TAB

Tuesday, February 14, 2012

Bahaya Minum Sambil Makan

Assalamualaikum dan salam satu kehidupan...

Sebelum ini, ada yang menegur aku :
"Jangan minum ketika makan."

Aku langsung tak peduli nasihat yang diberikan. Aku hanya fikir itu hanyalah satu perkara enteng. Sudah menjadi kebiasaan kebanyakkan orang akan minum sambil makan. Aku pula memang tak boleh tak minum kalau makan sebab aku akan tersedu-sedu bila tak dapat air. Entah apa punca pon tak tahu. Mungkin sudah menjadi kebiasaan.


Menurut satu sumber di India,
Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India berkata:
"Kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka"

Semasa makan, satu signal akan dihantar ke otak untuk mengeluarkan cecair pencernaan dari dalam badan. Jika kita minum pada masa ini, ia akan mengganggu proses pencernaan tersebut.

Lebih buruk lagi, minum sambil makan juga akan menambah kegemukkan atau lemak dalam badan. Ini terjadi kerani kehadiran insulin yang semakin banyak. (Kalau nak tahu apa itu insulin, tanya Mr. Google, aku pun kurang pasti)


Terdapat juga hadis Rasulullah yang melarang kita makan dan minum sambil berdiri.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri." Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan." Ia menjawab bahawa "Hal itu lebih buruk."

 Jadi kalau nak elak rasa haus semasa makan, makan makanan yang berkuah, jangan makan makanan yang masin, pedas atau apa sahaja yang boleh menyebabkan kita dahaga.

Bukan tidak boleh minum sambil makan, tapi hanya dalam kuantiti yang sedikit. Lebih bagus kalau minuman itu panas.





WSM:
- tak nak gemuk! -


 

3 comments:

Anonymous said...

thanks for the valued informations~~~daebakkk!! ^^

NUARAHMAN said...

Anum : welcom. Terima kasih kembali kerana menjadi komentar tegar blog saya...

Unknown said...

agree, in fact, lepas makan jgn trus minum air, ambil masa seminit 2 bru minum air :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...