TAB

Friday, December 27, 2013

Blog Kunjungan Kaki Seks

Salam Kehidupan...

Lama tak bersua. Sebelum nak teruskan menulis untuk sekian lamanya... Kepada pakar-pakar coding, macam mana nak hilangkan garisan pada tajuk setiap entri aku ni. Entah sejak bila ada garisan... Hurmmmm... Hello, ada orang dengar tak, Hello, hello, hello ! Eh, dah tak ada pembaca rupanya blog ni. Takpelah, nanti aku cari sendiri penawar nak hilangkan garisan tu.

Ok. Nampaknya blog ni telah menjadi kegemaran kaki seks sejak akhir-akhir ini. Terima kasih. Tapi maaf, tiada unsur seks dalam ini blog ya adik-adik sekalian.

Tetibe ada harlem shake ! HAHA

Sebenarnya nak cerita pasal apa yang berlaku pada aku sejak beberapa bulan ni. Tapi sebab waktu dah pun malam nanti-nantilah kita cerita. HAHA


Nuarahman :
Kadang kadang kita terpaksa mengorbankan kebahagiaan sendiri demi mengukir senyuman orang lain.

Wednesday, July 24, 2013

#24: WW - Aktiviti Memberus Gigi Di Tepi Longkang

Salam Kehidupan...

Siapa pernah buat aktiviti seperti gambar di bawah?

Aktiviti memberus gigi di tepi longkang

Gambar kredit kepada : Page Ini

Nuarahman : Terkenang zaman sekolah rendah yang tak berapa nak indah dulu...


Monday, July 22, 2013

Salam Ramadhan 2013

Salam 1Kehidupan...

Rasa sedih bila statistik blog semakin lama semakin merudum sejak dua tiga bulan lepas. Nak buat macam mana sebelum ni terlalu sibuk dengan thesis dan sekarang pula terlalu sibuk membuat taik mata. HAHA...

Ada masa aku cerita apa yang berlaku sejak beberapa bulan lepas. Itu pun kalau ada yang nak bacalah. (Kah3x)

Walaupun sudah hampir separuh ramadhan berlalu, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa dan selamat meningkatkan segala ibadah pada bulan yang mulia ini. Semoga ibadah tersebut dilakukan secara istiqamah untuk bulan-bulan mendatang.

Disebabkan lepas bersahur tadi timbul rasa sedikit rajin, aku buatkan banner khusus untuk yang terbaca entri kali ni. (Nah!)




Nuarahman : semoga sempat dipertemukan dengan Syawal nanti. Amin ~

Friday, April 26, 2013

Heading To Somewhere

Salam 1Kehidupan...

Sudden plan.
Itu sahaja yang mampu aku nyatakan sekarang. Yang penting aku menuju ke suatu tempat di Malaysia. Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik. Terima kasih.



Nuarahman: sangat TERUJA !

Tuesday, April 23, 2013

Tak Salah Berbeza Pendapat

Salam 1Kehidupan...


Sebelum korang semua baca tulisan aku kali ini, lihat gambar di atas. Berapa sebenarnya jumlah kayu tersebut?

Sebagai seorang manusia kita tidak lari daripada punyai pendapat dan idea yang berbeza. Mari kita lihat beberapa situasi yang mungkin pernah berlaku dalam kehidupan seharian kita.


 Mana pilihan anda?

Beli baju.
A: Cantik baju warna biru ni.
B: Warna hijau lagi nampak menyerlah. V-Neck lagi !
A: Tak nak lah. Nampak gay kot.
C: Biru ke Hijau ke. Dua-dua tak menarik. Merah lagi ok rasanya.
Akhirnya: Tak jadi beli



 Dua-dua cantik kan? HEHE

Lelaki bila melihat perempuan.
A: Cantik siot perempuan tu.
B: Apa benda lah taste kau ni. Muka macam dekat pasar malam kau kata cantik.
C: Pada aku cantik tak penting. Asal bertudung aku dah rasa cukup baik.
Konklusi: Cantik itu subjektif

 Jambu atau Macho?

Perempuan bila terpandang lelaki.
A: Handsomenya mamat tu !
B: Muka jambu sangat. Tak minat. Carilah yang macho sikit.
C: Orang kata lelaki yang boroi menjamin kebahagian.
Persepsi Ibu Bapa: Lelaki yang berharta menjamin kebahagian sepanjang hayat.



