TAB

Saturday, December 31, 2011

Past Year E-Commerce (MGT 546)

Kepada student Uitm yang ambil subjek E-Commerce (MGT546) boleh download past year dekat link bawah ni. Soalan past year ni adalah dari tahun MARCH 2005 hingga APR 2011 dan berformat PDF.

 
Tapi fail ni dalam RAR. So korang perlu klik SINI untuk download file RAR. Lepas tu barulah boleh extract kepada format PDF.
Klik bawah ni :
Past Year E-Commerce MARCH 2005 - APRIL 2011

Atau kalau korang malas nak download RAR, boleh download satu per satu dekat link bawah ni:
APR 2009

Selamat Mendownload dan menjawab~

WSM:
- sambil menyambut tahun baru 2012, jangan lupa study -

Thursday, December 29, 2011

Part Time Singing Part 2

Entri kali ni adalah kesinambungan dari post semalam.
Klik SINI

Semester ni aku banyak kaut pengalaman dengan menyanyi.

Semuanya bermula apabila aku masuk pertandingan nasyid beberapa bulan lepas.
Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut pasal pertandingan tu.

Berita kemenangan aku telah sebar dalam satu kelas. Dan seorang lecturer, PM Zaiton yang amat prihatin telah menawarkan aku untuk menyanyi di tiga majlis. (wah...! hebat tak?)

Kelas PM Zaiton adalah medium mencurahkan bakat. Student yang lambat akan didenda untuk menyanyi, menari berlakon dan sebagainya. Aku tak terkecuali.
Pernah sekali aku post pasal kelas PM Zaiton ni. Klik SINI

Bersama, Ana yang juga menyanyi malam tu. (serius mantap suara dia!)

Majlis integrasi antara UiTM Kedah dan Kampus Bandaraya Melaka.

Aku mewakili UiTM KBM untuk menyanyi disana. Dua lagu aku bawa. Lagu pertama, lagu yang aku menang masa nasyid tu.
Klik SINI untuk dengar aku nyanyi lagu apa.

Satu lagi lagu, Harapan - Fazli Zainal.
Nak dengar aku nyanyi? Klik video dibawah.

Best tak? Entahlah...pada aku ok lah. Tak de lah mantap mana pon vokal aku.


Majlis Pra-graduasi Pelajar semester akhir

Lagi sekali aku menyayikan dua lagu. Aku diarah untuk menyanyikan lagu yang aku menang masa nasyid tempoh hari, walaupon sebenarnya aku nak nyanyi lagu lain. Satu lagi lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain.

Serius susah lagu Sedetik Lebih tu. Paling aku malu masa tengah nyanyi boleh pulak aku menelan air liur. Jadinya dengarlah satu hall! OWH TIDAK. Malu wei...

Lagi satu majlis aku tak ingat apa nama dia. Tapi aku tak dapat hadir sebab dibuat masa minggu last study. Masa tu jadual memang pack gila. Dengan assignment, test, presentation dan macam2 lagi. 
Maaf PM. Mungkin lain kali.


WSM:
- pernah juga terfikir nak masuk pertandingan menyanyi, tapi aku tak nak jadi artis. Nak duit yang menang tu je. Itu pon kalau menanglah...haha -

Wednesday, December 28, 2011

Contest : My Picture Very Awesome by BlogBiruLangit

Malam yang bosan. Tak tahu nak buat apa. Macam biasa aku akan blogwalking.
Tabiat aku: akan follow blog yang aku singgah.

Jalan punya jalan. Terjumpa satu contest. Banyak sangat sebenarnya contest dalam blog ni. Tak pernah pulak terasa nak join sama. Tapi kenapa aku boleh terpikat dengan contest ni? Sebab aku nak share moment indah semester kali ni selain daripada owner blog tersebut mempunyai calour blog yang sama dengan aku, BIRU!

Contest ni dianjurkan oleh si cantik manis che azza. (bukan nak bodek ek..hehe) Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI atau boleh juga klik gambar dekat bawah ni...

 

Dan inilah gambar yang nak aku kongsi bersama semua.


