TAB

Tuesday, January 31, 2012

Doa Buat Sufi


Aku masih ingat saat kali pertama aku bersua dengan kau. Wajah kau pada masa itu nampak sangat kasihan. Dalam satu kotak kecil kau menunjukkan muka kau yang comel itu. Tapi aku tak ada perasaan langsung dekat kau pada masa tu. Walaupun kau menangis teresak-esak, ia langsung tak membuatkan aku simpati dengan nasib kau.

"Mana mak dapat dia ni?" soal aku.

"Kawan mak bagi" Jawab emak.

Sejak itu kau menjadi satu-satunya makhluk yang disayangi dalam rumah ni. Tapi aku, hanya merasa perasaan yang biasa sahaja.


Disebabkan kau putih gebu, wajah yang comel dan perwatakan yang agak manja membuatkan semua jantan-jantan keparat di luar sana tergila-gila kan kau.

Entah berapa kali kau melahirkan zuriat. Tak terkira rasanya. Tapi entah kenapa hanya engkau sahaja yang kekal dalam rumah ni. Ada seorang anak kau yang agak comel telah khianat dan lari ke tempat lain. Pernah beberapa kali aku terserempak dengan anak kau itu. Tapi dia buat-buat tak kenal aku. Cis, Sungguh tak mengenang budi anak engkau itu! Pernah juga dia balik ke rumah, tapi hanya pada waktu makan. Tapi sekarang batang hidung dia sudah langsung tak nampak.

Anak-anak engkau yang lain, ada yang mati digilis kereta, mati disebabkan penyakit, mati digigit atau pun lari ke tempat lain. Hanya dua sahaja daripada daripada anak engkau yang ramai itu aku buang ke satu kawasan perumahan. Entah apa nasib mereka lepas itu. Aku terpaksa buang kerana pada waktu itu terlalu ramai sangat anak yang kau lahirkan.

Putih, Hitam, Belang, Oren dan beberapa nama yang aku tak ingat lagi menjadi nama anak engkau. Tapi entah kenapa nama kau sahaja yang unik.

Sufi, nama yang diberi. Aku kurang pasti siapa yang memberi kau nama ini. Tapi nama itu sangat indah.
Namun kehadiran kau tak kekal.

Satu hari, semasa aku mahu menghantar emakku ke tempat kerja...

Abah ku ternampak satu makhluk berwarna putih terbongkang dibawah kereta.

"Sufi!" Jerit abah ku.

Aku agak terkejut.

"Sufi ke yang mati itu?" Bisik aku dalam hati.

Namun aku hanya melihat dari jauh. Sebab sudah lewat untuk menghantar emak kerja. Balik dari menghantar emak, kau sudah selamat dikebumikan. Agak terkilan sebenarnya sebab tak dapat melihat kau buat kali terakhir.

Sampai sekarang kematian kau menjadi tanda tanya. Sama ada mati dilanggar, bergaduh atau disebabkan penyakit. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Sampai sekarang, kenangan kau bersama dengan aku masih tak dapat dilupakan. Kenangan memberi kau makan, bermain dengan kau hatta menendang kau pun aku masih lagi ingat.

Semoga kau aman didunia baru kau. Maaf kerana tak dapat menjadi tuan yang baik.
Sufi, kau kucing kesayangan aku dan keluarga!

4 comments:

ayie said...

kau langgar ke?

ipah ipin said...

pengolahan cite ney sgt bagos. hehehe.

Anonymous said...

Kau tendang dia?Tadi aku baru je berebut makan ayam dengan kucing cafe yang tiba-tiba naik meja aku waktu aku tengah makan.

NUARAHMAN said...

ayie : eh bukan aku langgar..malam sebelum die mati abah aku yang bawak kerete..tapi tak tahulah ape punca die mati sebenarnya

Ipah Ipin : thanks..biase je kot

Anum :aah tendang sebab geram sangat.harap dia maafkan aku..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...