TAB

Friday, July 15, 2011

aku dan kentang

Untuk entry kali ni aku nak bongkarkan satu rahsia. Rahsia yang selalu aku buat bila keseorangan dirumah, bosan dan perut pulak lapar.

Mak aku bukan tak masak tapi aku ni memang pelahap! haha... Lepas makan nasi dua tiga jam lepas tu mesti lapar balik. Jadi aku akan pergi ke dapur untuk mencari makanan ringan. Benda yang selalunya menjadi mangsa aku adalah - KENTANG! memang favourite aku. Macam-macam menu barasaskan kentang aku dah cuba. Dari goreng ke bakar hinggalah ke rebus. Tapi resepi tu aku tak rujuk mana-mana buku atau internet pon. Aku pakai resepi aku sendiri atau dengan kata lain; main bedal je! janji aku sorang je yang makan.

Hari ni aku cuba satu resepi yang agak pelik. Aku namakan resepi aku kali ni sebagai:

"Kentang Merah"

Ilham ni datang semasa aku buat desert dekat tempat kerja aku. Aku sangat tertarik dengan chestnut (macam salah eja jek) atau dalam bahasa melayunya sengkuang. Sengkuang tu berwarna merah. Jadi aku cuba bermenerapkan resepi sengkuang tu kepada kentang. tapi dalam versi goreng! haha..macam kelakar pon ada! Tapi boleh tahan lah rasa die.

Jadi ini dalah resepi yang aku nak kongsi dengan korang untuk menu kentang pada hari ni.

Resepi:

- Sediakan tepung ubi kayu dengan campuran sedikit pewarna. Suka hati koranglah nak warna apa. Aku pilih warna merah

- Kemudian gaulkan dengan kentang yang telah dipotong. Ikut suka nak potong macam mana. Masa nak gaul tu better pakai sudu supaya warna tu tak melekat pada tangan

- campur sedikit air atau ais kedalam gaulan tadi supaya warna timbul

- Tabur sedikit garam.

- Lepas tu goreng. Cabaran menu ni adalah semasa menggoreng. disebabkan aku guna tepung ubi jadi dia sedikit melekat. jadi masa tengah goreng tu rajin2kanlah jari-jemari anda memisahkan kentang2 tersebut supaya tidak melekat antara satu sama lain

- Dah siap!

Senangkan? terpulanglah nak cuba ke tak. Kalau ada berani cubalah. Kalau takut tak payah nak jadi berani nak cuba2. Inilah rupa kentang tu bila siap digoreng.

Nampak sedap tak? siap ada hiasan lagi kat tengah tu..hehe

Tak semua resepi kentang aku menjadi. Ada satu hari tu disebabkan kesengalan aku sendiri habis kentang mak aku, aku bazirkan.hahaha...

kentang yang cair bersama-sama bekas plastik

Nak tahu macam mana boleh jadi macam ni?

Ni semua sebab kecetekkan ilmu aku dalam memahami simbol2 yang tertera pada bekas2 makanan. Aku tengok belakang bekas tu ada satu simbol seperti oven. Jadi aku pon fikir yang bekas tu bolehlah dimasukkan sekali ke dalam oven. Bila dua tiga minit aku tengok...habis bekas tu cair dalam oven mak aku! hahaha...

oven yang telah menjadi mangsa kejadian

Rupa-rupanya simbol tu hanya untuk microwave sahaja. OK baru paham!

Sekian untuk kali ini.




* untuk maklumat lanjut berkenaan resepi diatas atau resepi2 lain sila tinggalkan mesej dibawah. hahaha...
* bila agaknya cerpen kedua aku ni nak siap? huhu...

8 comments:

LeLy shuhada shaari said...

nua kuat makan ! makan je oven kompem tak lapa lagi!

khairul rahman said...

Lely : ermm..satu cadangan yg bernas..akan dipertimbangkan ... Terima kasih

Siti Mariam Mohd Yusof said...

Nuar after this blh la bg kak Mar rase kan3...resepi br Nuar tu...hehhee

_FiQa AiN_ said...

peh gile kentang la nuar...leh bukak kedai ni..

khairul rahman said...

Kak mar : nak rase..bole2 3 singgit..

Fiqa : mmg dlm perancngn..nak kalahkan joni! Haha

ayie said...

perghh nampak cam best je..nnt nak buat la...

igtkan kentang tu basi tak elok..ghupenyee..haha

khairul rahman said...

Ayie : cuba jgn xcube..klo masuk hospital xtanggung..hehe

aeisyah hanum said...

nuar budak kentang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...