Aku pilih gambar ni sebab, gambar ni diambil ketika aku buat persembahan dekat Uitm Kedah. First time pergi utara! hehehe...

Dua orang yang aku pilih untuk diTAG ialah:
Miss Areyou a.k.a classmate aku
dan
Ator juga classmate aku...hehe

Jawapan kepada soalan "Blog Azza berat atau ringan" : blog awak tak berat pon..senang je nak loading ^^,



 WSM:
- tak harap pon nak menang. tapi kalau menang pon ape salahnye..hehe -


09_WORDLESS WEDNESDAY : Part Time Singing Part 1



WSM:
- thanks to my mentor, Sir Juan Rizal for this picture -

Tuesday, December 27, 2011

Kampung Botak dan Gondol

Seperti biasa, sebelum exam final sebelum2 ni, aku sempat meluangkan masa untuk balik kampung. Sebuah kampung yang diberi nama

" Kampung Melayu Lima Kedai"

Turun saje dari bas dan menjejakkan kaki ke bumi Lima Kedai...GILA terkejot aku. Ayat pertama yang terkeluar dari mulut aku
"What happen to my kampung?" (macam student oversea pulak nak speaking2 ni kan)

Menurut kakak aku:
Kerja menebang pokok2 kelapa sawit dah pon bermula sejak awal bulan ni dan satu hari nanti akan didirikan Taman Mutiara Rini disekitar kampung aku.

Sebenarnya aku dah lama dengar cerita pasal projek perumahan tu. Maknanya satu hari nanti kampung aku akan dikelilingi kawasan perumahan. Lepas ni dah takde nikmatlah duduk dekat kampung. Mesti bising. Sedangkan sekarang pon dah bising. Dengan budak2 rempit, bunyi kereta, lori dan segala macam bunyi!
Mungkin juga satu hari nanti kampung aku akan jadi macam kampung baru dekat KL tu...OWH TIDAK!

Mari kita ratapi kemusnahan pokok2 disekitar kampung aku... :-(







WSM:
- hargailah khazanah alam ciptaan tuhan -

Wednesday, December 21, 2011

08_WORDLESS WEDNESDAY : Asma's Signature




WSM:
- satu lagi trademark gadis cantik ni (bertudung hitam) : "erm...erm...erm..." -

Sunday, December 18, 2011

Bila Examiner Di Sebelah

ALHAMDULILAH...

Baru je selesai jawab jawab test PD tadi. Ade tiga lagi test menanti untuk minggu ni.

MINGGU TERAKHIR YANG TERTEKAN!

Itu baru test, ade lagi report dan final presentation yang belum diselesaikan. Itulah padahnya bila buat kerja last minute!


Berbalik pada tajuk.

Korang selesa tak bila tengah jawab exam, examiner atau dalam bahasa melayunya pengawas peperiksaan duduk sebelah kita?

TAK SELESA KAN?

Lagilah kalau dia asyik usha kita tulis ape. aku seriouly TAK SUKA.

Tak suka dan MALU.

Malu bukan apa. Kalau jawapan kita tu betul semua tak apalah kan. Ni kalau dibuatnya salah. Kan kita yang malu.

LAGI TAK SUKA bila lepas diorang tengok lepas tu nak sengeh2. Agak TERTEKAN ye bila tengok diorang beraksi macam tu. Mesti dalam hati aku akan kata 'SALAH KE JAWAPN AKU?'

Itu je nak cerita untuk hari ahad ni.

Petang ni ada splash day. Lepas jadi MT ni rasa bertanggungjawab pulak kena pergi. Haha..

Lepas ni nak siapkan web e-commerce. Klik >>SINI<< untuk tengok assignment web group aku. Tapi jangan korang beli pulak item dalam tu. Sebab itu hanyalah web rekaan sahaja.





WSM :
- tak sabar nak tamatkan semester tiga ni -

Thursday, December 15, 2011

Perjalanan Ke Utara

Dari jumaat hingga ahad lepas aku bersama-sama rombongan Kelab Warisan dan Budaya (KWB) pergi melawat Uitm Kedah dan singgah dibeberapa tempat.


