TAB

Wednesday, November 14, 2012

Thursday, October 25, 2012

Anugerah TYPO Terhebat Disandang Oleh...

Salam 1Kehidupan...

Semalam merupakan hari TYPO sedunia. Yeke? Eh Takdelah sedunia sangat. Mungkin untuk seorang wanita ini sahaja. Lihat sahaja antara karya-karya beliau:

kirang = korang

no = ni

mensi = mesej

oian = pain


Sampailah makcik ni suruh aku buatkan anugerah untuk dia.


Disebabkan permintaan anda itu saya tunaikan. Terimalah piala ini atas usaha gigih anda selama ini dalam membangun industri TYPO. Sekalung tahniah diucapkan.

Tahniah sekali lagi.

Masalah typo = kesalahan mengeja itu memang selalu sahaja berlaku. Aku juga tak lari dari masalah tersebut. Oleh itu aku sarankan kepada insan-insan yang mempunyai masalah typo ni rujuk entri aku sebelum ini; Kesalahan Menaip dan Solusinya 

Jadi, kalian yang rasa kalau tak nak kena 'bahan' dengan member tu, silalah cek ejaan anda sebelum post sesuatu di laman sesawang.


WSM:
- boleh terputus urat kentut kalau tengok orang salah eja ni -

Wednesday, October 24, 2012

18_WORDLESS WEDNESDAY : Persiapan Kahwin



WSM:
- balik rumah je semalam, penuh barang-barang kahwin -

Tuesday, October 23, 2012

Kad Siswa 1 Malaysia Buat Pelajar Gila Shopping

Salam 1Kehidupan....

Sekadar nak beritahu yang aku dah dapatkan Kad Siswa 1 Malaysia. ^-^

Terima kasih kerajaan kerana sentiasa membantu golongan pelajar seperti kami. Walaupun tak semua kedai yang menerima kad ini, tapi aku tetap bersyukur.


Untuk tahu senarai penuh kedai-kedai yang menerima Kad Siswa 1 Malaysia boleh pergi ke laman rasmi berikut:

Ramai sebenarnya IPT lain yang dah dapat kad ni cuma, kampus aku agak lambat sikit. Berpusu-pusu pelajar naik ke pejabat bendahari hari ini.



Cuma apa yang aku tak puas hati, kenapa ada sebahagian kad siswa ini tamat pada 2015 dan sebahagian lagi 2016? Ini sangat tidak adil sebab aku punya habis 2015. Kementerian, sila beli penjelasan...

Pada student UiTM KBM yang belum ambil kad ini silalah berbuat demikian. So, bolehlah kita shopping sakan cuti nanti.. ekekeke



WSM:
- sem depan dapat baucher buku lagi! -

Tuesday, September 25, 2012

Sindrom Kelas "Cancel"

Salam 1Kehidupan,

Buat yang tak tahu, 2 minggu yang lepas aku dah pon memulakan sesi semester yang seterusnya. Semester terakhir sebelum praktikal !

Perkara yang selalu berlaku diawal minggu permulaan setiap semester ialah "kelas cancel". Pagi ni sahaja 1 kelas dah pon dibatalkan. Sepanjang 2 minggu dan 1 hari sekolah dibuka, banyak sungguh kelas batal. #seronoknya

Mungkin itu benda yang paling heaven didengar kepada semua pelajar. Tak kira budak sekolah tadika, sekolah rendah mahu pun sekolah menengah hatta pelajar universiti sekali pun.

Tapi ada kesan-kesan yang bakal timbul juga bila kelas tak ada ni. Antaranya terpaksa hadir kelas ganti dan  assignment yang bertambah.

Tak gemar sungguh bila ada sesetengah tenaga pengajar yang memberitahu kelas cancel lambat. Dah jejak kaki ke kelas baru diberitahu "kelas tak ada"

kelas cancel

Itu mungkin ok lagi. Mungkin mereka ada kes emergency yang tidak dapat dielakkan. #Dimaafkan. Lagi tak gemar kalau kami ni pelajar-pelajar terpaksa menunggu selama setengah jam, pernah juga hampir sejam tanpa khabar berita sama ada kelas batal atau tidak.

Disebabkan dah banyak sangat pengalaman macam ni, ada dalam satu kelas ni, seorang tenaga pengajar tanya:
"What is your expectation in this class"

Aku jawab:
"I hope you will inform me 1 day before class cancelled"

Berani mati tak aku jawab macam tu. HAHA. Sebenarnya aku gurau je masa tu. Sorry Miss..


