TAB

Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Salam Ramadhan 2013

Salam 1Kehidupan...

Rasa sedih bila statistik blog semakin lama semakin merudum sejak dua tiga bulan lepas. Nak buat macam mana sebelum ni terlalu sibuk dengan thesis dan sekarang pula terlalu sibuk membuat taik mata. HAHA...

Ada masa aku cerita apa yang berlaku sejak beberapa bulan lepas. Itu pun kalau ada yang nak bacalah. (Kah3x)

Walaupun sudah hampir separuh ramadhan berlalu, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa dan selamat meningkatkan segala ibadah pada bulan yang mulia ini. Semoga ibadah tersebut dilakukan secara istiqamah untuk bulan-bulan mendatang.

Disebabkan lepas bersahur tadi timbul rasa sedikit rajin, aku buatkan banner khusus untuk yang terbaca entri kali ni. (Nah!)




Nuarahman : semoga sempat dipertemukan dengan Syawal nanti. Amin ~

Wednesday, November 14, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Wanita Bertudung Itu Cantik

Assalamualaikum dan Salam 1 Kehidupan...

Wanita yang berhijab akan nampak sangat cantik. Walaupun seseorang wanita itu tidak memakai tudung, keayuan wajahnya akan terserlah bila bertudung.

Sekarang ini ramai selebriti wanita yang telah berhijrah kepada penampilan bertudung. Sesungguhnya ia sesuatu yang sangat baik. Walaupun ada yang menganggap ia adalah sebagai trend atau pun fesyen, tapi sekurang-kurangnya mereka menutup aurat.

Seorang artis wanita yang aku nak sangat tengok beliau berhijab adalah, AMY MASTURA. Baru-baru ni aku sempat tengok cerita lakonannya - Kasanova Terdesak. Dalam cerita itu ada beberapa scene beliau memakai tudung. Bila melihat wajah Amy bertudung...PERGH cair~ Nasib baiklah dia tu mak orang.. HAHA. Jadi untuk semua, aku sajikan korang 5 GAMBAR AMY MASTURA BERTUDUNG.






Itu dunia artis.
Kalau dunia orang biasa seperti kita ini, memang ramai yang bertudung. Tudung pula ada macam-macam jenis dan fesyen pemakaiannya. Ada yang labuh, pendek, berbelit-belit dan macam-macam lagi. Antara nama tudung yang aku tahu seperti pashmina, shawl, bawal dan bermacam jenis lagi.

Pada aku sendiri, aku lebih suka tengok wanita yang hanya mengenakan tudung bawal sahaja. Nampak lebih sopan, ringkas dan tak serabut mata memandang. Budak-budak perempuan sekarang suka sangat pkai tudung yang berbelit-belit. Ada yang nampak lawa. Tapi ada jugak yang nampak serabut di mata!

Cuba tengok wajah gadis bertudung bawal ini. Nampak cantik, kemas, manis, tak serabut dan dalam masa yang sama masih menutup aurat mengikut landasan agama Islam.


Aku cukup alergik tengok perempuan yang pakai tudung tapi berlengan pendek, seluar ketat, baju pendek atau tudung tu sekadar menutup kepala sahaja,

Tengok macam gambar di bawah ini. Seksa Mata!


Kepada wanita tidak bertudung, entri kali ini tidak sesekali ingin menghina atau merendahkan martabat anda.  Pahala dan dosa Allah yang tentukan. Cuma aku hanya mahu menyatakan pendapat bahawa, anda akan bertambah cantik bila bertudung.



WSM:
- paling terkejut bila tengok Diana Amir bertudung.
Tapi alhamdulilah, Allah bukakan pintu taubat untuknya -

Sunday, November 6, 2011

Peristiwa Penting ZulHijjah

SALAM AIDILADHA kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.


Hari ni aku nak kongsikan perkara-perkara penting yang berlaku pada bulan Zulhjjah ni.

Pengorbanan Nabi Ismail a.s. 
Nabi Ibrahim a.s. mematuhi perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s.

Bai'tul Aqabah 
Pada tahun ke-13 selepas perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah (Perjanjian Aqabah) yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib (Madinah).

Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal ) 
Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ‘ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

Saidina Umar r.a. meninggal dunia
Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi dan digantikan dengan Saidina Uthman. Perlantikan Uthaman bin ‘Affan sebagai khalifah ketiga dibuat  oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.

Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang keempat 
Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

SUMBER : JAIS




WSM:
- Kejap lagi nak bertolak balik kampung -
- Dulu kecik2 suka tengok orang sembelih lembu dan kambing -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...