Dari jumaat hingga ahad lepas aku bersama-sama rombongan Kelab Warisan dan Budaya (KWB) pergi melawat Uitm Kedah dan singgah dibeberapa tempat.
Aku sempat mencatat minit-minit perjalanan ke sana.
Hari pertama - Jumaat (9 Dec 2011)
09.30+ malam : Mula bertolak
10.00+ malam : Masuk highway PLUS
Persinggahan di R&R:
- 11.00+ malam : R&R Seremban
- 02.00+ pagi : R&R Tapah arah utara
- 03.00+ pagi : R&R Sg. Perak
- ?? : tertidur (lepas keluar highway driver bas ade berhenti dekat satu tempat, tapi tak tahu dekat mana sebab tertidur masa tu)
05.30+ pagi : sampai di Uitm Kedah. Lepas tu kitorang dibawa ke Kolej Taman Universiti
06.00+ pagi : solat subuh
06.30+ pagi : TIDUURRRRRRRRR..........
Hari kedua - Sabtu (10 Dec 2011)
10.00+ pagi : bangun dan bersiap-siap
11.00+ pagi : menuju ke UiTM Kedah dan makan tengahari di kafe.
12.30+ tengahari : bergerak menuju ke beberapa destinasi
01.00+ petang : sampai di Perusahaan Keropok Bumiputera 'Sahani binti Ayob'. Aku sempat beli beberapa jenis keropok dan sotong kering (nak suruh tam masak dekat rumah sewa nanti!)
01.33+ petang : sampai di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Mula-mula memang nak tengok tinggalan sejarah. Tapi lepas kitorang keluar muzium tu nampak pulak air terjun. Jadi singgahlah kejap dekat air terjun tu. Ada yang main2 air. Tapi aku tengok je dan ambil beberapa gambar.
03.00+ petang : balik semula ke kampus untuk rehearsel pulak.
04.30+ petang : makan dan minum petang.
05.00+ petang : balik ke kolej, solat dan tidur~
Malam persembahan 'Majlis Integrasi' - Sabtu (10 Dec 2011)
08.00+ malam : bergerak ke dewan persembahan
09.00+ malam : acara bermula.
Majlis dimulakan dengan ucapan para vip. Kemudian persembahan tarian, nyanyian, akustik dan diakhiri dengan nyanyian lagu 'Rasa Sayang"
10.30+ malam : jamuan makan.
Hari ketiga (11 Dec 2011)
06.30+ pagi : bangun (Ayie kejot!)
08.00+ pagi : bas mula bergerak
09.00+ pagi : sarapan di Restoran Shukria. Disebabkan restoran yang agak kecik. Kitorang terpaksa makan bergilir2.
10.00+ pagi : bergerak ke BUKIT BENDERA (excited sangat masa ni..haha)
Detik-detik menaiki Jambatan Pulau Pinang
10.06+ pagi : sampai di Plaza Tol Sungai Petani
10.26+ pagi : melintasi Plaza Tol Sungai Dua
10.35+ pagi : SAMPAI DI JAMBATAN PULAU PINANG!!!
10.45+ pagi : sampai di pulau pinang. (tak adalah panjang sangat jambatan tu..haha)
Bukit Bendera
11.00+ pagi : sampai di kaki Bukit Bendera. Terpasa beratur panjang semata-mata nak beli tiket kereta kabel menuju ke puncak.
12.00+ tengahari : sampai di Puncak BUKIT BENDERA! Dekat puncak tu aku sempat beli keychain.
12.46+ tengahari : beratur turun. Sesak gila masa nak turun ni!
Pulang ke Melaka
02.00+ petang : bergerak pulang ke Melaka.
03.37+ petang : sebelum balik singgah di gerai jeruk Pak Ali.
03.45+ petang : berhenti di R&R Juru untuk mengisi perut yang lapar.
04.41+ petang : meneruskan perjalanan balik.
07.00+ malam : berhenti di R&R Tapah untuk solat.
08.00+ malam : meneruskan perjalan balik ke Melaka.
11.40+ malam : sampailah di UITM KAMPUS BANDARAYA MELAKA!
12.00+ pagi : sebelum sampai rumah, aku sempat makan dekat Subaidah.
01.00+ pagi : sampai rumah~
12.46+ tengahari : beratur turun. Sesak gila masa nak turun ni!
Pulang ke Melaka
02.00+ petang : bergerak pulang ke Melaka.
03.37+ petang : sebelum balik singgah di gerai jeruk Pak Ali.
03.45+ petang : berhenti di R&R Juru untuk mengisi perut yang lapar.
04.41+ petang : meneruskan perjalanan balik.
07.00+ malam : berhenti di R&R Tapah untuk solat.
08.00+ malam : meneruskan perjalan balik ke Melaka.
11.40+ malam : sampailah di UITM KAMPUS BANDARAYA MELAKA!
12.00+ pagi : sebelum sampai rumah, aku sempat makan dekat Subaidah.
01.00+ pagi : sampai rumah~
WSM :
- walaupon aku tak kenal sangat dengan ahli KWB, tapi trip ni sangat2 seronok! -
3 comments:
aku dh follow ko bro!! hehe.. pnat aku cri chatbox kt kiri knn blog ko...xde plak...=p
baguihh laaa..
fauzan : thanks...adelah..kau klik kat "shoutbox" tu....
ichie : ape yg bagiuh?
Post a Comment