TAB

Thursday, September 1, 2011

sopo wong jowo?

Hari ini hari Khamis. Maknanya harini dah masuk 3 hari kita beraya. Setakat ni macam raya korang? Harapnya korang sentiasa bergembira menyambut bulan syawal kali ni.

RAYA PERTAMA

Tahun ni serba biru.
Pagi2 dah bangun. Tapi kali ni bukan bangun sahur tapi bangun untuk MAKAN RAYA! hehe... Macam2 lauk ada. Seperti biasa mak aku akan masak kari ayam, rendang daging, sayur lodeh, sambal kacang dan ketupat segera. Lauk yang tak ada untuk raya kali ni : ketupat anyam dan serunding. Tak apalah yang ada ni pon dah cukup banyak untuk dimakan.

Seperti biasa kalau dekat kampung mesti ada amalam MENGUNJUNG. Apa kejadahnya tu? Mengunjung ni macam hantar lauk pauk raya dekat jiran sebelah. Biasanya aku akan bandingkan lauk yang dihantar dengan masakan emak aku. Dah semestinyalah lauk mak aku yang terbaik!

Habis makan, biasanya kitorang satu family akan MEMINTA MAAF antara satu sama lain. Kemudian barulah aku dan abah akan pergi ke masjid untuk SEMBAHYANG RAYA. Solat kali ni telah diimamkan oleh ustaz mamat atau nama betul dia, syaari.

Kalau raya tahun lepas, lepas sembahyang raya terus gerak balik kampung tapi tahun ni tak. Lepas sembahyang raya terus pergi MARHABAN. ok itu satu penipuan. Abah aku je yang terus pergi marhaban. Aku balik rumah dulu. Mula2 memang malas nak pergi. Kalau masa kecik dulu dapatlah jugak duit raya. Tapi sekarang siapalah nak bagi dekat remaja purba macam aku ni. haha... Lasty2 aku decide pergi jugak marhaban setelah dipush oleh mak aku.

Lepas solat maghrib, barulah BALIK KAMPUNG! ok ni satu penipuan lagi. memang planning lepas maghrib tapi rupanya dah isyak. So solatlah isyak dulu sebelum berangkat. Tak jauh pon kampung aku. Tak sampai satu jam dah sampai. Kampung aku dekat kampung tengah renggam.

On the way nak masuk highway tiba2 perut ni rasa lapar. Aku pon tanya kakak aku "Akak lapar tak?" Aku pon bertanya soalan yang sama dekat abah aku. Masing-masing menjawab "Lapar jugak"

Berhenti sekejap dekat Burger King. First sebenarnya makan dekat sini. Lepas tu teruskan perjalanan. Sebelum sampai kampung, singgah sekejap dekat rumah pak cik aku. Kira-kira pukul 11 sampai kampung. Betapa terkejutnya aku bila semua orang dalam rumah tu dah tidur. Aku satu family memekak dekat dapur. haha...

Akak

Abah

Mak
RAYA KEDUA

Hari ni dah nak BALIK JB semula. Tapi sebelum balik, sempat raya beberapa buah rumah dekat sini. Apa lagi bila dekat kampung ni NGOMONG JOWO LAH! (cakap jawa lah) Kalau sikit2 tu boleh lah paham. Habis kalau dah guna bahasa jawa tahap master! memang lah aku paham.

Lepas asar kitorang berangkat pulang. Sebelum sampai JB singgah kejap dekat rumah mak cik.

Magrib sampai rumah.

RAYA KETIGA

Tak ada planning apa2 untuk hari ni. Berehat dekat rumah, sambil menanti tetamu yang datang.

Siapa yang tahu rumah aku dekat mana tu, jemput2 lah datang rumah ya! :D




* maksud tajuk "Sopo Wong Jowo" = Siapa orang jawa
* sambut raya masa kecil memang best!
* harapnya tahun ni dapat raya ramai2 dengan member2 sekolah macam tahun2 lepas.

2 comments:

szazaniza said...

rumah akak ko x dtg ag!!!

khairul rahman said...

szazaniza : tadi memang nak datang..tapi kau kan baru balik kampung..nanti kalau cik zizah dgn maman misran da balik, kitorang raya sekaligus! hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...