Aku masih ingat saat kali pertama
aku bersua dengan kau. Wajah kau pada masa itu nampak sangat kasihan. Dalam
satu kotak kecil kau menunjukkan muka kau yang comel itu. Tapi aku tak ada
perasaan langsung dekat kau pada masa tu. Walaupun kau menangis teresak-esak,
ia langsung tak membuatkan aku simpati dengan nasib kau.
"Mana mak dapat dia ni?"
soal aku.
"Kawan mak bagi" Jawab
emak.
Sejak itu kau menjadi satu-satunya
makhluk yang disayangi dalam rumah ni. Tapi aku, hanya merasa perasaan yang biasa
sahaja.
Disebabkan kau putih gebu, wajah
yang comel dan perwatakan yang agak manja membuatkan semua jantan-jantan
keparat di luar sana tergila-gila kan kau.
Entah berapa kali kau melahirkan
zuriat. Tak terkira rasanya. Tapi entah kenapa hanya engkau sahaja yang kekal
dalam rumah ni. Ada seorang anak kau yang agak comel telah khianat dan lari ke
tempat lain. Pernah beberapa kali aku terserempak dengan anak kau itu. Tapi dia
buat-buat tak kenal aku. Cis, Sungguh tak mengenang budi anak engkau itu!
Pernah juga dia balik ke rumah, tapi hanya pada waktu makan. Tapi sekarang
batang hidung dia sudah langsung tak nampak.
Anak-anak engkau yang lain, ada yang
mati digilis kereta, mati disebabkan penyakit, mati digigit atau pun lari ke
tempat lain. Hanya dua sahaja daripada daripada anak engkau yang ramai itu aku
buang ke satu kawasan perumahan. Entah apa nasib mereka lepas itu. Aku terpaksa
buang kerana pada waktu itu terlalu ramai sangat anak yang kau lahirkan.
Putih, Hitam, Belang, Oren dan
beberapa nama yang aku tak ingat lagi menjadi nama anak engkau. Tapi entah
kenapa nama kau sahaja yang unik.
Sufi, nama yang diberi. Aku kurang
pasti siapa yang memberi kau nama ini. Tapi nama itu sangat indah.
Namun kehadiran kau tak kekal.
Satu hari, semasa aku mahu menghantar
emakku ke tempat kerja...
Abah ku ternampak satu makhluk
berwarna putih terbongkang dibawah kereta.
"Sufi!" Jerit abah ku.
Aku agak terkejut.
"Sufi ke yang mati itu?"
Bisik aku dalam hati.
Namun aku hanya melihat dari jauh.
Sebab sudah lewat untuk menghantar emak kerja. Balik dari menghantar emak, kau
sudah selamat dikebumikan. Agak terkilan sebenarnya sebab tak dapat melihat kau
buat kali terakhir.
Sampai sekarang kematian kau menjadi
tanda tanya. Sama ada mati dilanggar, bergaduh atau disebabkan penyakit. Hanya
Allah sahaja yang tahu.
Sampai sekarang, kenangan kau
bersama dengan aku masih tak dapat dilupakan. Kenangan memberi kau makan,
bermain dengan kau hatta menendang kau pun aku masih lagi ingat.
Semoga kau aman didunia baru kau.
Maaf kerana tak dapat menjadi tuan yang baik.
Sufi, kau kucing kesayangan aku dan
keluarga!
4 comments:
kau langgar ke?
pengolahan cite ney sgt bagos. hehehe.
Kau tendang dia?Tadi aku baru je berebut makan ayam dengan kucing cafe yang tiba-tiba naik meja aku waktu aku tengah makan.
ayie : eh bukan aku langgar..malam sebelum die mati abah aku yang bawak kerete..tapi tak tahulah ape punca die mati sebenarnya
Ipah Ipin : thanks..biase je kot
Anum :aah tendang sebab geram sangat.harap dia maafkan aku..haha
Post a Comment