari itu dia perlu menguruskan
makanan di sebuah majlis yang di hadiri tokoh-tokoh korporat. Satu majlis yang
paling besar pernah diterimanya semenjak pembukaan Hakim's Food & Catering.
Di suatu sudut di hujung dewan, kelihatan
wanita berbaju serba biru datang ke arah Hakim.
Hakim yang perasan akan
perbuatan wanita itu cuba mengelak dengan berpaling ke tempat lain lalu
berjalan keluar dewan.
"Hakim, awak cuba mengelak
dari saya ke?" Suara itu menegur.
"Saya tak mahu orang
menabur fitnah nanti. Awak itu isteri orang kenamaan" Balas Hakim.
"Takkan disebabkan status
saya awak sudah tak nak kawan dengan saya lagi?
"Taraf kita sudah berbeza
sekarang. Awak terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan saya yang hanya
pengusaha katering"
"Tapi saya mahukan awak.
Saya sudah bersedia untuk menerima..."
"Jangan buat kerja gila,
Ariana. Habis macam mana dengan suami awak? Sebelum orang nampak baik awak
pergi"
- - - - - - - - - -
Hari itu cuti sempena hari wilayah.
Di rumah hanya tinggal Hanafi. Azri outstation di Sabah. Hakim pula seperti
biasa, sibuk dengan bisnes kateringnya.
Disebabkan kebosanan yang
melampau, Hanafi mengajak seseorang untuk keluar. Lantas menghantar pesanan
ringkas kepada seorang rakannya.
"Athira jom
keluar. Bosanlah kat rumah sorang-sorang"
"Ok. Jumpa kat
mana?"
"Teman aku
tengok wayang? Ada cerita best baru keluar"
"Ok juga tu.
Tapi sebelum tu teman aku pergi makan boleh? Teringin nak makan stimboat. Jumpa
kat Johnny's?"
"Ok. See u
there"
Hanafi terus bersiap.
Di restoran stimboat Johnny's.
Athira sudah sampai lebih awal.
Hanafi lambat beberapa minit disebabkan jarak rumahnya ke situ agak jauh.
"Banyaknya kau pesan?"
Hanafi terkejut melihat banyak mangkuk stimboat di atas meja.
"Aku laparlah. Hari ini aku
belanja"
"Terbaik! Tiket wayang
nanti aku pula yang belanja" Hanafi berkata.
Mereka menjamu selera bersama.
Beberapa minit kemudian, hampir semua isi mangkuk stimboat habis dimakan.
"Kenyangnya. Aku dah tak
larat ni. Kau habiskan semuanya ya, Hanafi" Bicara Athira yang
tercungap-cungap kekenyangan.
"Aku pun dah tak larat nak
masuk ni?"
"Tak apalah. Kita rehat
kejap" Athira tersengeh.
"Tira, aku sebenarnya dah
lama nak tanya tentang satu perkara ni"
"Apa dia? Tanyalah"
"Fasal Ariana"
"Tentang apa?"
"Kenapa dia tolak lamaran
Hakim. Lepas tu kahwin dengan orang lain. Datuk pula tu"
"Aku rasa kau pun tahu
kenapa dia tolak lamaran Hakim dulu"
"Sebab dia nak buka
syarikat sendiri?"
"Ya. Sebab itu juga dia
kahwin dengan Datuk Hisham"
"Jadi dia menggadaikan
cinta untuk penuhi impian sendiri?"
"Lebih baik dia menggadai
cinta dari menggadai maruah"
"Maksud kau?"
"Datuk Hisham mahu jadikan
Ariana perempuan simpanan. Tapi disebabkan tak mahu menggadai maruah, dia
terpaksa berkahwin dengan Datuk walaupun menjadi isteri nombor dua" terang
Athira. "Kau ada baca surat khabar minggu lepas?"
"Tak. Apa kaitannya?"
"Datuk Hisham meninggal dunia disebabkan serangan jantung"
"Apa? Hakim tahu perkara
ni?" soal Hanafi.
"Fasal kematian Datuk tu aku
tak pasti. Tapi kalau sebab Ariana kahwin dengan Datuk Hisham dia memang tak
tahu. Kau seorang sahaja yang tahu"
- - - - - - - - - -
Dalam talian telefon.