Aku sempat mencatat minit-minit perjalanan ke sana.

Hari pertama - Jumaat (9 Dec 2011)
09.30+ malam : Mula bertolak
10.00+ malam : Masuk highway PLUS

Persinggahan di R&R:
  • 11.00+ malam : R&R Seremban
  • 02.00+ pagi : R&R Tapah arah utara
  • 03.00+ pagi : R&R Sg. Perak
  • ?? : tertidur (lepas keluar highway driver bas ade berhenti dekat satu tempat, tapi tak tahu dekat mana sebab tertidur masa tu)
05.30+ pagi : sampai di Uitm Kedah. Lepas tu kitorang dibawa ke Kolej Taman Universiti
06.00+ pagi : solat subuh
06.30+ pagi : TIDUURRRRRRRRR..........

Hari kedua - Sabtu (10 Dec 2011)
10.00+ pagi : bangun dan bersiap-siap
11.00+ pagi : menuju ke UiTM Kedah dan makan tengahari di kafe.
12.30+ tengahari : bergerak menuju ke beberapa destinasi
01.00+ petang : sampai di Perusahaan Keropok Bumiputera 'Sahani binti Ayob'. Aku sempat beli beberapa jenis keropok dan sotong kering (nak suruh tam masak dekat rumah sewa nanti!)
01.33+ petang : sampai di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Mula-mula memang nak tengok tinggalan sejarah. Tapi lepas kitorang keluar muzium tu nampak pulak air terjun. Jadi singgahlah kejap dekat air terjun tu. Ada yang main2 air. Tapi aku tengok je dan ambil beberapa gambar.
03.00+ petang : balik semula ke kampus untuk rehearsel pulak.
04.30+ petang : makan dan minum petang.
05.00+ petang : balik ke kolej, solat dan tidur~

Malam persembahan 'Majlis Integrasi' - Sabtu (10 Dec 2011)
08.00+ malam : bergerak ke dewan persembahan
09.00+ malam : acara bermula.
Majlis dimulakan dengan ucapan para vip. Kemudian persembahan tarian, nyanyian, akustik dan diakhiri dengan nyanyian lagu 'Rasa Sayang"
10.30+ malam : jamuan makan.
11.00+ malam : bergerak ke kolej.

Pelajar Uitm Kedah dan Uitm Kbm yang membuat persembahan

Hari ketiga (11 Dec 2011)
06.30+ pagi : bangun (Ayie kejot!)
08.00+ pagi : bas mula bergerak
09.00+ pagi : sarapan di Restoran Shukria. Disebabkan restoran yang agak kecik. Kitorang terpaksa makan bergilir2.
10.00+ pagi : bergerak ke BUKIT BENDERA (excited sangat masa ni..haha)

Detik-detik menaiki Jambatan Pulau Pinang
10.06+ pagi : sampai di Plaza Tol Sungai Petani
10.26+ pagi : melintasi Plaza Tol Sungai Dua
10.35+ pagi : SAMPAI DI JAMBATAN PULAU PINANG!!!
10.45+ pagi : sampai di pulau pinang. (tak adalah panjang sangat jambatan tu..haha)

Bukit Bendera
11.00+ pagi : sampai di kaki Bukit Bendera. Terpasa beratur panjang semata-mata nak beli tiket kereta kabel menuju ke puncak.
12.00+ tengahari : sampai di Puncak BUKIT BENDERA! Dekat puncak tu aku sempat beli keychain.
12.46+ tengahari : beratur turun. Sesak gila masa nak turun ni!

Pulang ke Melaka
02.00+ petang : bergerak pulang ke Melaka.
03.37+ petang : sebelum balik singgah di gerai jeruk Pak Ali.
03.45+ petang : berhenti di R&R Juru untuk mengisi perut yang lapar.
04.41+ petang : meneruskan perjalanan balik.
07.00+ malam : berhenti di R&R Tapah untuk solat.
08.00+ malam : meneruskan perjalan balik ke Melaka.
11.40+ malam : sampailah di UITM KAMPUS BANDARAYA MELAKA!
12.00+ pagi : sebelum sampai rumah, aku sempat makan dekat Subaidah.
01.00+ pagi : sampai rumah~





WSM :
- walaupon aku tak kenal sangat dengan ahli KWB, tapi trip ni sangat2 seronok! -


Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

Jangan Lupa Daftar Kos

Baru je balik dari Kedah ni.

