TAB

Saturday, January 19, 2013

Kembali Menulis Selepas 65 Hari

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan.

Merupakan post pertama untuk tahun 2013 selepas lama tak menulis. Pernah juga terfikir untuk memadam blog ni sebab rasa macam dah hilang minat untuk menulis blog. Namun atas pertimbangan semula, aku  mengambil keputusan untuk biarkan blog ni berehat seketika.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh hibernasi ni. Tapi aku tak akan bercerita sekarang. Insyallah di post yang akan datang.

Buat yang mengikuti blog ni (ada ke yang ikut?), kalau korang perasan template blog ni dah berubah. Menjadi lebih simple dan ringan. Jika sebelum ini warna biru sentiasa menjadi latar pada blog ini, tapi sekarang aku letakkan putih sebagai latar utama dan hijau sebagai warna tulisan.


Rupa blog sebelum ini.

Tab baru

Oh lagi satu, nama blog ni pon dah berubah. Jika dulu namaya "Mix of Life" tapi sekarang aku gunakan "Nuarahman" sebagai nama blog. Satu nama gabungan daripada aku dan abah. Nama yang sebenarnya sudah sinonim di akaun sosial aku yang lain seperti di TwitterInstagram, dan Youtube. Namun URL masih kekalkan.

Banner blog yang baru

Tapi ada satu perkarang yang lebih penting aku nak beritahu semua orang. Semester ni adalah semester terakhir aku menduduki peperiksaan sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda! YEAH3X... Maknanya tiada lagi asignment, tiada lagi test, tiada lagi kerja berkumpulan, tiada lagi final exam selepas ni! Merdeka YO~

Selepas ini, aku akan menjalani praktikal selama 5 bulan lebih. (Lamanya~~~). Tarikh mula praktikal 28 Januari. Tinggal lagi seminggu sahaja lagi. Namun sampai sekarang aku masih belum pasti nak praktikal di mana. Kepada korang semua doakanlah aku praktikal di tempat yang aku nak tu. Amin3x. Dan kepada junior, carilah tempat praktikal awal2. jangan jadi macam aku ni.


Itu sahaja rasanya. Jumpa lagi lain masa.

Salam.



Selamat berpraktikal buat semua student yang akan berpraktikal nanti~

5 comments:

Aeisyah Hanum said...

Selamat berpraktikal Nuar. And doakan jugak aku can get over things, held my head up again, see the world in a different view. Sobs~~

Kuronofu91 said...

xleh klik la link instagram tuu~~~

Wan Ahmad Izudean said...

terbaik lah ko tak cari lagi..
kami kalau tak cari awal kenalah dengan lecturer department.hohoho

selamat berpraktikal..semoga dipermudahkan.

:)

khalila ishak said...

tahnx for coming :). slamat berpraktikal. sy pun esok (21/1) dh start praktikum :)

Joe_Hans said...

selamat berpraktikal dari penganggur kehormat..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...