TAB

Thursday, February 9, 2012

Untuk Kali Kedua



Poster Cerpen

 "antara cinta, maruah dan tanggungjawab"
Oleh: Khairul Rahman

- - - - - - - - - -

"Aku nikahkan dikau dengan Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Lafaz Tok Kadi.

Suasana masjid menjadi sunyi seketika.

"Tak mungkin. Aku tak boleh teruskan perkahwinan ini" Bisik pengatin lelaki yang agak kerungsingan itu.

"Hakim. Hei Kim. Kau kenapa ni? Mengigau ke? Bangunlah matahari dah tegak dekat atas kepala, kau sedap saja tidur" Hanafi berleter.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Hanafi untuk mengejutkan rakan-rakannya bangun dari tidur. Kadang kala sempat memasakkan sarapan untuk dua orang  rakannya itu. Kebetulan hari itu hujung minggu. Masing-masing bangun lambat.

"Apa kes ni dia ni?" Soal Azri.

"Entahlah. Kena sampuk hantu kot. Hakim bangunlah. Dah Zohor ni"

"Hah! Dah Zohor ke? Kenapa kau tak kejut aku?"

"Bukan aku dah kejutkan ke ni?"

"Sudahlah. Aku ada event pukul dua ni"

Hakim seorang yang kuat bekerja. Kalau anak muda seusianya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berseronok. Tapi tidak bagi Hakim.

"Tak faham aku dengan Si Hakim ni. Kalau seminggu ada lapan hari, mungkin hari kelapan tu dia nak kerja juga" Azri berceloteh.

"Everyday is money Mister Azri" Sampuk Hakim yang sedang kelam kabut bersiap.

Lepas beberapa minit, Hakim sudah siap dan nampak segak. Tapi...

"Tak mandi ke?"

"Tak sempat. Minyak wangi kan ada" Balas Hakim dengan selamba.

Tak lama lepas Hakim keluar. Telefon rumah mereka berdering.

"Hello, Hakim ada tak?" Suara dalam talian itu bertanya.

"Sorry, tak adalah" Hanafi membalas. Lantas meletakkan panggilan dengan cepatnya.

"Perempuan tu lagi ke?" soal Azri.

"Siapa lagi. Aku tak fahamlah dengan dua orang hamba Allah ni. Diorang ni bercinta ke tak sebenarnya"

"Aku malas nak ambil tahu. Tapi aku rasa Hakim tak akan pilih Ariana" Azri mengagak.

- - - - - - - - - -

Beberapa bulan sebelum itu.

Di sebuah majlis persidangan perniagaan antarabangsa. Lokasinya di Ibu Kota Kuala Lumpur.

"Hai, saya Hakim" sambil menghulurkan tangan kepada seorang gadis dihadapannya. "Cik Ariana kan?"

"Ya, itu nama saya. Kita pernah berjumpa ke?" Ujar gadis itu.

"Pernah. Saya sempat mendengar Cik Ariana berucap di dewan tadi. Hebat awak berucap. Cadangan Cik Ariana sangat bernas semasa menyampaikan ucapan. Pelabur yang ada pasti tertarik" Hakim memuji.

"Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai jurucakap jenama Secret Beauty. Kami menyasarkan untuk mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa tahun hadapan"

"Saya dengar Secret Beauty mahu mencari pembekal bagi susu kambing?"

"Ya. Susu kambing sangat popular dalam produk kosmetik suatu ketika dahulu. Jadi menjadi hasrat kami untuk memperkenal semula produk berasaskan bahan tersebut kepada pengguna. Disebabkan pasaran kami yang semakin besar, pembekal sedia ada tidak mampu menyediakan bekalan dalam kuantiti yang banyak" Terang Ariana panjang lebar.

"Kebetulan pak cik saya merupakan penternak kambing terbesar di daerah Batu Pahat. Mungkin saya boleh berbincang dengan pak cik saya untuk membekalkan susu kambing kepada Cik Ariana" Bicara Hakim. "Cik Ariana nak makan apa? Saya ambilkan. Syarikat kami hari ni menyediakan makanan dari timur tengah"

"Kami? Jadi..."

