TAB

Wednesday, January 4, 2012

Post Review 2011

Tahun2011, masih menyimpan pelbagai kenangan dan pengalaman.
Walau macam manis mana pon 2011, 2012 tetap akan menyusul.

Hari ni aku nak buat post istimewa. Post kali ni akan mengimbas kembali post2 aku pada tahun 2011.


1. Post Pertama 2011 bertarikh 5 Januari.
Post tersebut menceritakan pengalaman kali pertama aku menunggang motor ke Melaka.

2. Post Paling Popular 2011 bertarikh 26 Oktober.
Dalam post tersebut aku paparkan gambar jalan yang aku pernah sesat dekat Melaka ni.


3. Post Tak Popular 2011 bertarikh 4 Februari.
Ini adalah percubaan pertama aku letak lirik dalam blog. Disebabkan kurang sambutan aku tak berapa minat nak letak lirik sangat. Tapi tak bermakna aku tak akan letak lagi. Hanya 7 view sahaja untuk post ini.

4. Bulan Tanpa Post 2011, jatuh kepada bulan April dan Jun!
Tak ada satu post pon yang di buat untuk bulan ni. Entah, mungkin masa tu mood malas melanda diri ditambah pula dengan assignment yang banyak.



5. Post Paling Banyak Dikomen 2011 bertarikh 25 Mei. 
Mendapat 19 komen. Pada aku 19 tu dah kira banyaklah sebab blog aku ni bukanlah popular macam blog orang lain. Post ni masih berada dikedudukan TOP 10 untuk antara post pada tahun 2011.



6. Wordless Wednesday Pertama 2011 bertarikh 7 September
Sebelum ni sumpah tak tahu, apa kejadahnya wordless wednesday ini. Lepas aku google baru faham. Dan mula menyahut wordless wednesday. Sekarang menjadi post kegermaran aku sebab hanya perlu letak gambar sahaja. Ringkas tapi punya makna tersirat.



7. Karya Pertama 2011 bertarikh 16 May.

Disebabkan sambutan yang agak baik, aku menyambung untuk siri kedua:
Lepas cerpen yang aku anggap berjaya di blog sendiri, memang aku ada pasang impian nak buat lagi cerita. Tapi entah, mood untuk menulis dalam skala yang agak panjang dan berjela-jela belum sampai lagi.
INSYAALLAH akan datang~


8. Video Pertama YouTube 2011 bertarikh 30 Oktober.
Aku Sebagai Penari Amatur
Video tarian tu adalah sempena dinner Jusco Bukit Indah.


9. Post Bahasa Inggeris Pertama 2011 bertarikh 9 Ogos.
Rebecca Black Phenomenon!
Menjadi post english pertama dan terakhir untuk tahun 2011. hahaha... Hasrat aku kononnya nak tarikh readers dari luar negara, tapi....English aku ni TEROK. Tak apa lah, mungkin aku akan cuba dimasa akan datang.

Dan anugerah terakhir untuk 2011 ialah......

10. Post Paling Susah Nak Tulis 2011 bertarikh 6 Februari.
Pergolakan Di Mesir Prihatikankah Kita?
Kenapa aku cakap susah? Sebab aku terpaksa rujuk banyak sumber untuk tulis satu post yang aku boleh anggap cukup info untuk memberitahu pembaca apa yang berlaku di Mesir pada ketika itu.



WSM:
- semoga aku akan kekal menulis dalam blog ini untuk tahun 2012 -

8 comments:

Anonymous said...

Rajin betul ko buat post ni.Syabas!

NUARAHMAN said...

Anum : hehe...post yang agak lama untuk dibuat~

eyl_lia said...

wahhh..kira banyak gak ko wat..
tahniahhhh..

NUARAHMAN said...

eyl_lia : haha...thanks~

ayie said...

perghh kalah research..hehe

Anonymous said...

toms shoes outlet nsjkes ldmfop cheap toms lkwiii muzneg cheao toms shoes esobjj http://www.saclongchamps2013.net
sac longchamp pliage zbuahb dmcvgb longchamp pliage yadgha ejnmja sac longchamp zzlzco http://www.coachoutlet-2013.net

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...