Lepas diberitahu oleh Ator fasal kos dah boleh daftar aku terus gelabah. Sebab masa tu aku dekat Kedah lagi. Takot tak dapat daftar lagi macam sem tiga ni. Diorang ni kalau nak daftar kos macam nak beli goreng pisang panas! haha...

So, sampai je Melaka, Aku terus daftar. (semangat!)


Tinggal kelas eco je belom boleh daftar sebab tak ada lagi group. Jadi jumlah subjek sem depan aku ialah TUJUH! ( banyaknya~ ) Terima kasih dekat Miza sebab post subjek yg perlu didaftar sem depan.





WSM:
- tak baik melewatkan sesuatu yang baik -
- nanti aku akan upload persembahan aku dekat kedah dan gambar2 dekat kedah. tunggu~ -

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?

Tengahari tadi aku, Syakir, Azri dan Tam bersemangat mendaftar sebagai pengundi yang sah. Sebenarnya dari semalam lagi kitorng dah rancang nak daftar. Entahlah..tak tahu kenapa tiba-tiba rasa bersemangat! mungkin sudah sampai seru. haha...

Lagi pon dengar cerita awal tahun hadapan mungkin akan diadakan pilihan raya. Jadi aku takkan melepaskan peluang untuk mengundi buat pertama kali nanti.

hanya empat daripada enam orang ini sahaja sudah cukup umur. hehe..

Kitorang beramai-ramai pergi mendaftar di pejabat pos Jusco Bandaraya Melaka. Sampai je dekat situ, tak tahu nak buat macam mana sebab masing-masing tak ada pengalaman. Aku terus (tak ada lah terus sangat. ke hulu hilir jugak keliling pejabat pos tu..haha) ke mesin nombor giliran.

Then pergi ke kaunter akak cantik. Tapi dia tak tahu pulak nak buat macam mana. (aduh! melepas). Jadi kitorang terpaksa buat dekat kaunter sebelah yang dijaga oleh pekerja yang tua sikit :'''(

Dekat kaunter tu, aku punya borang dia buat dua kali. Sebab yang kali pertama tu dia letak alamat aku dekat kedah pulak. Mungkin nervous kot tengok aku yang sedikit hensem ni. haha...

yeah, dah daftar!

kami dewasa. (kecuali yang belah kanan tu..hehe)

Cukuplah merepek.

Sekarang kita pergi ke bab yang lebih serius.

Menurut Perlembagaa Persekutuan BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA dalam Perkara 119 

Kelayakan pemilih adalah:

(1) Tiap-tiap warganegara yang...

  • telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;
     
  • bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
     
  • didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan, 
berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.





WSM:
- pada sesiapa yang sudah berumur 21 tahun tu, jalankan tanggungjawa anda untuk mendaftar -

Monday, December 5, 2011

Game Request in Facebook

Siapa suka main game dalam facebook? Sila angkat tangan.

Jadi maknanya entri ni khas untuk anda.


Aku sebenarnya tak berapa gemar main game dekat facebook. Sebab aku bukanlah 'hantu game'. Satu-satunya game yang aku pernah main, The Sims Social. Lepas aku main game tu aku merasa tak berapa nak cerdik sebab aku tak pandai nak main macam mana! haha...


Setiap hari akan ada sahaja request game yang memenuhkan peti notification aku. Kalau sekali tak apa. Ni kadang2 sampai dua tiga kali orang hantar dalam masa yang sama.


Mula2 dulu memang tak kesa. Tapi kalau dah banyak kali dan setiap hari, rasa bengang pon ade jugak.

