TAB

Wednesday, November 30, 2011

06_WORDLESS WEDNESDAY : Adobe After Effect / Photoshop





WSM:
- dah download tapi tak tahu nak guna...haha -

Tuesday, November 29, 2011

Pengalaman Pertama

Sudah lama rasanya tak mencoret di dada blog kesayangan ni. Hidup sebagai pelajar memang sentiasa sibuk. Sibuk dengan test, assignments dan macam-macam aktiviti. Semua itu menyebabkan masa untuk menulis di blog menjadi terbatas.

Sabtu lepas aku sibuk dengan program pertama di bawah kelolaan aku. Program itu diberi nama :

SEMINAR KEWANGAN 2011
MANAGING PERSONAL FINANCIAL FOR YOUR FUTURE BENEFIT

Ini adalah kali pertama aku dilantik sebagai pengarah projek. Sebelum ini ada juga pegang jawatan untuk beberapa program. Tapi setakat setiausaha atau ajk biasa sahaja.

Disebabkan kali pertama pegang jawatan sebagai ketua, memang banyak sangat kekurangannya. Tapi aku tak nak lah sebut apa-apa masalah dekat sini. Sebab yang pentingnya sekarang seminar tersebut telah pon sukses. Mintak maaf kepada semua diatas segala kekurangan itu.

Seminar pada hari itu telah disampaikan oleh Encik Nor Hafiz bin Haron, Private Banking Centre Manager Of Maybank. Secara amnya seminar tesebut adalah tentang bagaimana seseorang individu ingin menguruskan kewangan peribadi dan kebaikannya dimasa akan datang.

Rasanya cukuplah untuk bebelan di atas. Jadi, mari saksikan beberapa gambar semasa berlangsungnya seminar tersebut.

Berucap sebagai Pengarah Projek


Penceramah - En. Nor Hafiz
Penasihat


Bendahari





Pengerusi Majlis
Abang camera man (kanan) bersama gadis2 cantik
Bos Catering
Abang Multimedia




 
 

Abang Handsome




WSM:
- semoga pengalaman pertama ini tidak mematahkan semangat aku -

Wednesday, November 16, 2011

05_WORDLESS WEDNESDAY : My Girlfriend

Introducing my girl friend ...

WSM:
- Siapa kata aku tak ada girlfriend? -

Tuesday, November 15, 2011

Malam Simfoni Hadhari - minit yang berharga

Dah dekat tiga minggu peristiwa ni berlaku. Tapi baru sekarang aku terasa nak publish to public.

Jumaat beberapa minggu lepas, aku ada masuk satu pertandingan menyanyi lagu kerohanian yanng dipanggil

'MALAM SIMFONI HADHARI' sempena Minggu Kesenian Islam Sejagat (KISS).

Aku tak plan pon nak masuk. Tapi kawan aku, Asma ajak. Lastly masa pertandingan dia tak masuk pon. Geram jek. Tapi terima kasih juga dekat dia, sebab kalau dia tak ajak aku tak akan dapat kenangan ni. Terma kasih sekali lagi kepada beliau dan Azri kerana temankan aku semasa pertandingan malam tu.

Aku menyampaikan lagu 'Padamu Ku Bersujud - Afgan'. Aku ada dengar suara2 yang mengatakan

"Lagu tu bukan nasyid"

Ya. Lagu tu bukan lagu nasyid. Tapi syarat pertandingan, lagu mestilah berunsurkan kerohanian. Jadi rasa nya aku tak melanggar syarat penyertaan.

Alhamdulillah rezeki aku. Esoknya semasa malam penutup KISS, aku diumumkan sebagai johan kategori solo.

Jadi aku nak kongsi video semasa persembahan penutup KISS tu. Video masa pertandingan tu aku tak rekod pulak.



Tentang video ni :
  • Jururakam: Ija dan Ana
  • Video ni bermula dengan sebutan 'KELAM'. Sepatutnya 'KU MENATAP DALAM KELAM'
  • Minit ke 2.00 hingga 2.15 : aku sebenarnya salah lirik.
  • Minit ke 2.07 hingga 2.12 : aku tergelak sikit sebab dah salah lirik sambil tengok emcee malam tu dekat sebelah kanan.
  • Tapi hanya aku, emcee dan beberapa ajk je perasan kesilapan malam tu.
  • PM Z puji nyanyian aku malam tu. Maksudnya dia tak sedar pon ape yg terjadi dekat atas pentas. ^^,
Ini pula beberapa gambar semasa majlis penutup KISS.









WSM:
- walaupon tak dapat plug dekan, dapat plug menyanyi pon jadilah -

Friday, November 11, 2011

Cara Memadam Akaun Facebook Secara Kekal

Tak tahu pulak ade aplikasi ni. Dulu tahu boleh deactive je.