"Bukan. Saya hanya pekerja. Pak Cik saya pemilik syarikat ini" Hakim memintas kata-kata Ariana. "Kalau syarikat Cik Ariana menggunakan kambing sebagai produk kosmetik, kami menggunakan kambing sebagai makanan!" Hakim cuba melawak.

Perkenalan singkat itu menjalinkan pertalian perniagaan antara mereka. Selepas itu mereka sering berurusan. Sama ada dalam urusan bisnes atau bukan bisnes.

Sikap Ariana yang sangat bersungguh-sungguh dalam perniagaan menarik minat Hakim. Dari dahulu lagi dia mencari gadis yang mampu memahami kerjayanya dalam perniagaan. Dan dia merasakan Ariana calon yang paling layak.

- - - - - - - - - -

Di sebuah kedai barangan perhiasan wanita terkenal di ibu kota. Hanafi menemani Hakim untuk membeli sesuatu di kedai tersebut.

"Untuk siapa cincin ini?" Tanya Hanafi.

"Kau rasa?" Soal Hakim kembali.

"Mak kau?" Hanafi cuba melawak.

"Tak kan lah untuk emak aku. Cincin ini untuk Ariana"

"Kau nak melamar dia?"

"Ya"

"Kau dah tanya dia"

"Tak payah tanya. Aku pasti dengan keputusan aku dan aku boleh menjangkakan jawapan positif dari dia" Bicara Hakim dengan penuh yakin.

"Jangan terlalu yakin. Kelak diri kau yang merana"

"Aku dan Ariana sangat serasi. Dunia kami sama. Dan untuk pengetahuan kau kami bercadang untuk membuka perniagaan bersama. Jadi apa lagi yang membuatkan kau tak pasti dengan keputusan aku ini?"

- - - - - - - - - -

Hakim duduk keseorangan di suatu sudut di restoran mewah. Dia menanti Ariana yang tidak muncul lagi. Hampir satu jam dia menunggu. Sudah beberapa kali juga dia memerhatikan jam di pergelangan tangannya.

"Encik, restoran kami akan tutup setengah jam lagi. Encik nak buat pesanan terakhir?" Bicara lembut seorang pelayan.

Hakim tersedar dari lamunan. "Oh tidak. Bawakan saja bil saya"

"Tapi bagaimana dengan pesanan makanan encik? Dan cincin yang encik suruh saya bawa semasa menghidangkan makanan nanti?"

"Cancel. Saya bayar semuanya. Jangan risau" Hakim membalas dalam nada perlahan dan sedih.

Hakim sangat kecewa. Niatnya untuk melamar Ariana malam itu lebur. Namun dia tidak mudah berputus asa. Lantas menghantar pesanan ringkas kepada Ariana:

Tak payah pergi restoran. Terus pergi tasik. I got something for you, Ariana.

- - - - - - - - - -

Suasana di kawasan rekreasi popular yang terletak di pinggir ibu kota pada malam itu sedikit terang. Bulan mengambang. Di tambah pula dengan pantulan cahaya dari air tasik buatan itu.

Hakim duduk di kerusi berdekatan dengan tasik. Masih menunggu Ariana. Beberapa minit kemudian Ariana muncul dari arah belakang.

"Kenapa awak beria-ria sangat nak jumpa saya malam ni? Esok tak boleh ke? Tadi nak jumpa di restoran, sekarang di tasik. Apa yang awak nak beritahu sebenarnya?" Ariana terus menghujani Hakim dengan soalan.

"Restoran dah tutup" Hakim tidak mahu membuang masa lagi. Lantas mengeluarkan kotak cincin dari saku seluarnya. Tapi malang, kotak berbentuk hati itu terjatuh. Sekali lagi kejutan yang ingin diberikan gagal.

Ariana yang masih berdiri, melihat kotak tersebut. Kebetulan kotak itu jatuh tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia mengambilnya.

"Apa ini?" Soal Ariana. Dia membuka kotak tersebut. "Cincin? Awak nak melamar saya ke?" Ariana tergelak kecil.

"Ya. Sudikah awak..." belum sempat Hakim menghabiskan ayatnya, Ariana memotong kata-kata Hakim.

"Selagi impian saya untuk membuka syarikat sendiri tidak tercapai, saya tidak akan kahwin" Terang Ariana.

