TAB

Sunday, April 22, 2012

Slot Pertama Semester 4


Penggal pertama kuliah sudah berakhir. Sekarang semua pelajar Degree UiTM sedang bercuti. Kami lambat sedikit cuti berbanding dengan universiti lain sebab masuk lambat. Lambat ke cepat, janji dapat cuti seminggu.

Sudah sebulan lebih aku tak tulis apa-apa dalam blog ni. KONONnya busy dengan study. Entah apa yang sibuk sangat pon aku tak tahu. Sebenarnya sebab utama aku tak update blog kerana mengalami Sindrome Kemalasanisme. Tak pernah dengar? Cuba tanya Encik Google kot-kot dia tahu.

Jadi untuk tulisan hari ini aku nak kongsi apa aktiviti yang aku dah buat sepanjang penggal pertama semester 4 ni.

Perkahwinan Kakak Hilmi
Baru sahaja seminggu naik semester baru, minggu depannya dah balik semuala ke JB. Aku pergi majlis kahwin kakak kawan aku, Hilmi. Hilmi ni aku kenal sejak darjah dua lagi. Aku pergi bersama Pudin, Itriah, Aeisyah, Sara, Rosalea dan Nana. Dah lama gila aku tak jumpa diorang depan-depan, kecuali Pudin. HAHA. Kitorang dapat meja betul-betul sebelah laluan pengantin. Bila pengantin lalu, terpesona aku dengan kejelitaan kakak Hilmi, Syahirah nama dia. Masa tengok pengantin, rasa tak sabar pulak nak kahwin! Siapa agaknya pasangan aku nanti? =D

Hilmi dan Keluarga
Proses Penghantaran Proposal
Semestar kali ni aku kena buat lagi proposal. Kali ini program solat hajat. Disebabkan sudah ada pengalaman, proposal kali ni aku siapkan dalam masa kurang dua jam sahaja. (hebat tak? HAHA). Masa nak hantar tu punyalah kelam kabut sebab katanya haritu tarikh akhir hantar proposal. Paling leceh bila nak dapat tanda tangan pensyarah. Sebab kadang2 pensyarah ni ada kelas. Jadi terpaksa tunggu…. Sekali bila dah hantar, akak yang dekat HEA tu kata lambat lagi tarikh akhirnya. GERAM sangat. Siapalah yang sebarkan berita tidak sahih tu. Apa-apa pon, proposal tu dah pon diluluskan. Cuma bajet yang diberi agak sedikit. Harap program ni akan berjaya nanti. Amin.

Kajian Bersama Syarikat Bas Melaka
Satu lagi pengalaman yang tak dapat dibeli dimana-mana. Disebabkan semester ini kami pelajar semester 4 dari program Pemasaran mengambil subjek Marketing Research, kami semua terpilih  untuk menjalankan kajian berkenaan sikap pemandu bas terhadap penumpang. Pasangan aku semasa kajian ini, Ayie. Antara trip perjalanan yang aku dapat ialah ke Kem Terendak, Krubong, Ayer Keroh dan Jasin. Sepanjang menjalankan kajian, memang macam-macam kerenah yang ditunjukkan pemandu bas ni. Paling aku tak boleh lupa ada seorang pemandu bas ni suruh penumpang belikan nombor ekor dekat tepi jalan! Tak patut betul… Tapi ada juga pemandu yang baik. Memang penat sangat. Tapi seronok dapat naik bas percuma ke mana sahaja. HEHEHE

Ayie - Sempat makan McD
Aku yang bersemangat
Jemputan Sebagai Penceramah
Perkara paling manis setakat ini adalah apabila aku dapat jemputan sebagai Penceramah Motivasi. Terkejut semasa mendapat tawaran tersebut dan membuat aku berfikir dua tiga kali. LAYAKKAH AKU?
Rakan sekelas aku yang memberi tawaran tersebut. Walaupun tempat tersebut hanyalah disekolah agama, tapi aku rasa sangat terharu bila dijemput. Sekolah tersebut ialah, Sekolah Agama Pernu Jaim, Melaka. Aku bagi ceramah untuk budak darjah lima. Aku akui banyak sangat kelemahan aku semasa memberi ceramah tersebut. Harap aku dapat buat lagi baik untuk masa akan datang. (kalau dapat offer lagi lah)