Tadi kawan aku bagitahu. Terus aku google.

Cara-caranya:

1. Pergi URL ni
https://www.facebook.com/help/search/?q=how+do+i+delete+my+account
atau klik je SINI


2. Klik "How do I permanently delete my account?"


3. Klik "submit your request here"



4. Akhir sekali klik "Submit"



Tapi untuk membuatkan akaun facebook dipadam secara kekal, ada syarat-syaratnya:
  • Akaun anda akan deactive dahulu selama 2 minggu. Jika anda tidak melakukan APA-APA AKTIVITI berkaitan facebook dalam tempoh 2 minggu, barulah akaun anda akan dipadam secara kekal.
  • APA-APA AKTIVITI merangkumi : melog masuk (log in), tidak menggunakan fb dalam aplikasi lain seperti iPHONE dll., atau menekan button LIKE.
  • Untuk mengurangkan risiko anda secara tak sengaja ter'log in', delete semua history.
  • Kalau tangan tu gatal jugak nak log in, Pemadaman Akaun akan DIBATALKAN.
Sumber : facebook








WSM:
- selalunya orang berani deactive jek kan, kali ni apa kata delete pulak. ada bran? -

Thursday, November 10, 2011

Revolusi Jamban Luar Ke Jamban Dalam

Sebelum berceloteh panjang tahu apa maksud jamban?

Jamban = Tandas = Toilet = Bilik Air

Sekarang dah faham kan apa maksud JAMBAN. Jadi boleh lah mulakan cerita...

Kalau orang kampung dulu2 jamban diorang kebanyakkannya dekat luar. Tak pastilah kenapa datuk nenek kita buat tempat buang air besar diorang dekat luar.


Mungkin:
  • Nak elak bau busuk
  • Bila makan tak mengganggu selera
  • Menyuburkan tanaman disekitar jamban tu. Sebab orang2 dulu kan suka menanam macam sayur kankong, daun kesom dan sebagainya.
Bijak jugak diorang ni.

Tapi kalau nak dipraktikkan sekarang ni macam tak sesuai pulak.

Macam boleh tidur je dalam tandas ni kan?
Sebab:
  • Bau busuk tu boleh dihilangkan dengan lambakkan air freshner utk toilet yang ada dekat pasaran.
  • Orang sekarang ramai duduk rumah tinggi2. Flat, apartment, kondominium. Kalau jamban diorang dekat luar? Tak ke susah. Lagi2 bila tak tahan sangat nak terkencit! Bertaburan keliling bangunan! hehehe...
  • Lagi satu zaman sekarang ramai perompak. Kalau tengah2 malam nak terbuang air besar. Sekali bertembung dengan perompak yang kebetulan nak rompak rumah kita. Boleh bayangkan tak apa akan terjadi?
Sebenarnya, ilham ni datang masa balik kampung nenek aku sempena Raya Haji tempoh hari.. Jamban dia dekat luar. Entah kenapa aku sakit perut haritu. Malam tu je dua kali aku berak. Yang kedua tu tengah2 malam. Suasana memang sunyi masa tu. Seriously perasaan masa nak lepaskan hajat tu agak seram dan cemas jugak. Macam2 aku fikir. Tapi nak buat macam. Kalau tak buang terkencet pulak! hehehe...




WSM:
- maaf kalau aku ada guna ayat yg kurang menyenangkan korang nak baca -
- konklusi : bertukar lah ke jamban dalam -

Wednesday, November 9, 2011

04_WORDLESS WEDNESDAY : REAL vs FAKE

REAL




FAKE

(click picture to enlarge the image)



WSM:
- profil picture doesn't proof anything -
- believe in real, ignore the fake one -

Sunday, November 6, 2011

Peristiwa Penting ZulHijjah

SALAM AIDILADHA kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.


Hari ni aku nak kongsikan perkara-perkara penting yang berlaku pada bulan Zulhjjah ni.

Pengorbanan Nabi Ismail a.s. 
Nabi Ibrahim a.s. mematuhi perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s.

Bai'tul Aqabah 
Pada tahun ke-13 selepas perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah (Perjanjian Aqabah) yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib (Madinah).

Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal ) 
Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ‘ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

Saidina Umar r.a. meninggal dunia
Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi dan digantikan dengan Saidina Uthman. Perlantikan Uthaman bin ‘Affan sebagai khalifah ketiga dibuat  oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.

Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang keempat 
Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

SUMBER : JAIS




WSM:
- Kejap lagi nak bertolak balik kampung -
- Dulu kecik2 suka tengok orang sembelih lembu dan kambing -

Friday, November 4, 2011

Perasaan Ketika Ini

Tak tahu nak luah dekat siapa sekarang ni.