"Ya. Kita punyai impian yang sama. Kita boleh buka syarikat bersama"

"Target bisnes kita berbeza, Hakim. Awak makanan dan katering, saya pula kosmetik dan kecantikan. Langsung tiada kaitan!" Ariana meninggikan suara. "Saya minta maaf. Saya tak boleh terima lamaran awak. Belum masanya lagi. Saya belum bersedia"

Ariana terus meninggalkan Hakim keseorangan. Hati dan perasaan Hakim pada malam itu bagai dicucuk-cucuk dengan jarum, ditikam dengan pisau dan dibelah dengan parang! Sudahlah makan malam yang dirancang tidak menjadi, kini lamarannya pula ditolak.

- - - - - - - - - -

Sejak malam lamarannya ditolak, Hakim dan Ariana jarang berjumpa. Sudah beberapa bulan mereka tidak berjumpa.

Di sebuah pasaraya terkemuka. Suasana di pasaraya tersebut masih belum sibuk. Mungkin baru beberapa minit ia dibuka tambahan pula hari itu bukan hujung minggu.

Kelihatan Hakim sedang memilih bahan-bahan untuk dibuat katering pada hujung minggu ini. Dia keseorangan.

Selesai membeli barang-barang yang diperlukan, dia ke sebuah kedai kopitiam terkenal.

Memang betul kata orang. Jika jodoh itu memang milik kita, ia pasti tidak akan lari jauh.

"Ariana" Bisik hati Hakim apabila ternampak Ariana yang juga sedang bersarapan di kedai tersebut.

Baru sahaja mahu melangkah ke meja Ariana, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang agak berusia duduk di meja Ariana.

Hakim membatalkan hasrat makan di kedai tersebut, lalu melangkah keluar.

Di meja makan Ariana.

"Jadi bagaimana Datuk? Adakah Datuk mahu melabur di syarikat kami?"

"Saya masih lagi kurang pasti dengan produk kamu..."

"Datuk Hisham. Untuk pengetahuan Datuk, syarikat kami merupakan antara sepuluh syarikat baru yang memperoleh untung terbanyak tahun lepas. Dan antara 50 syarikat baru terbaik di Asia.

"Saya boleh melabur. Tapi dengan jaminan" Balas Datuk tersebut.

- - - - - - - - - -

"Aku dapat kad ini semasa terserempak dengan dia di mesyuarat pagi tadi" Terang Azri.

"Kau kenal ke lelaki itu? Tanya Hanafi pula.

"Tak kenal. Kalau letak gambar mungkin bolehlah aku cam" Azri membalas.

"Datang sahajalah. Lagi pun dia dah jemput kita semua" Azri berkata.

"Aku tak pasti. Rasanya aku kena kerja" Hakim mencelah.

"Orang patah hati. Tak mungkinlah dia akan datang" Azri memerli.

"Oh lupa pula. Kalau aku dah bunuh diri rasanya" Sakat Hanafi pula.

Hakim hanya mendiamkan diri. Di keluar ke beranda rumah apartment mereka. Mungkin mahu menghirup udara segar. Mungkin juga mahu mengelak dari rasa marah terhadap rakan-rakannya.

- - - - - - - - - -

Di majlis perkahwinan Ariana.

Kelihatan begitu ramai sekali jemputan yang hadir. Ada juga beberapa orang kenamaan yang turut hadir. Persandingan dua mempelai itu diadakan di sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

"Aku rasa lelaki itu mesti kaya" Bicara Azri sambil mencari meja makan mereka.

"Itu sudah pasti. Takkan kau tak perasan nama pengantin lelaki tu ada 'Datuk'?" Hanafi menyambung.

"Yakah? Tak perasan pula aku. Tak sangka pula Ariana ni mata duitan" kata Azri pula.

"Korang berdua ni nak makan ke nak mengumpat? Orang dah jemput ni, cubalah doa yang baik-baik" Hakim tiba-tiba bersuara seperti ingin mempertahankan Ariana.

"Azri, Hanafi! Eh, Hakim ada sekali?" tiba-tiba satu suara menegur mereka.

"Tira! Kau baru sampai ke?" Tanya Azri kepada gadis yang menyapa mereka itu.

"Dari semalam dah datang. Aku jadi mengapit Arianalah. Korang dah makan?"

"Belum. Dari tadi cari meja tak jumpa" Bicara Hanafi yang sudah kelaparan.

