TAB

Wednesday, April 25, 2012

Sokong Zed Zaidi, Sokong Aaron Aziz


Mungkin isu ini sudah basi. Mungkin juga sudah tiada yang mahu membaca. Tapi aku tak peduli sebab sekarang ini sahaja aku ada masa untuk menulis.

Isu apa ni? Alah tak kan korang tak tahu pasal Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH ) 2012. Jarang aku tulis cerita hiburan dalam blog. Tapi aku terpanggil sebab sifat patriotisme yang begitu tinggi dalam diri aku ini.


Dah baca tulisan Twitter Zed Zaidi di atas? Mungkin sebahagian besar mencaci Zed Zaidi. Yelah, siapa Zed Zaidi nak mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz yang sudah diakui popularitinya itu. Yang aku ingat Zed Zaidi ni popular disebabkan drama Sembilu arahan Dato’ Yusof Haslam. Lepas drama sembilu yang begitu PANJANNNGGGG episodnya (siapa setuju angkat tangan) , rasanya tak ada drama yang dapat menaikkan nama Zed Zaidi. Pernah jugak dia ni menyanyi dan ada kumpulan band sendiri kalau tak silap, tapi terkubur ditengah jalan.

Berbalik kepada kata-kata beliau dalam twitter, aku setuju dengan twit tersebut. Zed Zaidi kata dia bangga jika yang menang itu artis dari Malaysia. Aku pon rasa benda yang sama. Bukan aku aku tak suka Aaron Aziz menang, sebenarnya aku tak kisah pon siapa yang menang sebab bukan aku yang dapat hadiah tu, tapi janji rakyat Malaysia. Siapa nak sokong artis Malaysia kalau tak rakyat kita sendiri? Tapi tak begitu setuju dengan kata-kata beliau yang mengatakan ia merosakkan industri. Pada aku kehadiran pesaing dari luar akan lebih membuatkan artis Malaysia lebih berusaha. Mungkin.


Aku kenal Aaron Aziz sebelum dia masuk dalam drama Malaysia lagi. Antara drama singapura yang aku ingat dia berlakon, Cinta Bollywood. Dia berlakon bersama Suhaila Salam, seorang lagi artis Singapura yang pernah masuk ke Malaysia menerusi Filem Dr. Rozmey, Dua Alam.

Sebenarnya bukan Aaron Aziz seorang sahaja berdarah kerakyatan singapura yang mencipta nama di Malaysia. Antara yang aku tahu, Ferhad (dah jadi Mentor Tv3 pon), Sleeq (yang duet dengan Ramlah Ram tu), Taufiq Batisah dan tak lupa M. Nasir!

Kalau nak bangkang kemenangan Aaron Aziz memang dah tak guna. Yang mengundi pon orang Malaysia juga. Biasalah rakyat Malaysia memang penyokong artis luar tak kiralah dari Singapura, Indonesia mahu pon dari Barat. Jadi jangan nak bising kalau yang menang itu artis luar. Tepuk dada, tanya siapa yang mengundi.

WSM:
- dunia hiburan hanya duniawi, yang perlu dikejar adalah akhiri -

1 comment:

Anum said...

well, no comment for this entry. just masuk telinga kanan keluar telinga kiri je la bagi aku. buat2 modal nak borak dengan member dekat cafe masa waktu lunch :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...