Fahaman politik.
A: Kita patut sokong parti yang memperjuangkan Islam bukan Melayu.
B: Bila Melayu terbela, nasib agama Islam juga turut sama diperjuangkan.
C: Tak kesa mana-mana yang berkuasa. Yang penting makan minum aku terjamin.
Sebenarnya: Mana-mana parti ada baik dan buruk. Pilih mana yang kita rasa terbaik. Hormati pendapat masing-masing.


Nuarahman: Fikir dahulu sebelum mengeluarkan pendapat. Takut terguris mana-mana hati.

Thursday, April 18, 2013

#23: WW - Running Man in PSY "Gentleman" Music Video

Salam 1 Kehidupan.

HAHA JAE SUK
Haha and Jae Suk


The full video:



Nuarahman: Gangnam Style Better !

Tuesday, April 16, 2013

PRU13 : Calon Penuh BN Johor

Salam 1Kehidupan...

GHANI OTHMAN VS LIM KIT SIANG

Berikut merupakan calon-calon Barisan Nasional Negeri Johor yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 pada 5 Mei 2013. 


P140. Segamat - Datuk Dr. S. Subramaniam
N01. Buluh Kasap - Norshida Ibrahim (baharu)
N02. Jementah - Dr. Lee Hong Tee

P141. Sekijang - Anuar Abd. Manap (baharu)
N03. Pemanis - Lau Chin Hoon
N04. Kemelah - Datuk Ayub Rahmat

P142. Labis - Datuk Chua Tee Yong
N05. Tenang - Mohd. Azahar Ibrahim
N06. Bekok - Tan Chong (baharu)

P143. Pagoh - Tan Sri Muhyiddin Yassin
N07. Bukit Serampang - Ismail Mohamad (baharu)
N08. Jorak - Datuk Dr. Sharuddin Salleh

P144. Ledang - Hamim Samuri
N09. Gambir - M. Asojan
N10. Tangkak - Goh Tee Tee
N11. Serom - Abdul Razak Minhat (baharu)

P145. Bakri - Lee Ching Yong
N12. Bentayan - Fong Soh Lan (baharu)
N13. Sungai Abong - Datuk Dr. Haris Salleh (baharu)
N14. Bukit Naning - Datuk Saipolbahari Suib (baharu)

P146. Muar - Datuk Razali Ibrahim
N15. Maharani - Datuk Zulkhairi Ahmad (baharu)
N16. Sungai Balang - Zaiton Ismail (baharu)

P147. Parit Sulong - Datuk Noraini Ahmad
N17. Semerah - Mohd. Ismail Roslan (baharu)
N18. Seri Medan - Datuk Zulkurnain Kamisan (baharu)

P148. Ayer Hitam - Datuk Wee Ka Siong
N19. Yong Peng - Lim Kee Moi
N20. Semarang - Datuk Samsolbari Jamali

P149. Seri Gading - Datuk Aziz Kaprawi
N21. Parit Yaani - Tiow Yew Chuan (baharu)
N22. Parit Raja - Datin Azizah Zakaria (baharu)

P150. Batu Pahat - Dr. Mohd. Puad Zarkashi
N23. Penggaram - Dr. King Ban Siang (baharu)
N24. Senggarang - Abd. Aziz Ismail (baharu)
N25. Rengit - Ayub Jamil

P151. Simpang Renggam - Liang Teck Meng
N26. Machap - Abd. Taib Abu Bakar (baharu)
N27. Layang Layang - Abd. Mutalip Abd. Rahim

P152. Kluang - Datuk Dr. Hou Kok Chung
N28. Mengkibol - Chye Kwee Yeow (baharu)
N29. Mahkota - Md. Jais Sarday

P153. Sembrong - Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
N30. Paloh - Teoh Yap Kun (baharu)
N31. Kahang - R. Vidyanathan

P154. Mersing - Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad
N32. Endau - Datuk Abd. Latiff Bandi (baharu)
N33. Tenggaroh - K. Raven Kumar (baharu)

P155. Tenggara - Datuk Halimah Mohamed Sadique
N32. Panti - Datuk Baderi Dasuki
N33. Pasir Raja - Datuk Dr. Adham Baba

P156. Kota Tinggi - Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (baharu)
N36. Sedili - Rasman Ithnain
N37. Johor Lama - Asiah Md. Ariff

P157. Pengerang - Datuk Seri Azalina Othman Said
N38. Penawar - Hamimah Mansor
N39. Tanjung Surat - Datuk Syed Sis Syed A. Rahman (baharu)

P158. Tebrau - Khoo Soo Seang (baharu)
N40. Tiram - Datuk Maulizan Bujang
N41. Puteri Wangsa - M. Soorianarayanan (baharu)

