TAB

Wednesday, January 4, 2012

Post Review 2011

Tahun2011, masih menyimpan pelbagai kenangan dan pengalaman.
Walau macam manis mana pon 2011, 2012 tetap akan menyusul.

Hari ni aku nak buat post istimewa. Post kali ni akan mengimbas kembali post2 aku pada tahun 2011.


1. Post Pertama 2011 bertarikh 5 Januari.
Post tersebut menceritakan pengalaman kali pertama aku menunggang motor ke Melaka.

2. Post Paling Popular 2011 bertarikh 26 Oktober.
Dalam post tersebut aku paparkan gambar jalan yang aku pernah sesat dekat Melaka ni.


3. Post Tak Popular 2011 bertarikh 4 Februari.
Ini adalah percubaan pertama aku letak lirik dalam blog. Disebabkan kurang sambutan aku tak berapa minat nak letak lirik sangat. Tapi tak bermakna aku tak akan letak lagi. Hanya 7 view sahaja untuk post ini.

4. Bulan Tanpa Post 2011, jatuh kepada bulan April dan Jun!
Tak ada satu post pon yang di buat untuk bulan ni. Entah, mungkin masa tu mood malas melanda diri ditambah pula dengan assignment yang banyak.



5. Post Paling Banyak Dikomen 2011 bertarikh 25 Mei. 
Mendapat 19 komen. Pada aku 19 tu dah kira banyaklah sebab blog aku ni bukanlah popular macam blog orang lain. Post ni masih berada dikedudukan TOP 10 untuk antara post pada tahun 2011.



6. Wordless Wednesday Pertama 2011 bertarikh 7 September
Sebelum ni sumpah tak tahu, apa kejadahnya wordless wednesday ini. Lepas aku google baru faham. Dan mula menyahut wordless wednesday. Sekarang menjadi post kegermaran aku sebab hanya perlu letak gambar sahaja. Ringkas tapi punya makna tersirat.



7. Karya Pertama 2011 bertarikh 16 May.

Disebabkan sambutan yang agak baik, aku menyambung untuk siri kedua:
Lepas cerpen yang aku anggap berjaya di blog sendiri, memang aku ada pasang impian nak buat lagi cerita. Tapi entah, mood untuk menulis dalam skala yang agak panjang dan berjela-jela belum sampai lagi.
INSYAALLAH akan datang~


8. Video Pertama YouTube 2011 bertarikh 30 Oktober.
Aku Sebagai Penari Amatur
Video tarian tu adalah sempena dinner Jusco Bukit Indah.


9. Post Bahasa Inggeris Pertama 2011 bertarikh 9 Ogos.
Rebecca Black Phenomenon!
Menjadi post english pertama dan terakhir untuk tahun 2011. hahaha... Hasrat aku kononnya nak tarikh readers dari luar negara, tapi....English aku ni TEROK. Tak apa lah, mungkin aku akan cuba dimasa akan datang.

Dan anugerah terakhir untuk 2011 ialah......

10. Post Paling Susah Nak Tulis 2011 bertarikh 6 Februari.
Pergolakan Di Mesir Prihatikankah Kita?
Kenapa aku cakap susah? Sebab aku terpaksa rujuk banyak sumber untuk tulis satu post yang aku boleh anggap cukup info untuk memberitahu pembaca apa yang berlaku di Mesir pada ketika itu.



WSM:
- semoga aku akan kekal menulis dalam blog ini untuk tahun 2012 -

10_WORDLESS WEDNESDAY : Cinta Tiga Segi



WSM:
- salah seorang perlu mengalah -

Tuesday, January 3, 2012

Amalina - Melayu Mudah Lupa?

Tanggal 2005,
kita dikejutkan dengan keputusan anak jati Melayu dengan keputusan 17A1 dalam SPM. Siapa? Nur Amalina Che Bakri. Kecoh satu Malaysia. Aku bangga sebab dia dari Johor. Lepas tu bermacam-macam ceramah menjemput Amalina ni sebagai penceramah.


Tak lama lepas itu,
kita mendapat berita dia melanjutkan pelajaran di luar negara dengan tajaan Bank Negara di University Of Edinburgh, UK dalam bidang perubatan.

Lagi sekali aku bangga dengan Amalina.

Beberapa tahun lepas, (sekitar 2009 kalau tak silap)
heboh pulak cerita yang mengatakan Amalina ni gagal dalam pelajaran dan telah pulang secara senyap ke Johor. Tak silap aku dulu pernah keluar berita menafikan berita tersebut adalah palsu. Sampai sekarang masih tak dapat kesahihannya. Tapi aku tak berapa percaya sangat cerita tu. Sebab tak mungkin student fail boleh ambil dua degree sekaligus.

Aku tak pernah menuduh Amalina, hanya mengingatkan kembali khabar angin yang pernah disebarkan.


Baru-baru ni,
timbul lagi cerita tentang Amalina. Kali ni bukan pasal pelajaran. Tapi pasal kegiatan sosial dia yang dikatakan semakin liar.

Benarkah itu adalah Amalina, penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan yang pernah kita banggakan dulu? Allah maha mengetahui.  

Aku mengharap sangat yang ini bukan dia. Kalau benarlah ini Amalina, aku tak kesah dia nak buka tudung  hatta mewarnakan rambut sekali pon. Tapi janganlah buat sesuatu yang memalukan bangsa, agama dan negara.

Sedangkan  pelajar yang belajar dalam negara boleh menjadi terlalu sosial, inikan pula yang belajar jauh di seberang laut sana.

Sekali lagi aku nak TEGASKAN di sini bahawa aku tak tuduh Amalina jauh sekali mencaci insan yang pernah menjadi idola aku satu masa dahulu.

Beberapa jam lepas aku sempat singgah ke akaun facebook Amalina ni. Tapi sekarang bila aku nak buka link tu, dah tak dapat lagi di akses. Mungkin akaun tu telah di padam.

Aku sempat print screen facebook dia.




WSM:
- pesanan aku kepada Amalina, "Jika berita yang disebarkan itu adalah satu fitnah, silalah tampilkan diri anda dan buatlah sesuatu untuk mengatakan itu bukan anda". Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Amalina -
- terpaksa mengedit kembali ayat-ayat aku sebab ramai yg salah sangka terhadap aku sebab tak baca apa yg aku tulis ni sampai habis -
- update terbaru : Amalina ada post video di Youtube. Tapi aku bukanlah mahu mengiakan yg individu dalam video itu adalah dia -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...