TAB

Wednesday, February 2, 2011

pertama kali di UPM

Selama 3hari 2 malam aku bartapa di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menghadirkan diri ke KURSUS PENTADBIRAN IPT PSSCM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 2011. Kursus tersebut diadakan pada tarikh 28-30 Januari 2011. Seramai 222 peserta dari 42 IPT telah sama-sama menyertai kursus ini. UiTM KBM hantar 12 peserta (paling ramai!)





Ini adalah kali pertama aku join program anjuran pihak luar (PSSCM UPM) selepas dua sem di alam kampus ni. Terima kasih silat cekak. Mula-mula macam malas nak ikut sebab 'time' die tu masa cuti dan kena bayar RM100! So agak keberatanlah jugak. Tapi bila difikirkan "pengalaman tak boleh dibeli dimana-mana" dan juga tanggungjawab aku sebagai ajk tertinggi dalam persatuan (setiausaha jek), aku bertekad untuk ikut sama. Tambah happy bila UiTM KBM sponsor yuran RM100 tu! TQ UiTM!

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sebenarnya telah banyak mengajar aku menjadi mahasiswa yg lebih baik. PSSCM bukan sahaja mengajar aku bersilat tetapi juga mengajar aku untuk berpersatuan.

Berbalik kpd kursus, dalam kursus tu aku diberi penerangan tentang silat cekak, asal usul silat cekak dan yg paling bagus - cara-cara bagaimana untuk menganjurkan sesuatu majlis. Walaupon aku tak faham sangat sebenarnya ( haha) tapi nampak lah juga flow dan bayang tu sikit.

waris panglima
Itulah nama kumpulan aku. jujur aku cakap aku lupa nama diorang. Yang aku ingat jo n zima kecik ( haha). semua kumpulan diwajibkan utk ada trade mark masing2, lagu, logo dan moto. trade mark kitorang diambil dari kartun dragon ball!! Dalam LDK2 kitorang dapat tajuk 'pertandingan montaj peringkat IPT.' nasib baiklah ada YDP dari USM. so dialah yang mengajar kitorang macam mana nak buat sesuatu majlis tu.

Hari terakhir program tu hujan. Jadi kitorang balik dalam hujan. Yang aku bangga UiTM KBM je yang balik naik bas. Budak2 dari IPT lain naik van or kereta sendiri (haha). Bila masuk dalam bas, apalagi? TIDO!
ZZZzzZZZZzzz

*peserta dilarang ambil gambar semasa aktiviti dan tidak dbenarkan letak dilaman sesawang. jadi ini sahajalah gambar yg aku dapat kongsikan.
* tak salah kalau nak aktif berpersatuan, yang penting pandai bahagikan masa antara persatuan dan pelajaran.




BALIK RAYA CINA


Disebabkan kemalasan melanda diri, aku gabungkan 2 perkara dalam 1 post! (haha).

Aku balik kampung tak naik motor sebab kawan aku dah balik awal. Jadi aku terpaksa balik lambat sikit iaitu hari isnin (31/1/11). Seperti biasa aku naik bas KKKL. Dua tiga hari ni hujan. Beberapa buah negeri di pantai barat semenanjung dilanda banjir termasuklah Johor. So kat sini aku nak kongsi gambar yg sempat aku tangkap di sebelah kanan jalan Highway PLUS. (tiba2 terbangun terus tangkap gambar! haha)




*SELAMAT TAHUN BARU CINA !

3 comments:

Mohd Areef said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Areef said...

eh..nama kumpulan sendiri pn lupe ke?haha

NUARAHMAN said...

arif . haha..aku ni pelupa orangnyer..muke igt name jek slalu lupe..ok2 aku akan semat name ko dlm memori ingatan aku! lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...