P159. Pasir Gudang - Normala Abd. Samad (baharu)
N42. Johor Jaya - Tan Cher Puk
N43. Permas Jaya - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

P160. Johor Bahru - Tan Sri Shahrir Samad
N44. Tanjung Puteri - Datuk Adam Sumiru
N45. Stulang - Chong Chee Siong (baharu)

P161. Pulai - Datuk Nur Jazlan Mohamed
N46. Pengkalan Rinting - Chang Nie Kee (baharu)
N47. Kempas - Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (baharu)

P162. Gelang Patah - Datuk Abdul Ghani Othman
N48. Skudai - Liang Ah Chy (baharu)
N49. Nusajaya - Datuk Dr. Zaini Abu Bakar (baharu)

P163. Kulai - Tay Chin Hein (baharu)
N50. Bukit Permai - Ali Mazat Salleh (baharu)
N51. Bukit Batu - Cheong Chin Liang
N52. Senai (belum diumumkan)

P164. Pontian - Datuk Ahmad Maslan
N53. Benut - Datuk Ir. Hasni Mohamad
N54. Pulai Sebatang - Datuk Tee Siew Kiong

P165. Tanjong Piai - (belum diumumkan)
N55. Pekan Nanas - (belum diumumkan)
N56. Kukup - Suhaimi Salleh (baharu)


Melihat kepada calon tersebut ramai muka baru diperkenalkan. Kawasan paling mencuri tumpuan sudah semestinya yang berhighlight merah. Selain daripada kawasan tersebut merupakan bakal tempat aku membuang undi, calon di Parlimen Gelang Patah itu juga memperkenalkan calon kuat Barisan Nasional, Menteri Besar Johor pada kali ini, Dato' HajI Abdul Ghani Othman. Lawan kepada beliau merupakan calon berpengaruh dari Pakatan Rakyat iaitu Lim Kit Siang.

Mungkin PR memilih Kit Siang untuk bertanding di situ kerana ingin merampas kawasan Gelang Patah yang semakin membangun dan punyai Nusajaya sebagai kawasan pentadbiran negeri johor. BN pula terpaksa menamakan calon kuat di kawasan tersebut.

Melihat pula DUN Nusajaya, aku kurang pasti siapa calon tersebut. Namun sekitar tahun lepas aku ada pergi ke sebuah klinik dan doktor tersebut ada bercerita yang dia akan bertanding pada pilihanraya akan datang. Mungkin juga doktor tersebut yang akan bertanding.


Biodata Lim Kit Siang : [KLIK]
Biodata Ghani Othman : [KLIK]

Siapa akan menang? Kita nantikan 5 Mei nanti.
Sumber: Utusan



Nuarahman : Dengar Cerita MB Johor akan bertukar kalau BN menang?

Monday, April 15, 2013

ASMIDAR - Bila Cinta Ada (Video Lirik)

Salam 1 Kehidupan...

Kali ni berkesempatan untuk buat video lirik terbaru dari pemenang Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) Musim Pertama, Asmidar.


Suaranya yang mendayu ditambah pula dengan lirik yang mudah difahami dan diiringi oleh muzik yang "easy listening" membuatkan lagu ini cukup membuai perasaan di kala petang. Punya potensi untuk dijadikan single seterusnya dari album sulung beliau ini.

Mari kita hayati video dan lirik lagu ini sambil membaca novel mahu pun ketika makan goreng pisang panas di waktu petang. (*lapar)



Lirik Bila Cinta Ada - Asmidar

Semusim Telah Kita Rasai
Telah Kita Melalui Hari
Namun Masih Belum Tiba Janji
Apakah Rasa Ini Kan Dibiar Melewati

c/o
Akuinya Sayangku
Bila Kau Merasa
Apa Perlu Selindung
Keindahannya Jatuh Cinta
Bila Cinta Ada
Kata Pelangi Hati
Cinta Kita Tak Mahu Berpisah

Masih Segar Tiap Kata Kata
Walau Coba Disembunyi Tawa
Namun Bukan Tak Mampu Berpura
Bila Yang Sebenarnya
Kau Dan Aku Jatuh Cinta

Ulang c/o 2x



Nuarahman : Harapnya video ini tidak di claim copyright seperti video2 sebelum ini. Aku cuma mahu mempopularkan penyanyi dan lagu ini. Tiada tujuan lain.

Wednesday, April 10, 2013

#22 WW - Kesan Penggunaan Syampu Wanita Terhadap Rambut Lelaki

Salam 1Kehidupan...

Untuk Wordless Wednessday kali aku nak buat lain sikit. Selalu kita tengok gambar. Kali ini kita tonton video pula.




