Jadi aku cuba google. Alih-alih, rupanya untuk versi komputer telah pun boleh digunakan. Aku tak pasti pula bila versi komputer ni telah boleh digunakan.
Korang cuma perlu pergi ke Google Map dan tukar ke versi MapsGL. Kemudian install satu software khas. Lepas tu baru boleh nampak bangunan tu dalam 3D.
Carian pertama yang aku buat adalah di sekitar Bandar Hilir, Melaka.
Gambar atas adalah pandangan dari jauh. Di bawahnya pula dari dekat pandangan Kota A Famosa. Untuk kali pertama, aku tak terasa teruja pon sebab hanya beberapa bangunan sahaja dalam imej 3D. Disekitarnya hanya imej 2D.
Cubaan kedua aku cuba cari di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Bangunan kali ini nampak lebih realistik dan lebih banyak yang berimej 3D.
Johor Bahru
Kuala Lumpur
Bukan bangunan sahaja yang 3D. Jambatan Pulau Pinang juga sudah berimej 3D.
Malah Gunung Kinabalu pon boleh nampak 3D. (jakunnya aku ni)
Bila aku tengok gambar disekitar New York. Bangunan 3D lagi super duper banyaknya ! Lagi bertambah jakun.
Korang juga boleh zoom out sampai nampak bentuk bumi . Cuba tengok gambar bawah ni.
Cukuplah rasanya gambar-gambar yang aku tunjukkan tu. Kalau korang nak merasai sendiri cubalah Google Map 3D sendiri.
WSM:
- masa hadapan nanti mungkin kita boleh melihat bukan sahaja imej satelit malah video satelit secara langsung daripada komputer. Tak mustahil bukan? -
2 comments:
Just wait for another years, bet google with comes with the real live version of the satellite views. That moment, to earn the privacy is what everybody seeks for.
Btw, nice blog. Followed urs, do follow me back yaa ;D
perghhh sangat cool...
Post a Comment