TAB

Saturday, April 28, 2012

Bersih Itu Kotor

Salam Sabtu...

Baru sahaja tengok Buletin Utama TV3. Berita utama untuk hari ini sudah sepertinya berkaitan Bersih 3.0. Perasaan bercampur baur semasa melihat berita tersebut. Marah, sedih, malu ! Kenapa perlu nak berkumpul ramai-ramai, lepas tu merusuh. Budaya demonstrasi di Malaysia sudah berada pada tahap yang teruk sangat.


Sebelum ini aku ada tulis berkaitan Anti Vs. Pro Bersih 2.0. Semasa perhimpunan sekitar bulan Julai tahun lepas itu, mereka menyalahkan anggota polis apabila memukul peserta perhimpunan tersebut. Tapi kini apabila dalam Perhimpunan Bersih 3.0 mereka memusnahkan kereta polis malah membalikkan kereta tersebut! Apa pula kata kalian sekarang. Apa alasan mereka membalikkan kereta tersebut?


Bila merusuh, orang luar pasti akan pandang serong terhadap Malaysia. Pelancong asing pasti akan rasa takut nak datang Malaysia. Sudah lah industri pelancongan salah satu industri yang sangat penting dan menjana pendapatan. Lagi mahu merusuh bagai.

Satu lagi hal. Nasib peniaga di sekitar tempat kejadian pula pasti rugi besar. Sogo, Semua House dan beberapa lagi terpaksa ditutup. Ini semua gara-gara perhimpunan haram tersebut!

Seperkara lagi yang buat aku tak puas hati. Sebelum ini mereka kata perhimpunan Bersih kali ini adalah perhimpunan aman dan tidak melibatkan mana-mana parti politik. Tapi apa kes dengan merosakkan kereta polis itu? Dan kelibat Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan seorang lagi berbangsa cina (aku lupa nama dia) datang ke perhimpunan haram tu mewakili parti mana agaknya ya?? Cakap tak serupa bikin.

Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Tadi
Ambiga pula katanya menyuruh orang yang berhimpunan itu bersurai. Tapi mereka tidak menghiraukan langsung. Dalam hati Ambiga pasti rasa sangat seronok bila perhimpunan itu nampak berjaya.

Ni pon peserta Bersih?
Paling aku kasihan...
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lepas perhimpunan itu, pekerja DBKL pasti terpaksa membersihkan sisa-sisa sampah yang ditinggal para peserta. Jalan di Dataran Merdeka boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Masa nak makan KACANG, dikunyah dengan penuh rasa nikmat, tapi bila dah habis, dibuang kulit kacang merata dijalanan.

Pada aku sendiri, sebarang bentuk perhimpunan sama ada diluluskan atau pon haram memang tidak membawa sebarang faedah. Malah ia hanya membawa kepada satu impak - memalukan Malaysia.


WSM:
- harap tiada sebarang pihak berkecil hati, aku hanya menyatakan pendapat
 sebagai rakyat Malaysia yang prihatin -


6 comments:

lely shuhada said...

tah ape nak komen. if william Shakespeare said, let the politician solve tis, but now, m'sia sebok same nk merusuh. bukan bodoh, yg bodoh tu k, kite conseder mmg dwg bodo, sbb just follow ape org kate.ajak. tp yg pandai tu? pandai blaaj betingkat2.bodo lg betingkat2.

muhammad azri said...

bersih is totally KOTOR!!!

Anonymous said...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz,
tak pergi jgn ckp byk bro.

perhimpunan haram ni dah dapat permit bro,harap maklum.

2nd,polis tu langgar budak smpai mati so meneterbalikkan keter ok drp bnuh polis tu.

bodh sape suruh tutup,mamak bukak laku gila yg dtg jual ais krim dgn air sumpah kaya.

kbykkn pelancong dtg sokong bersih dorang tau betapa evilnya kerajaan malaysia.

hope jangan bagi komen kalau tak trun...

muhammad azri said...

haha, turun ke? so tawu la ape punce polis tu langgar org? sbb ape? sebab org yg TURUN PEGI BERSIH TU BALING KETE POLIS dgn mcm2 objek smpai la kete tu x bole kawal. TURUN KAN? mesti tahu cite die.

aku mang x turun bro sbb xnak wat chaos kat negare sndiri. BANGGENYE langgar undang2. haha. gud for u la.

sal pelancong tu? dorg tu da trmakan hasut dah. sianla dorg x tahu cite sbna sal negare kite. sedeh. x pasal2 plaancong takut dtg msia. kurang sala stu sumber ekonomi kite. nnti bile kurang sumber, cukai naik, krjaan gak yg salah. TAPI.. err. piker sndiri ea npe. TURUN bersih an?

btw, tgk la dulu kat u tube camne debat khairy jamaludin ngn ambiga. kj bagi fakta yg betul siap kajian. ambiga?? cam tekejut ngn fakta tu. aaduhai. untungla turun bersih. HAHA

a h m a d s y a k i r said...

ko turun ko nampak ke bro?

ckap je pandai..ade bukti?
polis langgar sebab ape?sebab orang bershit buat hal. da tentu2 polis tu x nmpak dan TERlanggar. klu orang2 bershit kau x ggu kompem selamat budak tu.

perhimpunan HARAM tapi ade permit? permit mmg ade tapi ape syrat2nye? jgn masuk dataran merdeka tapi masuk gak.jgn buat kacau tpi buat jugak. ikut arahan polis tapi langgar jugak. ikut peraturan ke tu? bodoh la kau ni. bapak x aja eh?

kerajaan mmg evil sbb tu ko hidup SUSAH kat sini. klu ko budak UiTM bej ko blahh.sbb ko gune duit kerajaan yg EVIL tok support ko blaja so ko pun same EVIL. dapat degree dari duit EVIL, dapat kerje dari degree EVIL, anak2 kau makan hasil EVIL. kan2??

lagi 1, hak blogger ni lah nak ckap ape sebab Malaysia kan amalkan KEBEBASAN BERSUARA. hak masing2. ko lupe ke? kn bende ni yg ko perjuangkan. KONONNYE..bodoh!

senang ckap. BERSIH IS BULLSHIT. KAU MEMANG PIG SHIT

Anum said...

WOWWWW~~~entri ni nampak dapat komen2 yang panas, sejuk and bla bla macam ais kacang jugak. Komen aku: tepuk dada tanya iman, kalau berpegang kukuh dengan rukun ISLAM 5 PERKARA, rasanya takde la kot benda2 camni? Coz bila kita fokus untuk mengutuhkan rukun islam, maka dah tak sibuk pandang kanan kiri..otak asik terfikir, teringat janji2 DIA yang mutlak atas balasan setiap satu perlakuan kita. Kecik mahupun besar. Ye tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...