"Sini. Mari aku tunjukkan" Athira menarik tangan Hanafi.

Sampai di meja makan mereka meneruskan perbualan. Sudah lama mereka tidak berjumpa semenjak tamat pengajian dahulu.

"Macam mana kau kenal Ariana?" Soal Hanafi.

"Aku dengan Ariana rakan sekerja. Cuma lain jabatan sahaja. Kami dah rapat macam adik beradik. Rahsia dia semua ditangan aku" Athira menjawab pertanyaan Hanafi. "Hakim, aku tak sangka pula kau datang" tiba-tiba dia menyoal Hakim yang sejak dari tadi mendiamkan diri.

"Ariana kawan aku juga" Jawab Hakim ringkas. Saat itu, Azri dan Hanafi saling berpandangan dan memberikan senyuman sinis. Mungkin ingin memerli Hakim.

"Tak apalah. Korang makan dulu. Aku kena bersiap. Kejap lagi pengantin nak bersanding" kata Athira lantas beredar.

Tak lama lepas tu, kelihatan pasangan pengantin masuk ke dewan hotel. Begitu berseri-seri Ariana dan pasangannya.

"Lelaki itu" Hakim tiba-tiba bersuara.

"Kau kata tak kenal lelaki itu?" Soal Hanafi.

"Aku macam pernah nampak. Tapi aku lupa dekat mana" jawab Hakim.

- - - - - - - - - -

Beberapa bulan sebelum perkahwinan berlangsung.

Di kedai kopitiam. Beberapa minit selepas Hakim meninggalkan kedai tersebut selepas melihat Ariana bersama dengan lelaki lain. Kelihatan mereka berdua masih lagi berbual di meja itu.

"Jaminan bagaimana yang Datuk maksudkan?" Soal Ariana.

"Jaminan. Tak kan awak tak faham" Bicara Datuk tersebut seperti punya muslihat.

"Apa ni Datuk?!" bicara Ariana dalam nada yang agak tinggi apabila Datuk Hisham cuba memegang tangannya.

"Rileks Ariana. Anggap ini sebagai perkara biasa dalam perniagaan. Awak beri apa yang saya mahu, saya beri apa yang awak hajatkan. Adil bukan" Datuk memberi penjelasan.

"Saya ada maruah Datuk!" Ariana menjawab dalam keadaan yang masih marah.

Sejerus selepas itu, Ariana pulang ke rumah. Sungguh dia tak sangka Datuk Hisham mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya.

Selesai membersihkan diri, dia duduk di sofa. Dia memikirkan tentang Secret Beauty yang masih belum punyai pelabur besar. Satu-satunya harapan adalah Datuk Hisham. Seorang jutawan dalam sektor perlombongan petroleum.

"Patutkah aku menggadaikan maruah demi Secret Beauty?" Bisik Ariana.

Ariana mengambil tefefon bimbitnya lantas mendail nombor; Datuk Hisham.

"Saya bersedia menjual diri saya. Tapi dengan cara yang halal. Selepas itu, Datuk perlu lepaskan saya" bicara Ariana di dalam telefon.

- - - - - - - - - -

Di dalam bilik tidur. Malam pertama bagi Ariana dan pasangannya, Datuk Hisham.

"Ariana, marilah dekat dengan abang" bicara lembut Datuk Hisham.

"Saya harap Datuk faham perkahwinan kita ini hanya satu perjanjian. Bukan bersifat kekal" Ariana menyatakan pendiriannya.

"Nampaknya awak perlu biasakan diri panggil saya abang" sambil tangan Datuk  memegang bahu Ariana.

"Please Datuk, don't do that!" Ariana terkejut.

"Saya harap awak pun faham. Perjanjian kita juga memerlukan awak menunaikan keinginan saya" Datuk cuba bertegas.

Ariana terdiam.

"Sure but only for tonight" Ariana memberi syarat.

"Awak tengok perkahwinan kita tadi. Meriah bukan? Saya jemput rakan perniagaan saya, media dan orang kenamaan. Awak rasa perkahwinan kita ni berjangka panjang atau pendek?" Datuk bertanya.

Sekali lagi Ariana terdiam. Ariana tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menyerahkan kepada takdir. Dia terpaksa menerima jalan yang dipilihnya itu sendiri. Dalam diam dia menangis dalam kekesalan.

