TAB

Showing posts with label Kampung Melayu Lima Kedai. Show all posts
Showing posts with label Kampung Melayu Lima Kedai. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Kenapa Malang Tak Berbau

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Dalam perjalanan balik lalu lebuhraya, aku jumpa beberapa bangkai binatang yang mati digilis kenderaan. Sadis sungguh aku tengok bangkai biawak tu. Perut terburai, mata terbeliak, darah melimpah, kaki dan tangan tercabut ! (ok macam dah lebih je ni) 

Cuba tengok beberapa gambar binatang yang mati di jalan dibawah.


Abaikan imej yang terakhir. Entah siapa punya kerja buat macam tu.

Binatang ni mati mungkin sebab tak tengok kiri kanan masa nak melintas, tak tengok kiri kanan sebab tak pernah belajar peraturan melintas jalan, tak belajar peraturan jalan sebab tak sekolah, tak sekolah sebab mereka binatang. Jadi takkan nak salahkan mereka?

Kenapa tak salahkan manusia? Manusia punya otak untuk berfikir. Jadi kenapa manusia ni langgar juga? Mungkin sebab binatang ni melintas secara mengejut dan menyebabkan manusia tak sempat untuk menghentikan kenderaan mereka. Jadi persoalan disini, tak akan nak salah kan binatang lagi?

Manusia langgar manusia, dicipta satu hukum yang dipanggil undang-undang jalan raya. Kenapa manusia langgar binatang tidak diwujudkan satu hukum yang menghukum manusia itu sendiri. Disini timbulnya ketidakadilan duniawi. Tak akan lah nak tunggu binatang itu bersuara agar nasib kaum-kaum mereka terbela?

Apa agaknya hukum mengafankan binatang?

Tak payah cari jauh, aku sendiri pernah ada pengalaman melanggar binatang kesayangan nabi, kucing. Ketika itu aku menunggang dalam keadaan laju, tiba-tiba muncul kucing melintas. Tanpa berkata apa-apa aku terlanggar kucing tadi. Bergelimpangan kucing tersebut ke dalam semak. Sampai sekarang aku tak tahu apa nasib kucing itu. "Kucing, maafkan aku"

Seperti tajuk yang aku pilih pada kali ini - malang tidak berbau. Sesuai ditujukan kepada manusia mahupun binatang diluar sana. Kalau malang itu berbau, pasti tiada kecelakaan seperti ini.

Kepada manusia - berhati-hati ketika berada dijalan raya. Nyawa binatang mungkin terbunuh jiwa kita semua tak berhati-hati.

WSM:
- Binatang menjadi bangkai mungkin tiada orang kisah. Tapi jangan manusia pula yang menjadi bangkai -


Friday, April 27, 2012

Jumaat Yang Mulia

Salam Jumaat...

Duduk Johor selama 7 hari buat aku macam asing dalam negeri sendiri. Rasa nak jalan ke mana-mana sangat pudar walaupun dalam negeri kelahiran sendiri. Jadi, duduk rumah saja lah jawabnya.

Hari ni (Jumaat) dah terpaksa balik semula ke Melaka sebab Sabtu ada program. Ingatkan nak gerak tengahari sebab nanti Jumaat boleh Jamak je. (Haha. nampak tak kemalasan aku). Tapi aku buat keputusan gerak dari rumah dalam pukul 8 Pagi. Seperti biasa aku akan gerak bersama-sama dengan Imam.

Perjalanan di Highway Plus tiada apa yang menyeronokkan. Cuma kali ni banyak kerja-kerja pembaikan jalan diadakan. Terutama selepas R&R Pagoh, ada satu kerja baik pulih yang agak besar dibuat. 

Tepat jam 11 lebih pagi, aku sampai Melaka dari Johor. Bila sampai rumah, aku sangat-sangat terkejut bila Kamil balik cepat. Tapi ketuk-ketuk pintu bilik tak bangun-bangun.

Seperti biasa bagi kaum lelaki yang beragama Islam pasti akan ke Solat Jumat setiap hari jumaat. Begitu juga kami. Rasa tak lengkap pula bila Tam tak ada. Sampai di Masjid... Eh kenapa semua orang dah berdiri ni? Alamak. Alangkah kelam kabutnya bila nampak orang dah solat! Lepas habis salam, kami berpadangan dan tersenyum. (rasanya niat untuk buat jamak tadi macam dimakbulkan saje. HEHE)

Selesai solat, kami terus berniat mahu mengisi perut. Seperti yang dirancang, kami mencari kedai Nasi Beriani Haji Tamby di Padang Temu Melaka. Senang saja nak cari kedai ni (senang ke? ERK) Depan kedai terpampang nama kedai "Nasi Beriani Haji Tamby" dengan berlatar belakang warna hijau.

Istimewanya hari ini, harganya MURAH! (suka sangat benda-benda yang murah dan sedap ni). Harga untuk Nasi Beriani sebarang lauk hanya RM5. Siap ada percuma air sirap lagi... Rasa hari Jumaat semakin lagi diberkati bila ada orang belanja. (TQ Kamil!)

Macam ni lah lebih kurang Nasi Berianinya: 


WSM:
- rasa sangat ngantuk semasa menunggang motor tadi -

Tuesday, December 27, 2011

Kampung Botak dan Gondol

Seperti biasa, sebelum exam final sebelum2 ni, aku sempat meluangkan masa untuk balik kampung. Sebuah kampung yang diberi nama

" Kampung Melayu Lima Kedai"

Turun saje dari bas dan menjejakkan kaki ke bumi Lima Kedai...GILA terkejot aku. Ayat pertama yang terkeluar dari mulut aku
"What happen to my kampung?" (macam student oversea pulak nak speaking2 ni kan)

Menurut kakak aku:
Kerja menebang pokok2 kelapa sawit dah pon bermula sejak awal bulan ni dan satu hari nanti akan didirikan Taman Mutiara Rini disekitar kampung aku.

Sebenarnya aku dah lama dengar cerita pasal projek perumahan tu. Maknanya satu hari nanti kampung aku akan dikelilingi kawasan perumahan. Lepas ni dah takde nikmatlah duduk dekat kampung. Mesti bising. Sedangkan sekarang pon dah bising. Dengan budak2 rempit, bunyi kereta, lori dan segala macam bunyi!
Mungkin juga satu hari nanti kampung aku akan jadi macam kampung baru dekat KL tu...OWH TIDAK!

Mari kita ratapi kemusnahan pokok2 disekitar kampung aku... :-(







WSM:
- hargailah khazanah alam ciptaan tuhan -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...