TAB

Saturday, October 29, 2011

Maharaja Lawak Mega : Gabungan Tiga Negara


Sebelum bermulanya rancangan terbaru dekat Astro ni, mesti semua orang tertanya-tanya Maharaja Lawak jenis macam mana pulak ni, termasuklah aku. Lepas menonton secara keseluruhannya barulah aku faham rupanya untuk musim kali ni rancangan ni menampilkan pertempuran lawak antara tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura. 

Kumpulan yang bertanding adalah :
  • Kumpulan Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
  • Kumpulan Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
  • Kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
  • Kumpulan Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
  • Kumpulan Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
  • Kumpulan Osbon (Mr Os dan Abon)
  • Kumpulan Gebu ( Hani dan Azian)
  • Kumpulan Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
  • Kumpulan Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
  • Kumpulan Anje (Achong dan Joey)
  • Kumpulan Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
  • Kumpulan 3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
  • Kumpulan Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
  • Kumpulan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
  • Kumpulan Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Selain kumpulan, ada dua individu yang bertanding secara solo iaitu:
  • Adlin Aman Ramli
  • Jalil Hamid

Lepas menonton semua persembahan untuk minggu pertama ni, aku paling tertarik dengan persembahan kumpulan dari  negara Indonesia, Bawel. Persembahan diorang agak menarik iaitu menggabungkan muzik, silap mata dan lawak Jom tengok persembahan diorang kejap


Peserta dari Malaysia tak kurang hebatnya. Antara peserta dari Malaysia yang menarik adalah:

Bawal Power



Hiro



Adlin



Boboi



Cuba korang tengok persembahan kumpulan dari Indonesia, Caer.


Mungkin ada yang kata persembahan diorang lawak. Tapi pada aku, persembahan diorang langsung tak boleh nak buat aku ketawa. Mintak maaf Caer.

Rumusan secara keseluruhannya, ada beberapa kumpulan yang buat persembahan yang tak lawak, tak menarik dan basi. Mungkin masih minggu pertama. Harap semua peserta boleh menampilkan lawak yang lebih kelakar minggu hadapan.




WSM:
- Jozan dan Sepah tetap terbaik! -
- Harap Malaysia menjadi juara -

3 comments:

asfarina fatin redzuan said...

peminat maharajalawak betul ! :D

eylia razali said...

yeahh..sepah tetap dihati...hehehe
tapi bg aq maharaja lawak mega nie kumpulan boboi pon ok...
tpi ade yg hampehhh gak...

Khairul Rahman said...

asfarina fatin redzuan : memang minat...dapat release tension bila layan video diorang...hehe


eylia razali : kan...sepah terbaik..tapi sayang dah berpecah sekarang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...