Nuarahman : Bahaya TAK? Hehehe...

Friday, April 5, 2013

SEMANGAT PRU 13

Salam 1Kehidupan...

Sekali lagi entri barbaur politik selepas dua entri yang lepas. Tiada apa sangat yang nak dikongsi. Cuma tiba-tiba semangat update profile picture dan cover photo FB berkaitan PRU akan datang.

Sedikit excited kerana ini julung kalinya aku mengundi. Mari kita sama-sama menunggu tarikh PRU13 yang akan diumumkan SPR tak lama lagi.

Default Picture 

GE 13 SYMBOL
Banner PRU13



Nuarahman : Satu undi mampu membawa perubahan.

Wednesday, April 3, 2013

#21 - WORDLESS WEDNESDAY : Pembubaran Parlimen Dari Kedai Kopi


Nuarahman : Semoga pihak yang benar menguasai Malaysia kali ini. Amin.


Apa itu #BetterNation

Salam 1Kehidupan...

Pagi ni buka Youtube dan terjumpa satu banner yang menarik minat aku. Cuba lihat banner di bawah. Apa yang korang fikirkan?



Sekali pandang dah tahu ini satu lagi taktik kerajaan dalam menghadapi pilihan raya yang mungkin tak sampai lagi sebulan sahaja lagi.

Let's Create a #BetterNation

Itulah ayat yang digunakan untuk memancing pengundi. Mungkin kita selalu dengar ayat dalam bahasa Melayunya. Kali ini ia diubah sedikit supaya menjadi lebih "international" mungkin. Walaupun website ini tidak menyatakan secara terus "Marilah mengundi BN" tapi sesiapa yang sudah tahu berfikir dan faham akan politik tahu ini idea siapa.

Website yang dibina agak menarik dan ada beberapa bahagian untuk pembaca faham apa itu #BetterNation. Bahagian yang paling menarik sudah tentu pada barang percuma. Korang boleh isi info ringkas peribadi pada satu borang yang disediakan untuk mendapatkan "Goodie Bag" Percuma. Ya PERCUMA ! Mari dapatkan sekarang sementara stok masih ada. HAHA


Pengunjung website juga dibawa untuk mengimbau kembali sejarah penubuhan Malaysia. Kalau baca ayat pertama, korang akan lebih pasti ini sememangnya satu lagi idea kerajaan.


Nak tahu lebih lanjut boleh kunjungi website yang aku maksudkan : #BetterNation 



Nuarahman: Tak sabar nak mengundi buat kali pertama !

Friday, March 1, 2013

Siti Nurhaliza - Galau (Video Lirik)


(video boleh didownload dengan menggunakan software IDM atau Orbit)



Lirik Lagu Galau - Siti Nurhaliza
Composer/Lyrics : Cacaq (Idris)



Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan mata mu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kata dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu





Nuarahman : Video ini aku pernah upload dalam Youtube, tapi sebab ada copyright terpaksa padam. So rasa rugi pulak kalau tak dikongsi bersama peminat Siti diluar sana.

Saturday, February 23, 2013

Tanya Apa Sahaja Soalan

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Sejak berpraktikal ni aku ada buat beberapa perubahan minor pada blog ni. Mungkin ada yang perasan, tapi rasa ramai yang tak perasan atau mungkin tiada siapa pun perasan. #sedih

Hari ini (semalam) aku tambah satu lagi widget baru. Aku perasan widget ni dalam beberapa blog. Dan tiba-tiba rasa tertarik nak tambah.

Tak tahu apa motif aku letak benda ni. Kalau blog popular tak apa lah jugak. Ini blog picisan entah dari angkasa mana muncul ada hati nak berangan ramai peminat. #puihh

Widget ini membolehkan korang bertanya apa jua soalan pada aku tak kiralah berkaitan peribadi, isu semasa, politik bahkan benda merepek pon korang boleh tanya.

Aku namakan widget ini sebagai, "Ask Me Anything?"

nuarahman

Sekiranya korang ada apa-apa soalan yang nak ditanya pada aku, korang boleh cari widget yang aku maksudkan dalam blog aku ni. Rujuk gambar di bawah.


Kalau korang nak buat widget seperti aku ni, korang boleh pergi ke laman berikut - ask.fm.

Itu sahaja rasanya. Jumpa lagi.

*Oh ada yang tanya macam mana nak tengok jawapan kepada soalan korang nanti. Senang je. Pergi ke ask.fm/nuarahman. Tapi jawapan hanya boleh dilihat hanya selepas aku jawab.