Ada gaya motivator tak?
Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) 2012
Selama seminggu aku bertapa di Bilik Seminar Aras 16, Bangunan UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Selama seminggu itu juga aku tak masuk kelas. HAHAHAHA. Gelak-gelak jugak, lepas tu agak seksa jugak kena catch up silibus yang terlepas. Seronok dapat berkenalan adik-adik daripadan UiTM Pahang dan UiTM Alor Gajah. Memang banyak ilmu yang aku dapat sepanjang seminggu tersebut. Aku juga jadi emcee tidak rasmi untuk kursus tersebut. Sampai suara aku hilang dan terpaksa digantikan dengan beberapa peserta lain. Paling seronok bila buat aktiviti berkumpulan. Nama kumpulan aku TADI. TADI singkatan untuk….. (ok lupa. HAHA)

Antara AJK
Extraordinary Grand Meeting Marketing Students Association (EGM MASA)
Kali pertama menghadirkan EGM sebagai exco dalam MASA. Disebabkan portfolio aku dalam Masa, aku dikehendaki membaca doa. Kali pertama baca doa untuk majlis rasmi dekat Universiti buat aku rasa gugup. Tapi mujur ada teks. HAHAHA. Aku tahu ada suara-suara yang mempersoalkan kredibiliti aku, tapi aku hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Lagi pun aku ada pengalaman baca doa masa sekolah dulu. HEHEHE. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

happynya?
Selection for Sukan Antara Program (SAP)
Disebabkan aku ni jenis sedar diri yang aku memang kurang berbakat dalam sukan, jadi satu-satunya acara yang aku sertai adalah – BOWLING. Aku pon bukan star dalam bowling ni, sekadar ingin memeriahkan majlis.

Jalan-jalan
Destinasi paling jauh setakat ini sekadar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kami satu rumah bersemangat nak pergi Pameran Buku Islamik Putrajaya. Tapi yang beli buku hanya seorang, Kamil. Dan buku yang dibeli pun bukan buku berkaitan islam tapi buku Ujang. Tak apalah janji buku. Selepas itu kami round2 sekitar KL. Malam itu juga kali pertama aku rasa naik monorel. (jakun sangat masa tu! HAHAHA)

Di Masjid Sultan Mizan
Di Bukit St. Paul
Selain itu hanya pergi sekitar Melaka. Jusco, Teco, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jonker Walk, Pahlawan Walk, Bandar Hilir dan Pantai Klebang. Dan paling terbaru pergi PC FAIR di MITC jumaat lepas. Dan tempat yang paling aku nak pergi sejak semester 1 akhirnya tercapai iaitu air pancut berirama di tepi sungai Melaka.

Lompatan di Klebang
Bisnes Topup
Sejak 13 April lalu, aku memulakan perniagaan topup. Setakat ini bisnes berjalan dengan baik. Tak bercadang pon nak jual topup ni, secara kebetulan aku terjebak sebab follow kawan aku. Jadi siapa nak topup, carilah aku. HEHEHE

Promosi di Facebook
Kerja
Demi menambah sedikit pendapatan, aku buat keputusan untuk kerja. Kerja di bahagian banquet sebuah hotel di Melaka. Aku kerja hanya di hujung minggu dan jika tiada apa-apa aktiviti hujung minggu tersebut. Ini sebenarnya bukan kali pertama aku kerja, semester lepas aku pernah sekali kerja, tapi di hotel lain.

Sambutan Hari Jadi.
Kali ini aku dan kawan-kawan menyambut hari lahir untuk tiga orang, Fariza, Azri dah Miza. Sambutan hari lahir Fariza dan Azri berlangsung pada hari yang sama. Kami sambut di Subaidah. Miza pula pada hari lain dan dibuat di Kampung Morten.

aku dan Azri.
Aku dan Miza
Program Anak Angkat
Aktiviti terbaru akan berlangsung pada 28 April, iaitu hari sabtu nanti. Nampaknya tak dapatlah cuti selama seminggu. Lokasi masih tak tahu lagi dekat mana. Insyallah aku akan update pasal program tu dalam blog nanti.


WSM:
- pengalaman mendewasakan kita -

3 comments:

ayie said...

crite 1: ptotla ko berie2 nk blik,, kwn dri drjh 2 rpenye..
crite 3:mmng pnglmn pling best..
crite 4: adla skit gaye pkar motivsi.. keep it!!
EGM: sye ske gmba itu...
dan gmba lomptan klebang..
^_^

Anonymous said...

nak topup bro..RM1000 bleh?

Anum said...

bangga aku bila tahu kau akhirnya boleh berdikari... *ehhh? GURAU JE BRO! Syabas for everything, kalau BUSY macam mana sekalipun, tolong jaga kesihatan baik2 oke.
p/s: kau dah kurus sikit (aku rasa la)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...