TAB

Sunday, March 18, 2012

Bercinta Di Alam Kampus


Assalamualaikum dan Salam 1 Kehidupan...

Sekarang ini aku sedang menyiapkan bahan untuk satu majlis penting Jumaat ini. Majlis apa? Tak nak lah cerita sekarang. Nanti tak suprise pulak. Insyallah aku akan kongsikan dalam blog ini nanti.

Sedang mencari idea dan menjana otak yang sudah agak lama berkarat ni, sambil tu aku bukalah Facebook. Dan aku ternampak Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar post sesuatu yang agak menarik untuk di kongsi bersama.


Beliau memberikan 3 tips untuk mencari bakal suami:
  1. Carilah pemuda yang bangun sembahyang subuh (nasib baik solat subuh pagi ni)
  2. Cari yang sayangkan ibunya (eh, itu sudah pasti)
  3. Tidak akan meminta wang (Alamak, minta duit tak pernah, tapi minta belanja selalu. macam mana ni?
Jadi kepada kaum hawa semua, anda  boleh menghubungi saya sekiranya berminat. HAHA

Sebenarnya aku lebih tertarik dengan topik dalam ayat pertama beliau.

"...Semasa dalam universiti, selain daripada belajar, ada juga yang ambil peluang untuk cari bakal jodoh..."

Mesti ramai yang setuju. Sebab kebanyakan daripada kawan-kawan aku di universiti ini memilih untuk mempunyai pasangan semasa menuntut di universiti. Cuma kekal atau tidak itu lain ceritalah. Pada aku bila seseorang mahasiswa/wi bercinta di alam kampus, dia akan memilih pasangannya untuk satu jangka masa yang panjang, mungkin sampai ke alam perkahwinan.

Sebelum aku masuk ke universiti ada dua orang cikgu yang memberikan nasihat yang berlainan.
Cikgu 1 : "Anwar, dah masuk U nanti jangan asyik sibuk bercinta sahaja"
Cikgu 2 : " Anwar, dekat U nanti carilah seseorang. Bila dah kerja nanti awak tak akan ada masa untuk cari lagi"
Korang rasa nasihat cikgu mana perlu aku ikut?
Lepas dah masuk Universiti dan sekarang sudah pun di semester ke-4. Aku masih SINGLE lagi! Bukan tak mencari tapi aku ni segan. HAHA
Semalam kawan aku, syakir cakap,
"Kau perasan tak budak rumah lain keluar dengan awek, budak rumah kita?"
SENTAP kejap. Aku ni tak laku ke?

Pada aku sendiri. Jodoh itu ketentuan Allah. Aku berserah kepada takdir dan suratan yang ditentukan. Jika sudah tertulis jodoh aku itu semasa belajar, aku terima dengan hati terbuka. Jika tidak, erm... (takut jugak kalau tak ada jodoh ni!) Entahlah. Aku tak nak bebankan fikiran dengan soal cinta ini. Yang penting, dapatkan segulung ijazah dulu.



WSM:
- berkawan biar beribu, bercinta selagi mampu, berkahwin hanya satu -

6 comments:

azri said...

aku peernah gak dapat nasihat cam cikgu 2 tu, hihi. jgn bercinta kat skola, kat u nanti berlambak awek. pilih je. kate die la.haha

Captain Naz said...

Hrm...agree with Dato VC view...Berkahwin sblm habis belajar nie tak brape elok la...ape2 pun habeskan belajar, cari kerja, kukuhkan kewangan...Kalau dh jodoh tue, tak ke mana pergi nya... =)

ayie said...

setiap kali kawan aku dah bersalin..aku akan kata..haa ini calon menantu mak nak tengok calon isterinya..hehe

diya said...

bergantung pd pandangan sendiri la nak cari psgn masa kat U ni ke, atau dah kerja nanti. kalau ada, ada...jodoh dah Allah tentukan, cepat lambat je. segan tu lain cerita. haha

Anonymous said...

aku yang dah bekerja ni, takkan sempat carilah eh? T.T *HAHAHHAHA*

nur syafiqa azman said...

soal jodoh terpulang pd masing2....
sbnrnya yg ayat suh cari dkt u tu pd sy lbh kpd pakwe atau awek....
tp lau nk cari calon suami atau isteri sbnrnya kt mane2 pown bole....
x semestinya kt u je....
terpulang pd niat hati kte sbnrnya....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...