Penggal pertama kuliah sudah berakhir. Sekarang semua
pelajar Degree UiTM sedang bercuti. Kami lambat sedikit cuti berbanding dengan
universiti lain sebab masuk lambat. Lambat ke cepat, janji dapat cuti seminggu.
Sudah sebulan lebih aku tak tulis apa-apa dalam blog
ni. KONONnya busy dengan study. Entah apa yang sibuk sangat pon aku tak tahu.
Sebenarnya sebab utama aku tak update blog kerana mengalami Sindrome
Kemalasanisme. Tak pernah dengar? Cuba tanya Encik Google kot-kot dia tahu.
Jadi untuk tulisan hari ini aku nak kongsi apa
aktiviti yang aku dah buat sepanjang penggal pertama semester 4 ni.
Perkahwinan
Kakak Hilmi
Baru sahaja seminggu naik semester baru, minggu
depannya dah balik semuala ke JB. Aku pergi majlis kahwin kakak kawan aku,
Hilmi. Hilmi ni aku kenal sejak darjah dua lagi. Aku pergi bersama Pudin,
Itriah, Aeisyah, Sara, Rosalea dan Nana. Dah lama gila aku tak jumpa diorang
depan-depan, kecuali Pudin. HAHA. Kitorang dapat meja betul-betul sebelah
laluan pengantin. Bila pengantin lalu, terpesona aku dengan kejelitaan kakak
Hilmi, Syahirah nama dia. Masa tengok pengantin, rasa tak sabar pulak nak
kahwin! Siapa agaknya pasangan aku nanti? =D
Hilmi dan Keluarga |
Proses
Penghantaran Proposal
Semestar kali ni aku kena buat lagi proposal. Kali
ini program solat hajat. Disebabkan sudah ada pengalaman, proposal kali ni aku
siapkan dalam masa kurang dua jam sahaja. (hebat tak? HAHA). Masa nak hantar tu
punyalah kelam kabut sebab katanya haritu tarikh akhir hantar proposal. Paling
leceh bila nak dapat tanda tangan pensyarah. Sebab kadang2 pensyarah ni ada
kelas. Jadi terpaksa tunggu…. Sekali bila dah hantar, akak yang dekat HEA tu
kata lambat lagi tarikh akhirnya. GERAM sangat. Siapalah yang sebarkan berita
tidak sahih tu. Apa-apa pon, proposal tu dah pon diluluskan. Cuma bajet yang
diberi agak sedikit. Harap program ni akan berjaya nanti. Amin.
Kajian Bersama
Syarikat Bas Melaka
Satu lagi pengalaman yang tak dapat dibeli
dimana-mana. Disebabkan semester ini kami pelajar semester 4 dari program Pemasaran
mengambil subjek Marketing Research, kami semua terpilih untuk menjalankan kajian berkenaan sikap
pemandu bas terhadap penumpang. Pasangan aku semasa kajian ini, Ayie. Antara
trip perjalanan yang aku dapat ialah ke Kem Terendak, Krubong, Ayer Keroh dan
Jasin. Sepanjang menjalankan kajian, memang macam-macam kerenah yang
ditunjukkan pemandu bas ni. Paling aku tak boleh lupa ada seorang pemandu bas
ni suruh penumpang belikan nombor ekor dekat tepi jalan! Tak patut betul… Tapi
ada juga pemandu yang baik. Memang penat sangat. Tapi seronok dapat naik bas
percuma ke mana sahaja. HEHEHE
Ayie - Sempat makan McD |
Aku yang bersemangat |
Jemputan
Sebagai Penceramah
Perkara paling manis setakat ini adalah apabila aku
dapat jemputan sebagai Penceramah Motivasi. Terkejut semasa mendapat tawaran
tersebut dan membuat aku berfikir dua tiga kali. LAYAKKAH AKU?
Rakan sekelas aku yang memberi tawaran tersebut.
Walaupun tempat tersebut hanyalah disekolah agama, tapi aku rasa sangat terharu
bila dijemput. Sekolah tersebut ialah, Sekolah Agama Pernu Jaim, Melaka. Aku
bagi ceramah untuk budak darjah lima. Aku akui banyak sangat kelemahan aku
semasa memberi ceramah tersebut. Harap aku dapat buat lagi baik untuk masa akan
datang. (kalau dapat offer lagi lah)
Ada gaya motivator tak? |
Kursus Asas
Keusahawanan Siswa (KAKS) 2012
Selama seminggu aku bertapa di Bilik Seminar Aras 16,
Bangunan UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Selama seminggu itu juga aku tak masuk
kelas. HAHAHAHA. Gelak-gelak jugak, lepas tu agak seksa jugak kena catch up
silibus yang terlepas. Seronok dapat berkenalan adik-adik daripadan UiTM Pahang
dan UiTM Alor Gajah. Memang banyak ilmu yang aku dapat sepanjang seminggu
tersebut. Aku juga jadi emcee tidak rasmi untuk kursus tersebut. Sampai suara
aku hilang dan terpaksa digantikan dengan beberapa peserta lain. Paling seronok
bila buat aktiviti berkumpulan. Nama kumpulan aku TADI. TADI singkatan untuk…..