Kalau ada awek boleh luahkan dekat dia. Tapi itulah masalahnya. Aku ni tak de awek.

Nak mengadu dekat mak abah atau akak. Entah tak nak susah kan diorang.

Lastly decide nak release stress dekat blog tersayang ni. I love u so much BABY! (erk...geli lah pulak!)



Blog oh blog...

Awak tahu tak kita stress hari ni. Tadi dah lah kelam kabut nak hantar proposal seminar kewangan tu. Boleh pulak satu kereta ni tetiba brek!

Saya terjatuh awak..Mula2 memang tak rasa sakit. Tapi lama2 rasa sakit lah pulak dan ade benjol dekat kaki saya ni  Kesian kan saya? Naib baik apek tu bagi saya duit. Jadi reda lah sikit marah saya masa tu.

Bila dah print proposal tu, ade pulak typo error. Geram betol saya. Nasib baik lecturer saya perasan.

OK. Dah selesai. Cerita pasal nak dapat tandatangan proposal tu malas nak cerita. Nanti lagi stress.

Dengan gembiranya saya nak hantar proposal ke HEA. Lepas tu ade pulak something yang saya tak bagi sekali. Ade satu borang bajet tu saya tak isi. Haritu siapa entah cakap tak payah isi. Dah kene isi. Masa ni nasib baik lecturer saya ada. Saya nak nak ucap terima kasih sangat dekat dia. Dia yang banyak tolong saya tadi. Terharu gila kot. Bayangkan lecturer ke hulu hilir dengan student.

Awak mesti tertanya2 kan saya ni setiausaha ke? Tak lah awak. Saya ni KETUA PROJEK. Saya bukan nk bangga sangat dengan title tu tapi cuma....saya nak tanya awak. Semua surat dan proposal tu saya ke yang kena buat?

Mungkin salah saya kot. Tak pandai nak agih tugas.

Kalau awak cakap saya gila kuasa memang tak lah. Dari dulu lagi, Suka pulak saya pegang jawatan besar2 ni.

Sebenarnya ada jugak bagi diorang kerja. Tapi diorang kata ada kelas lah itu lah ini lah. Ingat saya takde kelas ke awak? Saya pon ada kelas jugak. Jadinya saya yang sempurnakan kerja diorang.

Kalau saya tak buat siapa lagi kan? Cuba bayangkan kalau saya buat bodoh je. Projek mesti tak jalan. Dan semua student akan dapat kosong untuk carry mark diorang.

Ok lah awak. Saya malas nak bebel panjang2. Yang penting sekarang dah hantar proposal. Yang perlu ditunggu sekarang adalah bajet diluluskan ke tidak.

Cuti mid term ni rasanya hati tak boleh nak tenang selagi tak tahu keputusan HEA.





WSM;
- harap bajet program diluluskan -
- memang mencabar tugas sebagai pemimpin -

Tuesday, November 1, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa ! Customer Always Right !

Nak cakap sambut Bulan Bahasa Kebangsaan dah lepas. Jadi apa aku nak cerita ni?

Baik. Cerita bermula macam ni.

Petang tadi pergi survey laptop. Sorang kawan aku ni nak beli laptop baru. Tiba satu kedai komputer ni dekat Mahkota Parade. Bila langkah masuk je, aku puji kedai ni sebab harga dia kira berpatutan. Laptop pon agak banyak.

Belek punya belek aku tertarik dengan model Acer ni. Rupa model tu macam Mac Book. Tengok gambar bawah ni.


Macam Mac Book kan? Cantik. Harga pon lebih murah. Tak lebih dari RM3000.

Macam biasalah kan kalau kita nak beli laptop. Mesti belek2 sikit. Tiba-tiba sorang salesman ni datang meluru ke arah aku dan kawan aku. 

"Jangan sentuh. Jangan sentuh! Tak nampak ke ni tulis jangan sentuh!" sound brader tu dengan kasar.

"Mak ai kau apesal. Gila kasar kau cakap" cakap aku dalam hati.

Serius aku panas gila masa tu. Tujuan masuk ke kedai tu kononnya nak cari external. Tapi tak jadi. Aku terus keluar sambil aku sound dia balik.

"Tak payah lah nak marah. Saya ni customer" dengan bahasa yang agak sopan. Menggambarkan aku sebagai seorang pelajar universiti yang penuh dengan bahasa yang santun lagi bertatasusila!

Kalau ikutkan hati memang aku nak tumbuk je muka dia. Boleh dia cakap macam tu dekat customer!?

Kalau korang marah tak dapat salesman macam tu?




WSM:
- "customer always right" Inilah yang aku belajar masa kerja dekat jusco dulu -
- Nak berbudi bahasa bukan dengan awek je. Orang tua, mak bapak, semua oranglah -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...