TAB

Monday, August 1, 2011

PUASA datang lagi!

PUASA PERTAMA SEBAGAI SEORANG PEKERJA

ALHAMDULILLAH...
Selesai sudah puasa untuk hari pertama di bulan Ramadan tahun ini. Restoran hari ini tak busy sangat sebab puasa agaknya. Rata-rata yang datang orang Cina. Sebelum ni ada juga fikir macam manalah puasa time keje ni. penat ke tak? buka puasa macam mana pulak?

Tapi syukur. Segalanya dipermudahkan. Buka tadi aku makan Nasi Ambang! Aku sempat beli dekat bazaar ramadan time rehat tadi. Boleh tahan rasa dia! lepas tu kitorang semua dihidangkan dengan jus tembikai segar yang disponsor oleh Miss Maria dan dibuat oleh Zahid. Pon sedap! (Kalau aku memang semua sedap. lagilah kalau free..hahaha). Kitorang buka puasa gilir2. Customer yang buka puasa pon tak ada lah ramai sangat. Masih dalam keadaan terkawal. Cuma hari ni aku tak buat air time nak buka walaupon hari ni aku ditugaskan dipantry. Aku nak tengok cara diorang yang senior ni serve time buka macam mana. Then, bolelah aku belajar.

Sedap nasi ambang ni!


Cuma yang sedihnya ramadan tahun ni mungkin agak susah aku nak berjemaah solat teraih di masjid. Balik pon malam. Kalau pergi masjid mesti dah solat witir tak pon dah doa pon. Tapi walau apa pon aku akan cuba buat solat terawih tu sendiri. INSYALLAH.

TERINGAT PUASA SEMESTER 1

Bila Din post dekat group A5-4 (group rumah asrama semester 1), aku teringat puasa masa tu. Time sahur, Din lah yang menjadi jam kitorang. Kejut kitorang yang memang liat nak bangun ni. lagi2 Paie! Hahaha... Hampir setiap hari kitorang akan turun hostel makan dekat kedai kak mok. Pernah satu hari tu semua tak bawak kunci. disebabkan keberanian paie, die panjat grill dari rumah sebelah dan masuk dekat beranda rumah kitorang. Nasib baiklah pintu beranda tak kunci! kalau agak2 malas nak turun, makan maggi pon jadilah. Kalau tak bangun sahur jangan cakap lah. mesti ada!

Buka puasa pulak selalunya dekat rumah. Beli lauk dekat kedai luar. Kalau rajin pergi bazar. macam2 jugak aku dah try dekar bazaar ramadan taman cempaka tu. Memang best time tu.

MENGIMBAU KENANGAN PERTAMA PUASA

Aku sebenarnya tak ingat pon bila start puasa penuh. tapi aku mula start puasa masa tadika. Masa tu memang semangat. Konon nak puasa penuh. Alih2 balik je dari tadika "Nyai, haus!" (* nyai = nenek dalam bahasa jawa) hahaha...terus buka puasa. Tak apalah kan. kecik lagi time tu kan. Masih belum jatuh hukum wajib pon. Hehehe...

Jadi dikesempatan ini saya dan seluruh warga waterstonemix.blogspot.com (macam ramai kan nak warga2) ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
SEMOGA AMAL IBADAH PUASA KITA DITERIMA
DAN
DAPAT MEMPERBAIKI DIRI MENJADI INSAN
YANG LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA




* dia pon makan nasi ambanglah! haha
* harap2 aku dapat tahan kerja time puasa ni. sabar2. sebulan jek pon...

5 comments:

aeisyah hanum said...

dia tu sape?acecececehhh...

cx's said...

:) terkenang dan mengenang. :) btw, jom join segment UiTM kat sini . segmen cx's :geng UiTM by campus

khairul rahman said...

aeisyah hanum : awaklah..! buat2 tanya pulak..hehehe

cx's : segmen ape tu?

szazaniza said...

ko sebut pasal nyai jek meleleh air mata ni...rindunya pd dia...semoga rohnya bersama org2 yg solehah...

khairul rahman said...

szazaniza : nua pon xkan lupa nyai! semoga die ditempatkan dengan orang beriman, bebas dari seksaan kubur dan api neraka...amin3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...