"Saya nak jumpa dengan awak
sekejap esok" Bicara Ariana dalam telefon.
"Sorry, saya sibuk
esok" Balas Hakim.
"Minggu depan?"
"Saya nak balik
kampung"
"Jadi bila awak free?"
"Ariana, saya sebenarnya
tak mahu jumpa awak lagi. Tolonglah faham"
"Saya tak faham. Kenapa
awak asyik nak mengelak dari saya?"
"Sebab awak dah kahwin.
Awak isteri orang"
"Saya bukan lagi isteri
orang"
"Awak dah bercerai?"
Soal Hakim yang agak terkejut.
"Bukan. Suami saya
meninggal bulan lepas"
"Innalillah. Jadi atas
sebab apa awak nak jumpa saya ni?"
"Saya rindu awak"
"Suami awak baru meninggal.
Sanggup awak..."
"Saya dah tak dapat nak
tunggu lagi. Saya tak nak lepaskan lagi"
"Maaf, saya ada hal ni.
Nanti kita berbual lagi" Hakim menamatkan panggilan.
Hakim termenung seketika.
"Hal apa? Hari ini kau tak
ada apa-apa event kan? Hanafi yang dari tadi mendengar perbualan antara
Hakim dan Ariana tiba-tiba bersuara.
"Jangan nak sibuklah"
Hakim seperti marah.
"Aku bukan nak menyibuk,
tapi kau patut jumpa Ariana. Mungkin ada perkara penting yang dia nak
sampaikan"
- - - - - - - - - -
"Mak teringin nak tengok
kau kahwin" Satu suara wanita bersuara dari arah dapur.
Hakim yang dari tadi menonton
televisyen, tersedak apabila mendengar kata-kata ibunya. Dia menuju ke arah
dapur.
"Belum ada calon, mak"
"Takkan lah tak ada. Anak
emak ni kan handsome, kerja pon dah stabil sekarang ni, seorang pun tak
ada?"
"Dulu ada, sekarang tak
ada"
"Perempuan bukan seorang
dekat dunia ni. Sudahlah, emak nak pergi ambil air sembahyang ni. Cakap dengan
kau fasal kahwin ni ada saja alasannya" Lantas bangun dan menuju ke bilik
air.
Tiba-tiba satu benda jatuh dari
bilik air.
"Mak!"
- - - - - - - - - -
Di hospital.
"Emak kamu disyaki
menghidap kanser otak. Mungkin dia pengsan disebabkan penyakit tersebut"
"Serius ke tahap penyakit
emak saya"
"Penyakit emak kamu berada
di tahap yang serius. Kami perlu membuat pembedahan" Sambung doktor itu
lagi.
Hakim seperti tidak percaya.
Sebelum ini dia lihat emaknya sihat. Masih mampu membuat kerja-kerja dapur dan
mengambil upah menoreh getah di kebun jiran.
Dia duduk di perkarangan lobi
hospital. Cuba untuk menenangkan fikiran.
"Abang, macam mana dengan
emak?" Adik Hakim yang masih lagi berpakaian sekolah tiba di perkarangan
hospital kerajaan itu.
"Emak mengidap kanser otak,
adik"
Adik hakim, Amira terduduk dan
menangis.
Selepas hampir seminggu emak
Hakim ditahan di wad, Hakim terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur atas urusan
kerja.
- - - - - - - - - -
"Saya mahu
jadikan awak sebagai isteri saya"
"Seriously?"
"Minggu depan
saya hantar rombongan?"
"Cepatnya.
Tapi kenapa tiba-tiba?"
"Saya takut
tak sempat"
Hakim menghantar pesanan ringkas
kepada Ariana.
Niat Hakim hanya satu; mahu
berkahwin sebelum emaknya menghembuskan nafas terakhir.
Sebulan selepas Hakim merisik
Ariana, dia berjumpa dengan Ariana di pusat membeli belah untuk membeli
persiapan majlis pertunangan mereka pula.
Selesai membeli belah mereka ke
sebuah restoran.
"Awak tak cintakan saya
lagi kan? Soal Ariana.
"Tapi, awak cintakan saya
kan?"
"Itu bukan persoalannya.