WSM:
- kelas batal sebab lecturer yang suruh tak apa, jangan pula korang yang batalkan sendiri kelas tu a.k.a ponteng -



Thursday, August 30, 2012

Rakyat Malaysia Malas Berfikir dan Membaca

Salam 1Kehidupan...

Lama rasanya tak menjengah ke blog hamba ni. Kehidupan sekarang memang agak sibuk dengan kerja partime yang hamba lakukan semasa cuti semester ni.


Kita selalu becakap tanpa berfikir dan membaca. Otak dan akal yang dikurniakan malas digunakan. Sepasang mata yang diberikan juga tidak mahu bekerjasama dengan akal yang ada di kepala. Apa guna jadi manusia kalau pancaindera tersebut tidak digunakan mengikut fungsi yang sepatutnya dilakukan.

Manusia yang tak mahu berfikir menggunakan otak mungkin serupa dengan haiwan.


Sebagai contoh di Kiosk Celcom, dihadapan kedai tertera info "selling celcom reload, registration and payment"

Pelanggan1 : Nak topup. Nombor 017...
Jurujual 1 : Maxis ke? Sorry sini ada jual celcom je

Pelanggan 2 : Can I pay my bill here?
Jurujual 1 : Sure.

Kesian dengan dengan jurujual tu. Terpaksa melayan bermacam-macam kerenah pelanggan dan terpaksa berpegang kepada prinsip Customer Always Right.

Kadang-kadang kita perlu terima juga yang tak semua pelanggan itu betul.


WSM:
- membilang hari-hari terakhir bekerja -


Wednesday, August 29, 2012

Wednesday, July 18, 2012

Monday, July 16, 2012

Teringat Kekasih Lama

Sekarang ni dekat Hot FM tengah sibuk bercakap pasal #KekasihLama.

Suka atau tidak, istilah tersebut telah menunjukkan anda dan dia telah menyimpan memori sebagai kekasih satu ketika dulu. Ya satu ketika DAHULU. Bukan sekarang.


Sama ada anda dan dia berpisah secara BAIK atau tidak...
Anda rela atau TIDAK...
Anda SEDIH atau tidak...

Semuanya telah terlipat dalam buku sejarah.

Hidup perlu diterus walau tanpa kehadiran #KekasihLama.


Mungkin #KekasihLama menyimpan seribu kenangan...
Mungkin #KekasihLama adalah yang pertama...
Mungkin #KekasihLama tiada pengganti...
Segalanya MUNGKIN.



Cukuplah berjiwang sakan !

Cuma nak cakap, tadi aku twit pasal #KekasihLama dan Ikhwan Hot FM baca twit aku secara live!

Segan sebab ade seorang member tu kata dia dengar. Aku harap dia tipu. (aku siap mention nama kot)


Ayat dalam twitter (nama dah padam)

Doa aku pada #KekasihLama Semoga dia bahagia dengan hidup dia sekarang.



WSM:
- just wanna say: miss u -

Sunday, July 15, 2012

Pengalaman Merakam Iklan Televisyen

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Satu perkara yang paling aku tunggu-tunggu semester ini adalah merakam iklan untuk subjek Marketing Communication.

Sebelum ini aku ada tengok senior-senior aku buat iklan yang hebat-hebat. Jadi dari semester lepas aku bercita-cita untuk buat iklan yang sama hebat macam diorang.

Proses menjana idea bermula. Pada mulanya kami bercadang nak buat produk ni:


Tahu tak apa tu? Itu adalah sejenis mainan yang boleh mengeluarkan belon bila ditiup. Dulu masa zaman budak-budak selalu main. Jadi kami satu group excited sebab dapat mengimbau kenangan lama.

Alih-alih, idea kami ditolak dengan alasan produk tu tak popular. =_="

Akhirnya kami tukar produk kami ke Secret Recipe sebab dekat tv rasanya belum ada lagi iklan Secret Recipe yang hebat-hebat.

Sepanjang pengambaran memang banyak sangat cabarannya. Cabaran paling besar adalah mencari pelakon kanak-kanak. Dan kami akhirnya bersepakat untuk import anak buah Atira Ator sebagai pelakon. Budak ni banyak betul kerenah dia. Tapi biasalah budak-budak.

Anak buah ator (Lupa nama dia)

Sebelum aku tunjukkan video iklan kami, mari aku perkenalkan pelakon dan pekerja belakang tabir untuk group kami.

