Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...
Terasa lama sangat tak menulis di dada blog. Sebenarnya ada beberapa entri yang tak sempat disiapkan menunggu di ruangan Draft. Tunggu untuk dipamerkan sahaja. Tapi aku ambil tindakan untuk simpan dahulu. Tunggulah bila jari-jemari ini rajin untuk menulis lagi.
Berbalik kepada apa yang aku nak ceritakan...
Pernah tengok orang nikah? Aku berkesempatan untuk melihat beberapa sedara mara dan kenalan lain bernikah secara langsung. Detik yang buat aku tertanya-tanya adalah sewaktu pasangan menangis sebaik sahaja akad nikah dilafazkan. Kenapa perlu menangis. Aku tak faham..
Pernah tengok orang nikah? Aku berkesempatan untuk melihat beberapa sedara mara dan kenalan lain bernikah secara langsung. Detik yang buat aku tertanya-tanya adalah sewaktu pasangan menangis sebaik sahaja akad nikah dilafazkan. Kenapa perlu menangis. Aku tak faham..
Sebaik sahaja tengok video pernikahan Irma Hasmie dan pasangannya, buat dada ni terasa sebak. Seperti ada talian yang menghubungkan antara aku dan video tersebut. Satu moment yang tak dapat diungkap. Mungkin korang nak cakap aku gembeng, silakan. Tapi sekarang aku dapat memahami kenapa pasangan menangis selepas akad...
Video yang membuat aku tersentuh
Bila tengok video itu juga, perasaan untuk kahwin membuak-buak! HEHEHE... Siapa agaknya jodoh itu?
Detik inilah yang meragut sanubari
Setiap orang punya pilihan dan impian pasangan masing-masing. Antara impian aku ialah:
Sebenarnya aku merepek je dalam twitter tu. Yang sebenarnya aku tak kisah siapa calonnya. Janji Mak dan Abah aku restu hubungan kami.
Jadi apa agaknya pilihan jodoh korang?
WSM:
- tak sabar nak tengok akak aku kahwin tahun ni -
2 comments:
nice entry..i like this blog,keep it up! :)
jom sggah blog sy jgk,msih bru lg ni.hehe..
thanks yer!
^_^
Orang tua- tua kata kan, kalau ade feeling nak kawen tu dah tak lama jawabnya.. banyakkan berdoa ye awak, :)
Post a Comment