- - - - - - - - - -

Setahun selepas Ariana berkahwin.

Semenjak Ariana berkahwin, Hakim tidak lagi berhubung dengan rakan yang juga pernah menjadi teman istimewanya satu ketika dahulu.

Fokusnya kini hanya pada bisnes katering yang baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas.

Hari itu dia perlu menguruskan makanan di sebuah majlis yang di hadiri tokoh-tokoh korporat. Satu majlis yang paling besar pernah diterimanya semenjak pembukaan Hakim's Food & Catering.

Di suatu sudut di hujung dewan, kelihatan wanita berbaju serba biru datang ke arah Hakim.

Hakim yang perasan akan perbuatan wanita itu cuba mengelak dengan berpaling ke tempat lain lalu berjalan keluar dewan.

"Hakim, awak cuba mengelak dari saya ke?" Suara itu menegur.

"Saya tak mahu orang menabur fitnah nanti. Awak itu isteri orang kenamaan" Balas Hakim.

"Takkan disebabkan status saya awak sudah tak nak kawan dengan saya lagi?

"Taraf kita sudah berbeza sekarang. Awak terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan saya yang hanya pengusaha katering"

"Tapi saya mahukan awak. Saya sudah bersedia untuk menerima..."

"Jangan buat kerja gila, Ariana. Habis macam mana dengan suami awak? Sebelum orang nampak baik awak pergi"

- - - - - - - - - -

Hari itu cuti sempena hari wilayah. Di rumah hanya tinggal Hanafi. Azri outstation di Sabah. Hakim pula seperti biasa, sibuk dengan bisnes kateringnya.

Disebabkan kebosanan yang melampau, Hanafi mengajak seseorang untuk keluar. Lantas menghantar pesanan ringkas kepada seorang rakannya.

"Athira jom keluar. Bosanlah kat rumah sorang-sorang"
"Ok. Jumpa kat mana?"
"Teman aku tengok wayang? Ada cerita best baru keluar"
"Ok juga tu. Tapi sebelum tu teman aku pergi makan boleh? Teringin nak makan stimboat. Jumpa kat Johnny's?"
"Ok. See u there"

Hanafi terus bersiap.

Di restoran stimboat Johnny's.

Athira sudah sampai lebih awal. Hanafi lambat beberapa minit disebabkan jarak rumahnya ke situ agak jauh.

"Banyaknya kau pesan?" Hanafi terkejut melihat banyak mangkuk stimboat di atas meja.

"Aku laparlah. Hari ini aku belanja"

"Terbaik! Tiket wayang nanti aku pula yang belanja" Hanafi berkata.

Mereka menjamu selera bersama. Beberapa minit kemudian, hampir semua isi mangkuk stimboat habis dimakan.

"Kenyangnya. Aku dah tak larat ni. Kau habiskan semuanya ya, Hanafi" Bicara Athira yang tercungap-cungap kekenyangan.

"Aku pun dah tak larat nak masuk ni?"

"Tak apalah. Kita rehat kejap" Athira tersengeh.

"Tira, aku sebenarnya dah lama nak tanya tentang satu perkara ni"

"Apa dia? Tanyalah"

"Fasal Ariana"

"Tentang apa?"

"Kenapa dia tolak lamaran Hakim. Lepas tu kahwin dengan orang lain. Datuk pula tu"

"Aku rasa kau pun tahu kenapa dia tolak lamaran Hakim dulu"

"Sebab dia nak buka syarikat sendiri?"

"Ya. Sebab itu juga dia kahwin dengan Datuk Hisham"

"Jadi dia menggadaikan cinta untuk penuhi impian sendiri?"

"Lebih baik dia menggadai cinta dari menggadai maruah"

"Maksud kau?"

"Datuk Hisham mahu jadikan Ariana perempuan simpanan. Tapi disebabkan tak mahu menggadai maruah, dia terpaksa berkahwin dengan Datuk walaupun menjadi isteri nombor dua" terang Athira. "Kau ada baca surat khabar minggu lepas?"

"Tak. Apa kaitannya?"

"Datuk Hisham meninggal dunia disebabkan serangan jantung"

"Apa? Hakim tahu perkara ni?" soal Hanafi.

