TAB

Tuesday, February 21, 2012

Kesalahan Menaip dan Solusinya

Assalamualaikum dan salam 1Kehidupan...

Sebagai manusia biasa kita tak lari dari kesalahan mengeja apabila menaip. Aku tak terkecuali. Sampai ada yang menggelar aku Mr. Typo.


Banyak sangat kesalahan menaip aku setiap hari. Kalau rajin aku akan delete dan betulkan semula, kalau malas aku biarkan sahaja. Ini antara yang sempat aku prinscreen



Antara sebab kenapa kesalahan ejaan ni sering berlaku :
- jarang menaip
- nak cepat sangat taip
- menaip tanpa melihat skrin
- nervous terutama bila ada orang dekat sebelah
- menaip hanya menggunakan 1atau 2 jari sahaja
- taip tanpa melihat kembali kesalahan ejaan tersebut
- tidak menghafal kedudukan aksara (font) di keyboard

Itu antara sebab kenapa aku sering salah taip.

Jadi, aku hari ini nak ajar korang semua
CARA MENAIP YANG BETUL DAN PANTAS.




1. Gambar di atas menunjukkan kedudukan sebenar jari yang patut diletakkan bila menaip.

2. Kesemua jari anda perlu diletakkan di atas huruf-huruf utama di keyboard iaitu A, S, D, F, J, K, L dan tanda ;Kalau anda perasan pada huruf F dan J terdapat satu tanda seperti garisan kecil di atasnya. Ini bertujuan supaya anda meletakkan jari di tempat yang betul.

3. Apabila jari jemari anda telah diletakkan di atas tempat yaang sepatutnya, anda akan mudah mencapai huruf berdekatan setiap jari tersebut. Gambar dibawah meunjukkan setiap jari punyai huruf yang tersendiri di atas keyboard. Dan ibu jari hanya digunakan untuk menekan 'space'.


4. Jadi, bila anda sudah menghafal kedudukan jari untuk setiap keyboard, cuba menaip tanpa melihat kerboard dan hanya melihat skrin sahaja. Pada yang tak biasa seperti aku memang susah, tapi anda akan rasa kepantasan menaip apabila menggunakan kaedah ini.

5. Bila korang rasa skil menaip korang sudah cukup hebat, cuba uji kepantasan korang di laman web ini :
1. Malaysian Speed Test (Bahasa Melayu) 
2. Speed Test (English)


Selamat Mencuba!




SUMBERjustkhaicinoscaraku


WSM:
- practise make perfect -

4 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

punca typo, trlalu bnyk wat short form, macam yang aku buat skarang ni..huhu

Sharul Nizam said...

macam kenal je tweet atas tu kan? lalala~

LeLy shuhada shaari said...

keyboarding skill mmg penting. so next time jangan menaip patuk ayam. ade cara nak practice, download jer game typing test. syok. pasni mst hebat menaip. speed trengkas pun mesti power.

Anum said...

I am doing testing by myself while reading to your entry. Thank you,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...