TAB

Sunday, July 15, 2012

Pengalaman Merakam Iklan Televisyen

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Satu perkara yang paling aku tunggu-tunggu semester ini adalah merakam iklan untuk subjek Marketing Communication.

Sebelum ini aku ada tengok senior-senior aku buat iklan yang hebat-hebat. Jadi dari semester lepas aku bercita-cita untuk buat iklan yang sama hebat macam diorang.

Proses menjana idea bermula. Pada mulanya kami bercadang nak buat produk ni:


Tahu tak apa tu? Itu adalah sejenis mainan yang boleh mengeluarkan belon bila ditiup. Dulu masa zaman budak-budak selalu main. Jadi kami satu group excited sebab dapat mengimbau kenangan lama.

Alih-alih, idea kami ditolak dengan alasan produk tu tak popular. =_="

Akhirnya kami tukar produk kami ke Secret Recipe sebab dekat tv rasanya belum ada lagi iklan Secret Recipe yang hebat-hebat.

Sepanjang pengambaran memang banyak sangat cabarannya. Cabaran paling besar adalah mencari pelakon kanak-kanak. Dan kami akhirnya bersepakat untuk import anak buah Atira Ator sebagai pelakon. Budak ni banyak betul kerenah dia. Tapi biasalah budak-budak.

Anak buah ator (Lupa nama dia)

Sebelum aku tunjukkan video iklan kami, mari aku perkenalkan pelakon dan pekerja belakang tabir untuk group kami.

Berikut adalah butir Video:

TAJUK: Close To You
PRODUK: Secret Recipe
DURASI: 2:00 minit (versi Asal), dan 2:15 (versi baru)
MUZIK LATAR: Feel So Close by Calvin Haris
LOKASI PENGAMBARAN: Jusco Bandaraya Melaka

PELAKON UTAMA:
Muhammad Azri bin Misti (ayah)
Atira Binti Abdullah (ibu)

PELAKON PEMBANTU:
Zulaiha Binti Hamdan (pasangan kekasih)
Khairulanwar Bin Abd Rahman (pasangan kekasih)

PELAKON TAMBAHAN:
Rafidah Binti Raof (orang awam)
Mohamad Hanafi Bin Zainal (orang awam)

PELAKON KANAK-KANAK:
Anak buah Ator (anak)

Dan inilah hasilnya:

Versi Asal:



Versi Baru:

*versi baru: ada perubahan warna video, menu dan lokasi secret recipe diakhir iklan



WSM:
- puas hati dengan hasilnya walaupun baru pertama kali edit video -

6 comments:

atira ator said...

pemes la aku kat blog ko! ahahahah

Kuronofu91 said...

yg versi baru tu better lg kot...

Haziq Yaacob said...

aku takpedulik pasal video kau..lakonan kau sikit pn aku takheran..

tp video nmpk smart bila pakai baju KAKS ahahaha ;p

kekekekeke ;p

Eena Arrina said...

so sweet..teringat dahulu kala ena berlakon untuk product ribena dan pati ayam brand utk budak sekolah. :)

Ameerul Ashraf said...

wah.. good job!
video pon best :)

Anum said...

Wahhh, korang semua ada bakat. Tahniah to your team. Extra credit to The Father and Mother cause they play quite well. Tapi kan, cara pakwe pujuk makwe dia tu aku rasa cute sangat lah pulak. Keep up guys, congrats again ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...