TAB

Tuesday, December 6, 2011

Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?

Tengahari tadi aku, Syakir, Azri dan Tam bersemangat mendaftar sebagai pengundi yang sah. Sebenarnya dari semalam lagi kitorng dah rancang nak daftar. Entahlah..tak tahu kenapa tiba-tiba rasa bersemangat! mungkin sudah sampai seru. haha...

Lagi pon dengar cerita awal tahun hadapan mungkin akan diadakan pilihan raya. Jadi aku takkan melepaskan peluang untuk mengundi buat pertama kali nanti.

hanya empat daripada enam orang ini sahaja sudah cukup umur. hehe..

Kitorang beramai-ramai pergi mendaftar di pejabat pos Jusco Bandaraya Melaka. Sampai je dekat situ, tak tahu nak buat macam mana sebab masing-masing tak ada pengalaman. Aku terus (tak ada lah terus sangat. ke hulu hilir jugak keliling pejabat pos tu..haha) ke mesin nombor giliran.

Then pergi ke kaunter akak cantik. Tapi dia tak tahu pulak nak buat macam mana. (aduh! melepas). Jadi kitorang terpaksa buat dekat kaunter sebelah yang dijaga oleh pekerja yang tua sikit :'''(

Dekat kaunter tu, aku punya borang dia buat dua kali. Sebab yang kali pertama tu dia letak alamat aku dekat kedah pulak. Mungkin nervous kot tengok aku yang sedikit hensem ni. haha...

yeah, dah daftar!

kami dewasa. (kecuali yang belah kanan tu..hehe)

Cukuplah merepek.

Sekarang kita pergi ke bab yang lebih serius.

Menurut Perlembagaa Persekutuan BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA dalam Perkara 119 

Kelayakan pemilih adalah:

(1) Tiap-tiap warganegara yang...

  • telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;
     
  • bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
     
  • didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan, 
berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.





WSM:
- pada sesiapa yang sudah berumur 21 tahun tu, jalankan tanggungjawa anda untuk mendaftar -

6 comments:

Anonymous said...

kau lambat la bro.aku dah daftar dulu,a week after 16 april.lagi kelassss (bongkak.bongkak) haha~

NUARAHMAN said...

ichie : anda memang hebat..maklumlah saya ni pelajar yg agak busy. tp alhamdulilah akhirnya berkesempatan~

SYAFIQAHSALEH said...

alala.memang tak daftar lagi lah :D

NUARAHMAN said...

SYAFIQAHSALEH : kenapa tak daftar lagi..pergi daftar cepat! hehe...

MEOR ! said...

aku nak daftar pastu dapat duit..HAHA

NUARAHMAN said...

MEOR ! : kekadang kerja yg ikhlas sangat diperlukan utk membantu negara~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...