"Fasal kematian Datuk tu aku tak pasti. Tapi kalau sebab Ariana kahwin dengan Datuk Hisham dia memang tak tahu. Kau seorang sahaja yang tahu"

- - - - - - - - - -

Dalam talian telefon.

"Saya nak jumpa dengan awak sekejap esok" Bicara Ariana dalam telefon.

"Sorry, saya sibuk esok" Balas Hakim.

"Minggu depan?"

"Saya nak balik kampung"

"Jadi bila awak free?"

"Ariana, saya sebenarnya tak mahu jumpa awak lagi. Tolonglah faham"

"Saya tak faham. Kenapa awak asyik nak mengelak dari saya?"

"Sebab awak dah kahwin. Awak isteri orang"

"Saya bukan lagi isteri orang"

"Awak dah bercerai?" Soal Hakim yang agak terkejut.

"Bukan. Suami saya meninggal bulan lepas"

"Innalillah. Jadi atas sebab apa awak nak jumpa saya ni?"

"Saya rindu awak"

"Suami awak baru meninggal. Sanggup awak..."

"Saya dah tak dapat nak tunggu lagi. Saya tak nak lepaskan lagi"

"Maaf, saya ada hal ni. Nanti kita berbual lagi" Hakim menamatkan panggilan.

Hakim termenung seketika.

"Hal apa? Hari ini kau tak ada apa-apa event kan? Hanafi yang dari tadi mendengar perbualan antara Hakim dan Ariana tiba-tiba bersuara.

"Jangan nak sibuklah" Hakim seperti marah.

"Aku bukan nak menyibuk, tapi kau patut jumpa Ariana. Mungkin ada perkara penting yang dia nak sampaikan"

- - - - - - - - - -

"Mak teringin nak tengok kau kahwin" Satu suara wanita bersuara dari arah dapur.

Hakim yang dari tadi menonton televisyen, tersedak apabila mendengar kata-kata ibunya. Dia menuju ke arah dapur.

"Belum ada calon, mak"

"Takkan lah tak ada. Anak emak ni kan handsome, kerja pon dah stabil sekarang ni, seorang pun tak ada?"

"Dulu ada, sekarang tak ada"

"Perempuan bukan seorang dekat dunia ni. Sudahlah, emak nak pergi ambil air sembahyang ni. Cakap dengan kau fasal kahwin ni ada saja alasannya" Lantas bangun dan menuju ke bilik air.

Tiba-tiba satu benda jatuh dari bilik air.

"Mak!"

- - - - - - - - - -

Di hospital.

"Emak kamu disyaki menghidap kanser otak. Mungkin dia pengsan disebabkan penyakit tersebut"

"Serius ke tahap penyakit emak saya"

"Penyakit emak kamu berada di tahap yang serius. Kami perlu membuat pembedahan" Sambung doktor itu lagi.

Hakim seperti tidak percaya. Sebelum ini dia lihat emaknya sihat. Masih mampu membuat kerja-kerja dapur dan mengambil upah menoreh getah di kebun jiran.

Dia duduk di perkarangan lobi hospital. Cuba untuk menenangkan fikiran.

"Abang, macam mana dengan emak?" Adik Hakim yang masih lagi berpakaian sekolah tiba di perkarangan hospital kerajaan itu.

"Emak mengidap kanser otak, adik"

Adik hakim, Amira terduduk dan menangis.

Selepas hampir seminggu emak Hakim ditahan di wad, Hakim terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

- - - - - - - - - -

"Saya mahu jadikan awak sebagai isteri saya"
"Seriously?"
"Minggu depan saya hantar rombongan?"
"Cepatnya. Tapi kenapa tiba-tiba?"
"Saya takut tak sempat"

Hakim menghantar pesanan ringkas kepada Ariana.

Niat Hakim hanya satu; mahu berkahwin sebelum emaknya menghembuskan nafas terakhir.

Sebulan selepas Hakim merisik Ariana, dia berjumpa dengan Ariana di pusat membeli belah untuk membeli persiapan majlis pertunangan mereka pula.

Selesai membeli belah mereka ke sebuah restoran.

"Awak tak cintakan saya lagi kan? Soal Ariana.

"Tapi, awak cintakan saya kan?"

"Itu bukan persoalannya. Kenapa awak sanggup terima saya walaupun dalam hati awak sudah tidak wujud lagi cinta?"