(ok lupa. HAHA)
Antara AJK |
Extraordinary Grand
Meeting Marketing Students Association (EGM MASA)
Kali pertama menghadirkan EGM sebagai exco dalam
MASA. Disebabkan portfolio aku dalam Masa, aku dikehendaki membaca doa. Kali
pertama baca doa untuk majlis rasmi dekat Universiti buat aku rasa gugup. Tapi
mujur ada teks. HAHAHA. Aku tahu ada suara-suara yang mempersoalkan kredibiliti
aku, tapi aku hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Lagi pun aku ada
pengalaman baca doa masa sekolah dulu. HEHEHE. Alhamdulillah segalanya berjalan
dengan lancar.
happynya? |
Selection for
Sukan Antara Program (SAP)
Disebabkan aku ni jenis sedar diri yang aku memang
kurang berbakat dalam sukan, jadi satu-satunya acara yang aku sertai adalah –
BOWLING. Aku pon bukan star dalam
bowling ni, sekadar ingin memeriahkan majlis.
Jalan-jalan
Destinasi paling jauh setakat ini sekadar Putrajaya
dan Kuala Lumpur. Kami satu rumah bersemangat nak pergi Pameran Buku Islamik
Putrajaya. Tapi yang beli buku hanya seorang, Kamil. Dan buku yang dibeli pun
bukan buku berkaitan islam tapi buku Ujang. Tak apalah janji buku. Selepas itu
kami round2 sekitar KL. Malam itu juga kali pertama aku rasa naik monorel.
(jakun sangat masa tu! HAHAHA)
Di Masjid Sultan Mizan |
Di Bukit St. Paul |
Selain itu hanya pergi sekitar Melaka. Jusco, Teco,
Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jonker Walk, Pahlawan Walk, Bandar Hilir dan
Pantai Klebang. Dan paling terbaru pergi PC FAIR di MITC jumaat lepas. Dan
tempat yang paling aku nak pergi sejak semester 1 akhirnya tercapai iaitu air
pancut berirama di tepi sungai Melaka.
Lompatan di Klebang |
Bisnes Topup
Sejak 13 April lalu, aku memulakan perniagaan topup.
Setakat ini bisnes berjalan dengan baik. Tak bercadang pon nak jual topup ni,
secara kebetulan aku terjebak sebab follow kawan aku. Jadi siapa nak topup,
carilah aku. HEHEHE
Promosi di Facebook |
Kerja
Demi menambah sedikit pendapatan, aku buat keputusan
untuk kerja. Kerja di bahagian banquet sebuah hotel di Melaka. Aku kerja hanya
di hujung minggu dan jika tiada apa-apa aktiviti hujung minggu tersebut. Ini
sebenarnya bukan kali pertama aku kerja, semester lepas aku pernah sekali
kerja, tapi di hotel lain.
Sambutan Hari
Jadi.
Kali ini aku dan kawan-kawan menyambut hari lahir
untuk tiga orang, Fariza, Azri dah Miza. Sambutan hari lahir Fariza dan Azri
berlangsung pada hari yang sama. Kami sambut di Subaidah. Miza pula pada hari
lain dan dibuat di Kampung Morten.
aku dan Azri. |
Aku dan Miza |
Program Anak
Angkat
Aktiviti terbaru akan berlangsung pada 28 April,
iaitu hari sabtu nanti. Nampaknya tak dapatlah cuti selama seminggu. Lokasi
masih tak tahu lagi dekat mana. Insyallah aku akan update pasal program tu
dalam blog nanti.
WSM:
-
pengalaman mendewasakan kita -
3 comments:
crite 1: ptotla ko berie2 nk blik,, kwn dri drjh 2 rpenye..
crite 3:mmng pnglmn pling best..
crite 4: adla skit gaye pkar motivsi.. keep it!!
EGM: sye ske gmba itu...
dan gmba lomptan klebang..
^_^
nak topup bro..RM1000 bleh?
bangga aku bila tahu kau akhirnya boleh berdikari... *ehhh? GURAU JE BRO! Syabas for everything, kalau BUSY macam mana sekalipun, tolong jaga kesihatan baik2 oke.
p/s: kau dah kurus sikit (aku rasa la)
Post a Comment