TAB

Saturday, February 18, 2012

Maggi dan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Kehidupan...

Maggi. Jenama yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Jika anda tak pernah nampak, tak pernah makan hatta tak pernah melihat iklan jenama Maggi di kaca televisyen.... ANDA BUKAN RAKYAT MALAYSIA YANG SEJATI. (hehe...)

Tapi hari ni aku bukan nak bercerita tentang sos maggi, kiub pati ayam maggi atau jenama yang lain.

Cerita kali ini khusus memfokus kepada produk mee segera MAGGI.


Favorite aku : Perisa kari dan tom yam! (kecur tetibe)

Cerita kali ni juga bukanlah nak cerita asal usul maggi, atau nak cerita satu persatu perisa mee segera maggi tu sebab rasanya korang semua boleh cari info tu di Google, Yahoo, atau apa sahaja search engine.

Haish. Panjang pula rasanya intro kali ini. Baiklah straight to the point.

Orang Malaysia, terutamanya Melayu bukan sahaja menggunakan istilah 'maggi' untuk merujuk kepada jenama Maggi tu sendiri, tapi juga untuk jenama lain seperti Cintan, Pama, Mamee dan sebagainya. Tengok contoh dibawah:

(click gambar untuk lebih jelas)

Jadi ni menunjukan jenama maggi sangat kuat dan mengatasi jenama lain yang ada di Malaysia. Mungkin selepas ini, Dewan Bahasa dan Pustaka boleh ambil istilah 'maggi' merujuk kepada mee segera sebagai kata baru dalam kamus.

Walaupun maggi ini mudah dimasak dan sedap dimakan, namun ia tetap punyai keburukkannya kerana ia tergolong dalam makanan segera yang sudah semestinya banyak kandungan bahan pengawet dan serbuk perasa (MSG).

(bahan yang dikhabarkan terdapat dalam Maggi, tapi aku sendiri belum pasti akan maklumat ini)




WSM:
- tak salah rasanya nak makan Maggi, tapi janganlah di amalkan selalu -

10 comments:

Unknown said...

teringat cikgu kimia sy ckp..
maggi ni mee segera..cepat masak cepat mati..:)

selama ni kita taw y tak eloknya perencah maggi tu..s0 ade 0rg dy mkn mee je..perencah mcm ada xde la..tp sbnrnya yang lg bahaya mee dia tu..um..sbb ape pun xtw la..-ni mklumat dr se0rg kwn.. =)

Pha Is said...

meggi mmg tak elok untuk otak. tapi apesal org yg makan megi selalunya budak university..? hahaha

NUARAHMAN said...

★ aIsyaH ★ : kan..saya pob baru tahu, yang mee tu pon bahaya juga

pha is : yela sebab maggi ni senang je masak, budak u macam aku ni kan nak makanan yg cepat je...hehe

Unknown said...

megi ni da branded sebab dia pengeluar mi segera pertama....sebab tu org skrg slalu ckp megi even jenama lain..haha

Amir Aidid said...

meggi dan student memang tidak dapat dipisahkan . as a student , saya akui ianya agak sedap . kalau dicampurkan dengan telur , sayur campur , udang dan lain lain . haha . okayy saya buat awak kecur tak ? HAHA .

Anonymous said...

yah,bukti dari twitter tu aku yang punya.cit!

Razil Tahir said...

Perisa ayam lah sedap!! XD

NUARAHMAN said...

Fendy : betul tu...

Anum : haha..sori ambil tanpa minta izin..hehe

Razil Tahir : yeka? tak minatlah perisa ayam

Unknown said...

tak kenyang la magee ni.. tp klu sebab takde duit sesangat, trpaksa makan.. memang last choice magee ni

lte said...

pilihan utk student, kenyang dalam tempoh lama
- Bubur nasi + ikan kering. pedulikan dgn kawan-kawan kamu semua yg mengutuk makan ikan kering, nanti bila lapar diamlah mereka.
Sayur tempatan bebas racun boleh didapati percuma di tepi sungai kampong berhampiran.

- oat jenama quaker oat. mahal 1 kg oat = 5 kilo beras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...