TAB

Tuesday, May 8, 2012

"Aku ada degree, kau ada?"

Salam satu kehidupan...


Dalam dunia ini ada berbagai-bagai ragam dan perangai manusia. Setiap daripada manusia itu pula mempunyai latar pendidikan yang berbeza.

Walaupun kawan kita itu mempunyai pendidikan yang lebih rendah, tak perlu rasanya nak tunjukkan diri kita punyai kelayakan akademik yang lebih hebat.

"Aku ada degree, kau tu setakat SPM saje!"

Patut ke cakap macam tu dekat orang? Kalau aku jumpa orang macam tu aku balas:

"Atok aku ada Master, Atok kau ade?" Alamak. Tak baik pulak buat macam tu.


Kalau pun kawan kita setakat SPM tapi dia berusaha keras untuk berjaya, tak mustahil kalau budak-budak lepasan SPM ni mampu jadi manager, ada bisnes sendiri, kereta sendiri ataupun rumah sendiri. Pada umur 23 tahun, diorang sudah ada semua harta benda tu. Tapi kita yang berumur 23 tahun ni hanya mempunyai segulung kertas tertulis "Ijazah" dan hutang PTPTN.

Aku menjadi semakin takut bila baca berita daripada Berita Harian hari ini.

Berita Harian

Nampak tak angka 70,000 tu? Bukan seratus dua, tapi puluh ribu yang menganggur. Akan datang mungkin angka ini akan semakin bertambah.

Tipu tak pernah ponteng!
Aku bukanlah nak sarankan supaya budak lepasan SPM tak payah sambung belajar lagi, tapi aku cuma nak sedarkan akak dan abang yang ada Ijazah ni supaya jangan terlalu sombong dengan Ijazah tersebut. Allah mengurniakan rezeki yang berbeza-beza untuk setiap orang.

Harap aku tidak tersenarai dalam kelompok penganggur lepas tamat pengajian nanti. Amin~

Sumber: Berita Harian


WSM:
- setinggi mana pun kita belajar, mati tetap dalam tanah yang sama -

1 comment:

Anonymous said...

Aminn... pada pendapat aku antara faktor utama ialah memilih kerja and tangga gaji, kot? so, jangan memilih tau when you are about seeking for a job. berapa orang nak kasi tu terpulang, since kita pun freshie, takde pengalaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...