TAB

Sunday, August 14, 2011

saya tak POPULAR pon ...

TADIKA

Tak banyak kenangan masa sekolah tadika. Seriously aku tak ingat pon ape yang aku belajar. Cuma apa yang buat aku sedih. Aku rasa cikgu tadika tu tak suka aku agaknya. Mungkin sebab aku ni slow sangat agaknya. Ya memang aku mengaku aku memang lambat pickup sikit. Sampai sekarang pon lambat jugak! hehe... Aku ada masuk pertandingan berlakon masa tadika. Aku jadi penjual durian. Yang aku ingat bila pertandingan atas stage aku lupa skrip. Maaflah cikgu. Saya memang tak ada bakat berlakon. Kalau menyanyi bolehlah! hahaha...

Insyallah satu hari nanti akan genggam skrol yang mengandungi ijazah


SEKOLAH RENDAH

Zaman sekolah rendah rasanya bukan zaman kegemilangan aku. Masa sekolah rendah juga aku selalu dibuli. kesian kan aku? :-( Ada satu tragedi  yang aku tak akan lupa. Macam nak tergelak pon ade jugak. Masa tu darjah tiga. Ada seorang budak ni suka sangat ejek aku. Sampai satu hari ni kemarahan aku dah memuncak. Disebabkan tak tahan dengan ejekkan dia aku ambil botol air yang masih ada air lagi dan aku balik ke arah budak tu. TEPAT! kena dekat mulut dia. berdarah! dalam hati aku berkata "puas aku. padan muka kau!" tapi aku sebenarnya cuak jugak. takut kalau dia mengadu dekat cikgu. Nasib baik dia tak ngadu. hehehe...

Dari darjah satu sampai empat aku sekolah dekat gelang patah. Time tu memang aku low profile gila. Kepala otak aku pon tak pandai. Jadi masuklah dekat kelas yang biasa2 jek. Darjah dua dan empat je aku masuk kelas yang boleh dikatakan pandai. Itu pon nasib je agaknya.

Satu-satunya pertandingan yang aku masuk dekat sekolah tu ialah pertandingan koir masa darjah 2. Aku ingat lagi masa tu nyanyi lagu Hijau dari Zainal Abidin. Lagi satu lagu cina. entah apa tajuknya. Cikgu yang ajar koir tu nama dia Cikgu Syikin. Kali terakhir aku jumpa dia masa form six agaknya. Dia dah ajar sekolah menengah sekarang. Tapi die tak ingat aku pon. Bertanding peringkat zon dan tak menang pon.

Lepas tu aku masuk sekolah mutiara rini sampai darjah enam. Sebab sekolah tu baru buka satu kelas je ada untuk darjah lima dan enam. Masa sekolah rendah dekat sini aku sempat masuk nasyid. Aku jadi antara penyanyi utama diantara tiga orang. kira ok lah kan. yang penting aku ada part solo. haha... Dapat nombor dua rasanya.

Apa yang membuatkan aku tertulis tajuk diatas sebab peristiwa yang berlaku dua hari lepas masa aku kerja. Masa nak hantar makanan dekat satu meja ni aku terperasan seorang wanita ni. Macam kenal jek.

Aku tegur, "Ni cikgu Rasyidah ke?"

"Ya. Kenapa?"

"Saya dulu belajar dekat sekolah mutiara rini batch pertama"

"owh yang sama dengan..."

"Ya. sama2 dengan sipolan bin sipolan....."

Aku tahu cikgu tu tak kenal aku pon. Nampak sangat betapa tak popularnya aku masa sekolah dulu. Tapi tak apalah tak penting semua tu. Yang penting aku happy dengan apa yang aku buat sekarang.




* popular tu tak penting pon. yang penting bila kita dah keluar sekolah tu kita jadi insan yang berguna.
* walaupon korang tu slow macam aku ni, tak bermakna korang tak akan berjaya. Yang penting usaha.

5 comments:

muhd taufiq said...

this best bro!!! haha

khairul rahman said...

muhd taufiq : haha..tenkiu :D

faiz said...

ello im new... law tgk pic 2 ak terpk, name semua org ada sijil macam gred g2?? ak xde pn gambo2 mcm 2..ayyyaaa..

szazaniza said...

teringat zaman kecik2...ko suke kat...tuttttttttttttt...hehehe

khairul rahman said...

faiz : mungkin kau tak masuk tadika kot..hehe

szazaniza : siapa??? tak ingat pon..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...