TAB

Saturday, October 22, 2011

Apabila MB Johor Membalas Lambaian

Alhamdulilah....

Akhirnya dapat juga melepaskan hajat untuk balik kampung! Gerak dari melaka pukul 2 petang, sampai lebih kurang pukul 4.30 petang.

Kebetulan malam ni ada perasmian Hutan Bandar MPJBT. Aku sebenarnya agak kompius jugak kenapa baru sekarang nak rasmi? Sebab hutan bandar tu sebenarnya sudah agak lama juga dibuka kepada orang ramai.
abjad 'A' menunjukkkan letaknya Hutan Bandar MPJBT

Antara kawasan menarik



Taman permainan untuk kanak-kanak

Jadi ada lah beberapa gerai jualan yang dibuka. Walaupon mungkin tak semeriah JOM HEBOH tapi boleh lah.

Dato' Abdul Ghani Othman


Apa yang buat aku tertarik untuk datang adalah disebabkan kehadiran Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Selain itu dikhabarkan artis kelahiran Gelang Patah, Alya mungkin akan membuat persembahan!

Sebelum bermula perasmian tu, sempat jugak jalan2 keliling Hutan Bandar ni. Dalam tiba2 jalan tu tiba2 ada satu kereta macam kereta golf dari belakang.

"Ghani Othman!" Aku terkejut dan terus melambai ke arah tunjang utama pemerintahan kerajaan Johor sejak sekian lama itu.


Tanpa disangka-sangka Dato' Abdul Ghani Othman membalas lambaian aku! (Baru je lambai kan? kalau dapat salam macam mana agaknya! haha...)

Lepas perasmian tu ada beberapa persembahan artis seperti Alya, Ramli Sarip, Vokalis kumpulan Ilusi (siapa entah nama dia) dan Bandi Amuk. Itu je yang aku tahu ada. Artis2 lain tak pasti sebab aku tak tengok sampai habis.




wsm: jadi terkenal tak semestinya membawa kepada kebaikan namun tidak juga terlepas dari keburukan. 

2 comments:

Nour Eyza said...

pernah salam dgn Dato Ghani Othman. tgn beliau sgt lembut ok.hehhehee

Khairul Rahman said...

Nour Eyza : jelosnya dapat salam! :-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...