TAB

Wednesday, December 29, 2010

kenapa fail semasa ujian memandu?

Sebenarnya dah lama jugak aku pikir nak post tentang ujian memandu ni. Semuanya bermula bila kakak aku fail ujian memandu (bahagian dalam).
Dan aku percaya ramai lagi yg dekat luar tu yg pernah fail masa nak ambil lesen. bukan sekali! mungkin berkali-kali fail !!
Jadi setelah uji kaji dijalankan ( haha..macam bagus jek ), akhirnya aku telah mengenalpasti 5 sebab kenapa orang selalu fail semasa ujian memandu dengan JPJ :

  1. TERLALU YAKIN. Mungkin sebelum amik lesen ni korang dah tahu memandu kereta lori bas dan sebagainya. So nak belagak lah! Selagi korang tak dapat lesen memandu korang tetap dikira tak pas lagi nak bawak kereta!
  2. GEMENTAR YANG AMAT DAHSYAT. Rilek sudah. Bukan nak nikah pon or bukan nak amik periksa masa spm dulu. Sebelum nak masuk kereta tu elok baca bismillah or apa2 doa yang patot. Tapi janganlah kuat sangat, Takot pegawai jpj tu ingat kita nak manderem dia pulak!
  3. MELAWAN ATAU BERKASAR DENGAN PEGAWAI JPJ. Lebih baik kita diam sahaja. Macam aku dulu. Bukan sombong cuma nak fokus dekat jalan je. Kalau pegawai jpj tu tanya apa2 jawab dengan ringkas dan selamat (haha .. macam bagus - lagi sekali)
  4. PERAMAH. Atau senang cerita mulut murai - tak reti diam. Kalau boleh nak cerita dari A ke Z tentang diri korang. Tak payah bazirkan air liur tu. Pegawai jpj tu bukan nak dengar korang bercerita.
  5. TAK BERSEDIA. Kalau korang rasa tak bersedia lagi nak berhadapan dengan jpj, mungkin boleh praktikkan apa yg  aku buat dulu. Aku ambil masa tambahan 2jam sehari sebelum aku buat JPJ. alhamdulilah berkesan.
Alang2 dah bercerita tentang lesen memandu ni, aku teringat akan perkara2 yg aku tak dapat lupakan semasa aku ambil lesen memandu dulu :
  • bonet belakang terbukak. mase nie kereta tu nak mendaki bukit. mungkin nervous sangat kot. nak tarik handbreak tertarik bonet! haha ... tergelak aku tengok tapi aku control lah sebab masa tu belum giliran aku lagi . so tak nak lah belagak sangat. hehe...
  • kereta terkebelakang. sikit lagi nak langgar kereta kat belakang yg juga baru nak amik lesen (aku dapat bayangkan perasaan budak perempuan yg kat belakang tu .. (sure gelabah gila!) entah macam mana kereta makcik tu tergostan! mungkin tak tarik handbrake kot.
  • ada sorang mamat cina ni die tak lepas lalu kat titi masa ujian motorsikal. lepas tu sebab dah tahu dia fail, dia teros bla cam tu jek. Paling tak boleh bla motor yg dia naik tu ada logo P ! aik? belom lulus dah ada p??
  • tak bawa buku undang2 masa amik ujian undang2. klakar betol kalau ingat. aku masa tu keje. so mmg xsempatlah nak habiskan buku tu. lagipon memang malas pon. haha... aku ingat tak boleh bawa buku masa ujian tu dan aku tak tahu pulak boleh baca buku lagi masa tunggu giliran. menyesal betol masa tu. disebabkan aku tahu aku tak berapa prepare, aku pinjam buku orang sebelah dengan tanpa segan silunya (malu gak sebebarnya). fuh! aku lulus cukup2 makan. aku berjalan dengan bangga dan belagaknya bila dah lulus sambil ketawa kecil melihat calon2 yg asyik membaca buku tadi gagal ! haha... (belagak gila kan)
  • masa latihan memandu nie juga aku terserempak kali terakhir dengan arwah member aku a-an atau nama penuh arif farhan.. (sedey ...)
sekian ~

5 comments:

elle said...

hahaha !
FRUSTED gilee bile failed ujian komputer niee.
:(

NUARAHMAN said...

elle : xpe2..try better dlm next jpj ye?

lelyshuhada said...

aku test kete dapat 20/20. aku terkejot gile..padahal aku da buat salah kat line kuning. JPJ lelaki, senang je nak adjust kan :)

NUARAHMAN said...

LeLy shuhada shaari : teror nye...aku dapat cukup makan jek...janji lulus sudah..haha

Anonymous said...

nak tye..kalo kite da dftr utk jpj kan..then nak amek mase tmbhn y 2jam tu sblm boleh x?kena qti jgk ke after abes belajar?or xyh qti pun?

phm x?hihi..terima kasih..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...