"Sebab tanggungjawab..."

"Hah? Apa maksud awak ni?" Ariana masih belum tahu lagi sebab utama Hakim ingin berkahwin dengannya.

"Dengar sini Ariana" Bicara lembut Hakim, sambil memegang tangan Ariana. "Saat ini memang saya tak cintakan awak. Tapi sejarah cinta pernah wujud antara kita. Tidak mustahil untuk cinta itu berputik kembali"

Hakim memandang tepat ke mata Ariana. Suatu pandangan untuk memupuk kembali cinta antara dua insan tersebut.

- - - - - - - - - -

Setahun selepas itu.

Di masjlis pernikahan Hakim dan Ariana.

"Aku nikahkan dikau dengan Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Lafaz Tok Kadi.

Suasana masjid menjadi sunyi seketika.

"Tak mungkin. Aku tak boleh teruskan perkahwinan ini" Bisik pengatin lelaki yang agak kerungsingan itu.

"Hakim. Hei Kim. Kau kenapa ni?" Hanafi yang melihat Hakim diam, menegurnya dari belakang.

"Maaf. Boleh kita ulang sekali lagi Tok Kadi?" Pinta Hakim.

"Tak apa. Mungkin kamu gementar agaknya tadi. Kita ulang lagi sekali ya" Tok Kadi yang sudah biasa dengan situasi tersebut mengulang semula akad nikah.

"Aku nikahkan dikau dengan Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Lafaz Tok Kadi.

"Aku terima nikahnya, Ariana binti Abd Latif dengan mas kahwinnya RM200 tunai" Jawab Hakim yang kali ini lebih yakin.

Maka termeterailah ikatan perkahwinan antara dua insan.
Walaupun pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh, namun akhirnya mereka tetap bersatu.
Hakim yang kini tidak punyai perasaan cinta terhadap Ariana cuba untuk menjalinkan kembali ikatan cinta yang pernah tersemat dahulu.
Persoalannya, pentingkah cinta dalam perkahwinan? Jikalau nenek moyang kita mampu, kenapa kita tidak?
Mungkin cinta selepas kahwin itu adalah lebih indah..........


WSM:
DULU,
wujud cinta murni antara mereka.
SELEPAS ITU,
wujud pula maruah cinta yang tidak dirancang.
KINI,
disebalik cinta itu wujud satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
AKAN DATANG,
semoga cinta sejati akan disemai kembali dan wujud hingga ke akhir hayat.




*karya pertama:

6 comments:

Anonymous said...

Done reading.Bacaan ringan dan tak merumitkan..,kira cerpen yang berjaya selepas "penantian seorang Adam..."tapi mohon untuk semak balik., aku dapat kesan small mistake kat dua tempat:-

1. "Tak. Apa kaitannya?"

"Datuk Hisham meninggal disebabkan serangan jantung"

"Apa? Hakim tahu perkara ni?" soal Hanafi.

"Fasal kemalangan tu aku tak pasti. Tapi kalau sebab Ariana kahwin dengan Datuk Hisham dia memang tak tahu. Kau seorang sahaja yang tahu"

2."Saya mahu jadikan awak sebagai isteri saya"
"Seriouly?"
"Minggu depan saya hantar rombongan?"
"Cepatnya. Tapi kenapa tiba-tiba?"
"Saya takut tak sempat"


congrats, again! ^^

Areyue Luvinnov said...

Tahniah! cerita sangat best..
ade nama2 pelakon hebat.. =P
hehe next time buat cerita baru okeyh =)

atira ator said...

yeahhhh,,,
akhirnya,,,best2,,,
nt naik kn nm aku lg,,,
hahahahah,,,
gud job!!

NUARAHMAN said...

Anum : terima kasih sudi bace dan atas keprihatinan anda..tapi yg kesalahan pertama tu ape ek? aku bace berkali2 tak dapat kesan lah...

Areyue Luvinnov: next time aku masukkan nama kau pulak ek,,hehe

atira ator : kau kene belanje aku lepas ni..haha

ayie said...

okay nama aku pon nak gak dalam cerpen hebat ni..ehehe

NUARAHMAN said...

ayie : insyallah, nama kau akan dimasukkan dalam cerita seterusnya..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...