Nuarahman : Baru sahaja register ask.fm ni beberapa hari lepas ! Hehehe

Saturday, February 16, 2013

WTF with Harlem Shake ?

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan.

Ini adalah entri yang secara tiba-tiba dibuat. Suatu malam yang hening, bosan, dan tiba-tiba terfikir untuk menulis.

Cute Style

Orang putih ni kalau buat video kekadang memang merepek dan tak 'masuk' dek akal. Aku teringat fasal suatu video yang kawan aku post beberapa bulan lepas.

Pernah tengok video ni:

Video ni pasal seorang lelaki yang nak buat rekod makan telur bersama sekali dengan kulit telur dalam masa beberapa minit. Video ni memang merepek, geli, pengotor dan aku rasa nak termuntah.

Oh. Berbalik kepada Harlem Shake.

Pada aku maksud Harlem Shake ini ialah satu goyangan atau gerak tari yang tak patut ditiru khususnya kanak-kanak kerana berbentuk lucah. Video tersebut hanya beberapa saat sahaja dan watak utama video tersebut ialah seorang lelaki yang memakai helmet, menari dan dalam beberapa saat kemudian, semua orang disekeliling ikut sama berjoget.



Katanya video di atas ini lah yang membuatkan Harem Shake popular. Video ini popular awal Februari yang lalu. Mungkin sesetengah orang menganggap cara tersebut semata-mata untuk menghilangkan rasa tertekan duduk dalam pejabat.


Namun video asal sebenarnya daripada username lain iaitu DizastaMusic, bertajuk Filthy Compilation #6 - Smell My Fingers. Yang aku paham pasal video ni ialah fasal KENTUT! Gile merepek orang putih ni... Boleh cuba tengok video tu dekat bawah ni. Kalau nak tengoklah ~


Jangan terkejut, orang Malaysia pon ade buat versi 'Harlem Shake' ni. Cuba tengok video di bawah:


Korang juga boleh cari Versi Harlem Shake lain yang berlambak ada dalam Youtube.

Mungkin sesetengah orang akan fikir aku kolot ke apa sebab bersikap prejudis terhadap hal yang kecil. Ya memang tak salah nak 'have fun'. Tapi bukan dengan cara berjoget macam orang gila. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan aku pon tak cukup sempurna lagi.


Nuarahman : tajuk yang agak kasar mungkin?

Saturday, January 19, 2013

Kembali Menulis Selepas 65 Hari

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan.

Merupakan post pertama untuk tahun 2013 selepas lama tak menulis. Pernah juga terfikir untuk memadam blog ni sebab rasa macam dah hilang minat untuk menulis blog. Namun atas pertimbangan semula, aku  mengambil keputusan untuk biarkan blog ni berehat seketika.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh hibernasi ni. Tapi aku tak akan bercerita sekarang. Insyallah di post yang akan datang.

Buat yang mengikuti blog ni (ada ke yang ikut?), kalau korang perasan template blog ni dah berubah. Menjadi lebih simple dan ringan. Jika sebelum ini warna biru sentiasa menjadi latar pada blog ini, tapi sekarang aku letakkan putih sebagai latar utama dan hijau sebagai warna tulisan.


Rupa blog sebelum ini.

Tab baru

Oh lagi satu, nama blog ni pon dah berubah. Jika dulu namaya "Mix of Life" tapi sekarang aku gunakan "Nuarahman" sebagai nama blog. Satu nama gabungan daripada aku dan abah. Nama yang sebenarnya sudah sinonim di akaun sosial aku yang lain seperti di TwitterInstagram, dan Youtube. Namun URL masih kekalkan.

Banner blog yang baru

Tapi ada satu perkarang yang lebih penting aku nak beritahu semua orang. Semester ni adalah semester terakhir aku menduduki peperiksaan sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda! YEAH3X... Maknanya tiada lagi asignment, tiada lagi test, tiada lagi kerja berkumpulan, tiada lagi final exam selepas ni! Merdeka YO~

Selepas ini, aku akan menjalani praktikal selama 5 bulan lebih. (Lamanya~~~). Tarikh mula praktikal 28 Januari. Tinggal lagi seminggu sahaja lagi. Namun sampai sekarang aku masih belum pasti nak praktikal di mana. Kepada korang semua doakanlah aku praktikal di tempat yang aku nak tu. Amin3x. Dan kepada junior, carilah tempat praktikal awal2. jangan jadi macam aku ni.


Itu sahaja rasanya. Jumpa lagi lain masa.

Salam.



Selamat berpraktikal buat semua student yang akan berpraktikal nanti~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...