Kenapa awak sanggup terima saya walaupun dalam hati awak sudah tidak wujud lagi
cinta?"
"Sebab
tanggungjawab..."
"Hah? Apa maksud awak
ni?" Ariana masih belum tahu lagi sebab utama Hakim ingin berkahwin
dengannya.
"Dengar sini Ariana"
Bicara lembut Hakim, sambil memegang tangan Ariana. "Saat ini memang saya
tak cintakan awak. Tapi sejarah cinta pernah wujud antara kita. Tidak mustahil
untuk cinta itu berputik kembali"
Hakim memandang tepat ke mata
Ariana. Suatu pandangan untuk memupuk kembali cinta antara dua insan tersebut.
- - - - - - - - - -
Setahun selepas itu.
Di masjlis pernikahan Hakim dan
Ariana.
"Aku nikahkan dikau dengan
Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Lafaz Tok Kadi.
Suasana masjid menjadi sunyi
seketika.
"Tak mungkin. Aku tak boleh
teruskan perkahwinan ini" Bisik pengatin lelaki yang agak kerungsingan
itu.
"Hakim. Hei Kim. Kau kenapa
ni?" Hanafi yang melihat Hakim diam, menegurnya dari belakang.
"Maaf. Boleh kita ulang
sekali lagi Tok Kadi?" Pinta Hakim.
"Tak apa. Mungkin kamu
gementar agaknya tadi. Kita ulang lagi sekali ya" Tok Kadi yang sudah
biasa dengan situasi tersebut mengulang semula akad nikah.
"Aku nikahkan dikau dengan
Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Lafaz Tok Kadi.
"Aku terima nikahnya,
Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Jawab Hakim yang
kali ini lebih yakin.
Maka termeterailah ikatan
perkahwinan antara dua insan.
Walaupun pelbagai halangan yang
terpaksa ditempuh, namun akhirnya mereka tetap bersatu.
Hakim yang kini tidak punyai
perasaan cinta terhadap Ariana cuba untuk menjalinkan kembali ikatan cinta yang
pernah tersemat dahulu.
Persoalannya, pentingkah cinta
dalam perkahwinan? Jikalau nenek moyang kita mampu, kenapa kita tidak?
Mungkin cinta selepas kahwin itu
adalah lebih indah..........
WSM:
DULU,
wujud cinta murni
antara mereka.
SELEPAS ITU,
wujud pula maruah
cinta yang tidak dirancang.
KINI,
disebalik cinta itu
wujud satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
AKAN DATANG,
semoga cinta sejati
akan disemai kembali dan wujud hingga ke akhir hayat.
*karya pertama:
6 comments:
Done reading.Bacaan ringan dan tak merumitkan..,kira cerpen yang berjaya selepas "penantian seorang Adam..."tapi mohon untuk semak balik., aku dapat kesan small mistake kat dua tempat:-
1. "Tak. Apa kaitannya?"
"Datuk Hisham meninggal disebabkan serangan jantung"
"Apa? Hakim tahu perkara ni?" soal Hanafi.
"Fasal kemalangan tu aku tak pasti. Tapi kalau sebab Ariana kahwin dengan Datuk Hisham dia memang tak tahu. Kau seorang sahaja yang tahu"
2."Saya mahu jadikan awak sebagai isteri saya"
"Seriouly?"
"Minggu depan saya hantar rombongan?"
"Cepatnya. Tapi kenapa tiba-tiba?"
"Saya takut tak sempat"
congrats, again! ^^
Tahniah! cerita sangat best..
ade nama2 pelakon hebat.. =P
hehe next time buat cerita baru okeyh =)
yeahhhh,,,
akhirnya,,,best2,,,
nt naik kn nm aku lg,,,
hahahahah,,,
gud job!!
Anum : terima kasih sudi bace dan atas keprihatinan anda..tapi yg kesalahan pertama tu ape ek? aku bace berkali2 tak dapat kesan lah...
Areyue Luvinnov: next time aku masukkan nama kau pulak ek,,hehe
atira ator : kau kene belanje aku lepas ni..haha
okay nama aku pon nak gak dalam cerpen hebat ni..ehehe
ayie : insyallah, nama kau akan dimasukkan dalam cerita seterusnya..hehe
Post a Comment