TAB

Tuesday, August 23, 2011

saya tak GILA lah!

Sebelum aku berhenti kerja dekat jusco, aku nak buat satu entri khas untuk dua orang yang sangat popular di Jusco Taman Universiti.

Seorang berbangsa cina. Seorang lagi india.

Kalau korang regular customer mesti kenal. Kehadiran diorang kadang-kadang membuatkan orang rasa nak tergelak, takut, menyampah, lucu. Setiap hari mesti ada sahaja muka mereka ni dekat jusco.


YANG BERBANGSA CINA

Dia ni agak bising. Jalan agak laju. Kurus. Baju kadang-kadang bertukar. Gaya nampak macam normal.

Pernah satu hari dia cakap2 dengan member aku. siap bagi nasihat lagi. dia kata:

"merokok bahaya"

Tapi yang buat aku tergelak dan tekejut. Dia pon hisap! Pernah sekali dia mintak lighter dari aku. Aku sekadar menggeleng sambil dalam hati berkata, "I'M NOT SMOKER!"

Beberapa hari lepas dia ada minta air dari McD. Selalunya staff McD ni bagi. Tapi kenapa hari tu diorang tak bagi. dan yang berbangsa Cina ni terus ambil air dekat counter (mungkin customer punya). Sorang manager McD terus menjerit dan pergi ke arah yang berbangsa cina tu:

"Sini kau" lalu merampas air ditangan yang berbangsa cina tu. Aku yang betul2 berada di depan diorang terkejut dan tak sangka manager tu akan buat macam tu depan customer lain.

Tapi prasangka aku salah. Rupanya manager tadi tukar dengan air dalam cup yang agak kecil. Dalam hati aku, "Baik jugak manager ni"


YANG BERBANGSA INDIA

ni yang berbangsa India tu...

Manakala yang berbagsa India tu mulut dia tak bising sangat. Jalan slow, agak terhuyung hayang. Kurus jugak. Baju macam tak pernah bertukar rasanya dan ada koyak2. Gaya ada sedikit kurang normal.

Pernah satu hari tu, ada salah seorang staff McD ni kacau yang berbangsa India tu. Dengan sepantas kilat yang berbangsa india tu pergi ke arah staff McD tu dan cakap:

"Saya tak gilalah?" sambil menunjukkan jari di kepala beberapa kali.

Staff tersebut terkejut dan takut. Muka dia pon ada sedikit bengang sebab aku tengok dia dari restoran. Jarak restoran tempat aku kerja dengan restoran francais tu hanya beberapa langkah sahaja. Lepas peristiwa tu memang dia tak berani nak kacau.

Yang berbangsa India ni selalu buat amal. Kadang-kadang dia akan tolong pekerja jusco bawak trolley. 

ni lah kerja amal yang berbangsa India tu selalu buat
Berdasarkan apa yang aku tengok, mereka berdua ni berkawan. Tapi rasanya yang Cina tu lebih mendominasi yang India tu. Kira macam ketualah...

Jadi, korang rasa diorang ni normal atau tidak?



* jangan menilai orang dari segi luaran sahaja.
* kalau pon mereka gila. biarkanlah mereka bebas. janganlah mengganggu ketenteraman diorang. mereka ada hak untuk hidup.
* kenapa aku asyik ambil view dari McD je? sebab budak McD ni suka kacau diorang dan aku yang jadi door person ni memerhati saja dari restoran.
* gambar yang berbangsa cina tu tak sempat nak save sebab dah hilang bersama2 xperia aku. :-(

10 comments:

Areyue Luvinnov said...

menarik..:)

PATRAQUE said...

bagus! :D menghormati hak kehidupan orang lain....! kita manusia merdeka... tiada siapa perlu takluk khidupan kita.. .:D hurm... xperia hilang...? be strong!

khairul rahman said...

Areyue Luvinnov : terima kasih sudi baca...

PATRAQUE : yeah! merdeka3..ye xperia aku hilanggggg...

ipah ipin said...

hahahaha. xsangke glamor jugak 2org tuh keh3.
btw anwar : klaka giler aq bace ;DD *nice entry*

khairul rahman said...

ipah ipin : yeke? terima kasih sangat2.. hehe

ainaa.syafiqah27 said...

kesian kt diorang kan..

khairul rahman said...

ainaa.syafiqah27 : aah..kesian sangat2..da nasib diorang mcm ni kan...

muhd taufiq said...

tu due2 kwn lame aku tu,krim salam kat diorng!! haha

aeisyah hanum said...

patutlah hari itu kau kata "biarkan dia aje" bila aku wat pandang kesian kat yang berbangsa India..heheheh

khairul rahman said...

muhd taufiq : owh patotlah mesre semacam je kau dengan diorang tu...ekeke

aeisyah hanum : bukan xbagi kesian..cume biarlah dia dgn dunia dia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...