Berikut adalah butir Video:

TAJUK: Close To You
PRODUK: Secret Recipe
DURASI: 2:00 minit (versi Asal), dan 2:15 (versi baru)
MUZIK LATAR: Feel So Close by Calvin Haris
LOKASI PENGAMBARAN: Jusco Bandaraya Melaka

PELAKON UTAMA:
Muhammad Azri bin Misti (ayah)
Atira Binti Abdullah (ibu)

PELAKON PEMBANTU:
Zulaiha Binti Hamdan (pasangan kekasih)
Khairulanwar Bin Abd Rahman (pasangan kekasih)

PELAKON TAMBAHAN:
Rafidah Binti Raof (orang awam)
Mohamad Hanafi Bin Zainal (orang awam)

PELAKON KANAK-KANAK:
Anak buah Ator (anak)

Dan inilah hasilnya:

Versi Asal:



Versi Baru:

*versi baru: ada perubahan warna video, menu dan lokasi secret recipe diakhir iklan



WSM:
- puas hati dengan hasilnya walaupun baru pertama kali edit video -

Thursday, July 12, 2012

Battleship Photoshop Tahap Sekolah Rendah

Malam semalam, segalanya bermula selepas aku post gambar facebook sebagai captain america. atau lebih tepat lagi aku namakan diri aku sebagai Captain Anwar (takde kena mengena dengan parti politik). Cuba tengok gambar dibawah.

 Ni gambar yg aku edit dan jadikan sebagai DP facebook.

Tanpa disangka-sangka, lepas tu tiba-tiba muncul pulak gambar aku dalam versi lain di twitter.


Dan muncul lagi..

 Dan lagi....

OK. I got this.. Aku pon melancarkan serangan balas. BANG BANG BANG ! (bunyi senapang)




Pihak lawan melakukan serangan balas yang dahsyat apabila telah melebarkan serangan ke Facebook. BOOOM! (bunyi bom)


Aku diam sebentar. Apabila pihak lawan telah tidur. Barulah serangan bertali arus dilancarkan ke Facebook.
BOM BOOOM BOOOMMMM! (bom atom)


WSM:
- tergelak besar macam orang gila semalam, sampai ada sorang roomate terbangun dari tidur.
Sorry -

Tuesday, July 10, 2012

VLOG? Mungkin Tidak...

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...


Tahu tak apa itu vlog?

Nama panjang, Video Blogging dan bila pendek disebut Vlogging. Kalau Blog kita menulis, tapi Vlog ni kita bercakap. Atau dengan kata lain, bercakap sorang-sorang depan kamera macam tak betul yang selalu kita tengok dalam Youtube.

Tak faham lagi. Cuba tengok video bawah ni... 


Itu video Anwar Hadi. Salah seorang Vlogger hebat selain Mat Lutfi. Rasanya mungkin yang tak faham dah faham sekarang. Kalau tak faham juga tak tahulah..

Pernah beberapa sem lepas, kawan aku tanya 
"tak nak jadi macam Anwar Hadi ke?"

Masa tu aku tak kenal pon siapa mamat tu. Dan hati ni terus tertanya-tanya
"Apa lebih dia berbanding aku?"

Bila tengok cara Anwar Hadi bercakap, Oh. dia memang OHSEM! 

Anwar Hadi

Kalau nak bandingkan Mat Luthfi, Anwar Hadi dan aku... Memang jauh sangat. Aku tak rasa yang diri ni berbakat bercakap depan kamera. Kalau menyanyi mungkin boleh. HAHA..

Mat Luthfi

Jadi, kalau suruh aku buat Vlog sekarang ni, memang tak mampu lagi. Tunggulah 10 tahun lagi, masa tu mungkin.

Tapi tak semua vlog tu hebat. Pernah juga tengok video yang vlogger dia tak pandai cakap pon. Pakai webcam lagi. Sebenarnya tak kisah pon dia nak pakai webcam ke apa, tapi cara dia cakap tu aku rasa memang tak menarik langsung dan rasa nak TERGELAK.

Jadi kalau rasa diri tak ada bakat macam aku ni, rasa baik tak perlu nak memalukan diri. (Sorry kalau ada yg terasa)

Cuma apa yang aku nak persoalkan sekarang, kenapa vlogger malaysia yang hebat-hebat datang daripada penuntut di luar negara macam Mat Luthfi dan Anwar Hadi ni. Mana pergi Mahasiswa dalam negara? Tak kan tak ada bakat?


WSM:
- malu nak tunjukkan muka sendiri, dan kasi orang tengok -


#CalonPasanganSayaMesti

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Terasa lama sangat tak menulis di dada blog. Sebenarnya ada beberapa entri yang tak sempat disiapkan menunggu di ruangan Draft. Tunggu untuk dipamerkan sahaja. Tapi aku ambil tindakan untuk simpan dahulu. Tunggulah bila jari-jemari ini rajin untuk menulis lagi.