Jadi harap-harap lepas buat entri ni, rakan-rakan difacebook faham dan akan ambil perhatian yang saya TAK SUKA main game dalam facebook.

antara yang menghantar game request






WSM
- saya anti-game di facebook -
- maaf kepada yang tersinggung -

Sunday, December 4, 2011

PREVIEW FILEM : Ombak Rindu

Novel cinta memang aku tak minat. Filem cinta? Entahlah...bolehlah layan sikit kalau pelakon dia hotz! haha Seorang kawan aku, Ili ajak aku keluar tengok cerita cinta, Ombak Rindu. Kata orang cerita dia best. Jadi aku pon sama teruja untuk tengok cerita ni.


Lepas tengok cerita ni,

Tipulah kalau tak ada babak yang buat aku sedih. Ada satu babak tu aku sangat terasa kesedihannya. Iaitu semasa watak yang dilakonkan Bront Palare meluahkan rasa cinta kepada watak Maya Karin, tapi hanya dibalas oleh perasaan sayang sebagai kawan sahaja. SENTAP sekejap masa tu. Haha...


Korang jangan salah anggap pulak. Aku sedih je bukan sampai menangis segala bagai. Macam kawan aku si Ili tu. Menangis macam kehilangan anak. Haha... (tergelak sekejap bila teringat dia menangis)

Kalau nak bandingkan jalan cerita filem ni dengan Lagenda Budak Setan, aku lebih sukakan Ombak Rindu.


Cuma apa yang buat aku potong stim, banyak sangat babak yang dipotong macam tu sahaja. Contohnya semasa watak yang dibawa oleh Julia Ziegler berdialog dengan watak Aaron Aziz diladang teh Cameron.

Sinematografi memang boleh dibanggakan. Tapi aku dapat agak sebab pengarah Osman Ali memang pandai mengambil sudut yang menarik macam filem Cun sebelum ni.

Teknik pencahayaan masa babak ni memang cantik.
Tapi sebenarnya aku lebih tertarik dengan OST filem Ombak Rindu ni. Lagu dia memang layan habis. Paling best lagu hafiz, untuk kamu.

Lagu pertama
Tajuk : Ombak Rindu
Penyanyi : Hafiz dan Adira


Lagu kedua
Tajuk : Untuk Kamu
Penyanyi : Hafiz


 Sambil dengar lagu hafiz ni jom layan lirik dia..haha

Hafiz - Untuk Kamu
 
Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu...

Dan lagu ketiga
Tajuk : Lara Lagi
Penyanyi : Adira






WSM:
- pada sesiapa yang belom tengok, jangan lupa saksikan Ombak Rindu untuk merasa sendiri kesedihan kisah cinta yang tragik -

Saturday, December 3, 2011

Download Album Artis Melayu

Seperti biasa aku akan merayau-rayau di dunia maya ni tanpa arah tuju. Sejak rumah sewa aku ni guna Streamyx, unlimited access pulak tu! Memanglah tak menang tangan nak klik sana download sini.

Setelah beberapa ratus kilometer berjalan, mendaki dan merempuh ranjau yang berduri tiba2 aku jumpa satu blog yang agak menarik untuk dikongsi.

 

Baca tajuk pon dah tahu dalam blog tu menyediakan pelbagai lagu berformat mp3 dan muzik video. 

Memang banyak sangat koleksi artis yang ada. Tak caya tengok ni.

 

Yang korang tengok ni baru sikit. Sebenarnya blog ni bukan lah sumber utama untuk mendownload lagu2 tu.

Blog ni akan menghubungkan korang dengan website lain seperti FileSonic, FileServe, HotFile dan Uploadstation. 

Tadi aku ada download lagu dari album Amy Mastura. Kenapa Amy? Suka hati akulah..haha


 

File yang korang download ni dalam format 'rar'. Jadi korang kena download WinRAR dulu. Klik SINI untuk download WinRAR.

 

Lepas dah masuk website tu, pilih je bahasa mana korang nak dan versi mana korang berkenan. 

Jadi, selamat mendownload dan selamat mendengar. 




WSM :
- walaupon dari segi undang2 melanggar hak cipta. Tapi dah perkhidmatan mendownload secara percuma disediakan, rasa membazir pulak kalau tak dimanfaatkan. Hehe -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...