Berbalik kepada apa yang aku nak ceritakan...

Pernah tengok orang nikah? Aku berkesempatan untuk melihat beberapa sedara mara dan kenalan lain bernikah secara langsung. Detik yang buat aku tertanya-tanya adalah sewaktu pasangan menangis sebaik sahaja akad nikah dilafazkan. Kenapa perlu menangis. Aku tak faham..

Sebaik sahaja tengok video pernikahan Irma Hasmie dan pasangannya, buat dada ni terasa sebak. Seperti ada talian yang menghubungkan antara aku dan video tersebut. Satu moment yang tak dapat diungkap. Mungkin korang nak cakap aku gembeng, silakan. Tapi sekarang aku dapat memahami kenapa pasangan menangis selepas akad...

Video yang membuat aku tersentuh

Bila tengok video itu juga, perasaan untuk kahwin membuak-buak! HEHEHE... Siapa agaknya jodoh itu?

Detik inilah yang meragut sanubari

Setiap orang punya pilihan dan impian pasangan masing-masing. Antara impian aku ialah:


Sebenarnya aku merepek je dalam twitter tu. Yang sebenarnya aku tak kisah siapa calonnya. Janji Mak dan Abah aku restu hubungan kami.


Jadi apa agaknya pilihan jodoh korang?


WSM:
- tak sabar nak tengok akak aku kahwin tahun ni -

Saturday, June 16, 2012

AKU = AFGAN?

Beberapa jam yang lalu, seorang rakan kelas ada post ni dekat timeline aku.



Seriusly, aku tak faham dan aku buat bodoh je. Then sebelum nak tidur ni, aku buka laptop kejap, macam biasa online facebook kejap. Entah kenapa tiba-tiba terasa nak tengok side bar. Nak stalker orang sebenarnya. Lalu aku terbaca ini:



Aku masih kurang faham, sehinggalah aku buka wall kawan aku tu. Alangkah terkejutnya aku bila nampak kawan aku pakai dp aku. Bukan seorang, tapi ade dua orang lagi. CISSSS...







Baru aku faham kenapa Ayie cakap aku macam Afgan. Tapi sama ke aku dengan Afgan? Jauh panggang dari api kot...

Afgan


WSM:
- kalaulah gue ganteng kaya sama mas Afgan, pasti udah keliling pacar-pacar gue

Thursday, June 7, 2012

Google Map 3D

Baru tadi aku terdengar berita tentang Google Map 3D untuk telefon bimbit dilancarkan. Aku terasa sungguh teruja dengan sistem ni. Bukan sebab aku pakai handphone canggih nak download software tu tapi aku cuma nak cuba guna sahaja.

Jadi aku cuba google. Alih-alih, rupanya untuk versi komputer telah pun boleh digunakan. Aku tak pasti pula bila versi komputer ni telah boleh digunakan.

Korang cuma perlu pergi ke Google Map dan tukar ke versi MapsGL. Kemudian install satu software khas. Lepas tu baru boleh nampak bangunan tu dalam 3D.

Carian pertama yang aku buat adalah di sekitar Bandar Hilir, Melaka.



Gambar atas adalah pandangan dari jauh. Di bawahnya pula dari dekat pandangan Kota A Famosa. Untuk kali pertama, aku tak terasa teruja pon sebab hanya beberapa bangunan sahaja dalam imej 3D. Disekitarnya hanya imej 2D.

Cubaan kedua aku cuba cari di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Bangunan kali ini nampak lebih realistik dan lebih banyak yang berimej 3D.

Johor Bahru

Kuala Lumpur


Bukan bangunan sahaja yang 3D. Jambatan Pulau Pinang juga sudah berimej 3D.



Malah Gunung Kinabalu pon boleh nampak 3D. (jakunnya aku ni)


Bila aku tengok gambar disekitar New York. Bangunan 3D lagi super duper banyaknya ! Lagi bertambah jakun.



Korang juga boleh zoom out sampai nampak bentuk bumi . Cuba tengok gambar bawah ni.


Cukuplah rasanya gambar-gambar yang aku tunjukkan tu. Kalau korang nak merasai sendiri cubalah Google Map 3D sendiri.



WSM:
- masa hadapan nanti mungkin kita boleh melihat bukan sahaja imej satelit malah video satelit secara langsung daripada komputer. Tak mustahil bukan? -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...