TAB

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Heading To Somewhere

Salam 1Kehidupan...

Sudden plan.
Itu sahaja yang mampu aku nyatakan sekarang. Yang penting aku menuju ke suatu tempat di Malaysia. Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik. Terima kasih.



Nuarahman: sangat TERUJA !

Wednesday, April 10, 2013

#22 WW - Kesan Penggunaan Syampu Wanita Terhadap Rambut Lelaki

Salam 1Kehidupan...

Untuk Wordless Wednessday kali aku nak buat lain sikit. Selalu kita tengok gambar. Kali ini kita tonton video pula.




Nuarahman : Bahaya TAK? Hehehe...

Wednesday, April 3, 2013

Apa itu #BetterNation

Salam 1Kehidupan...

Pagi ni buka Youtube dan terjumpa satu banner yang menarik minat aku. Cuba lihat banner di bawah. Apa yang korang fikirkan?



Sekali pandang dah tahu ini satu lagi taktik kerajaan dalam menghadapi pilihan raya yang mungkin tak sampai lagi sebulan sahaja lagi.

Let's Create a #BetterNation

Itulah ayat yang digunakan untuk memancing pengundi. Mungkin kita selalu dengar ayat dalam bahasa Melayunya. Kali ini ia diubah sedikit supaya menjadi lebih "international" mungkin. Walaupun website ini tidak menyatakan secara terus "Marilah mengundi BN" tapi sesiapa yang sudah tahu berfikir dan faham akan politik tahu ini idea siapa.

Website yang dibina agak menarik dan ada beberapa bahagian untuk pembaca faham apa itu #BetterNation. Bahagian yang paling menarik sudah tentu pada barang percuma. Korang boleh isi info ringkas peribadi pada satu borang yang disediakan untuk mendapatkan "Goodie Bag" Percuma. Ya PERCUMA ! Mari dapatkan sekarang sementara stok masih ada. HAHA


Pengunjung website juga dibawa untuk mengimbau kembali sejarah penubuhan Malaysia. Kalau baca ayat pertama, korang akan lebih pasti ini sememangnya satu lagi idea kerajaan.


Nak tahu lebih lanjut boleh kunjungi website yang aku maksudkan : #BetterNation 



Nuarahman: Tak sabar nak mengundi buat kali pertama !

Tuesday, July 10, 2012

VLOG? Mungkin Tidak...

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...


Tahu tak apa itu vlog?

Nama panjang, Video Blogging dan bila pendek disebut Vlogging. Kalau Blog kita menulis, tapi Vlog ni kita bercakap. Atau dengan kata lain, bercakap sorang-sorang depan kamera macam tak betul yang selalu kita tengok dalam Youtube.

Tak faham lagi. Cuba tengok video bawah ni... 


Itu video Anwar Hadi. Salah seorang Vlogger hebat selain Mat Lutfi. Rasanya mungkin yang tak faham dah faham sekarang. Kalau tak faham juga tak tahulah..

Pernah beberapa sem lepas, kawan aku tanya 
"tak nak jadi macam Anwar Hadi ke?"

Masa tu aku tak kenal pon siapa mamat tu. Dan hati ni terus tertanya-tanya
"Apa lebih dia berbanding aku?"

Bila tengok cara Anwar Hadi bercakap, Oh. dia memang OHSEM! 

Anwar Hadi

Kalau nak bandingkan Mat Luthfi, Anwar Hadi dan aku... Memang jauh sangat. Aku tak rasa yang diri ni berbakat bercakap depan kamera. Kalau menyanyi mungkin boleh. HAHA..

Mat Luthfi

Jadi, kalau suruh aku buat Vlog sekarang ni, memang tak mampu lagi. Tunggulah 10 tahun lagi, masa tu mungkin.

Tapi tak semua vlog tu hebat. Pernah juga tengok video yang vlogger dia tak pandai cakap pon. Pakai webcam lagi. Sebenarnya tak kisah pon dia nak pakai webcam ke apa, tapi cara dia cakap tu aku rasa memang tak menarik langsung dan rasa nak TERGELAK.

Jadi kalau rasa diri tak ada bakat macam aku ni, rasa baik tak perlu nak memalukan diri. (Sorry kalau ada yg terasa)

Cuma apa yang aku nak persoalkan sekarang, kenapa vlogger malaysia yang hebat-hebat datang daripada penuntut di luar negara macam Mat Luthfi dan Anwar Hadi ni. Mana pergi Mahasiswa dalam negara? Tak kan tak ada bakat?


WSM:
- malu nak tunjukkan muka sendiri, dan kasi orang tengok -


Tuesday, May 8, 2012

"Aku ada degree, kau ada?"

Salam satu kehidupan...


Dalam dunia ini ada berbagai-bagai ragam dan perangai manusia. Setiap daripada manusia itu pula mempunyai latar pendidikan yang berbeza.

Walaupun kawan kita itu mempunyai pendidikan yang lebih rendah, tak perlu rasanya nak tunjukkan diri kita punyai kelayakan akademik yang lebih hebat.

"Aku ada degree, kau tu setakat SPM saje!"

Patut ke cakap macam tu dekat orang? Kalau aku jumpa orang macam tu aku balas:

"Atok aku ada Master, Atok kau ade?" Alamak. Tak baik pulak buat macam tu.


Kalau pun kawan kita setakat SPM tapi dia berusaha keras untuk berjaya, tak mustahil kalau budak-budak lepasan SPM ni mampu jadi manager, ada bisnes sendiri, kereta sendiri ataupun rumah sendiri. Pada umur 23 tahun, diorang sudah ada semua harta benda tu. Tapi kita yang berumur 23 tahun ni hanya mempunyai segulung kertas tertulis "Ijazah" dan hutang PTPTN.

Aku menjadi semakin takut bila baca berita daripada Berita Harian hari ini.

Berita Harian

Nampak tak angka 70,000 tu? Bukan seratus dua, tapi puluh ribu yang menganggur. Akan datang mungkin angka ini akan semakin bertambah.

Tipu tak pernah ponteng!
Aku bukanlah nak sarankan supaya budak lepasan SPM tak payah sambung belajar lagi, tapi aku cuma nak sedarkan akak dan abang yang ada Ijazah ni supaya jangan terlalu sombong dengan Ijazah tersebut. Allah mengurniakan rezeki yang berbeza-beza untuk setiap orang.

Harap aku tidak tersenarai dalam kelompok penganggur lepas tamat pengajian nanti. Amin~

Sumber: Berita Harian


WSM:
- setinggi mana pun kita belajar, mati tetap dalam tanah yang sama -

Sunday, May 6, 2012

Bersenam Sambil Menari

Salam satu kehidupan...

Petang tadi aku dan kawan-kawan pergi lagi bersenam aerobik. Kali ini sudah dua kali kami turut serta. Minggu lepas kami berjogging dulu baru beraerobik  tapi minggu ini vice versa. Kami beraerobik di taman rekreasi berdekatan Stadium Tun Fatimah.

Comel je PM kita dan isteri ni kan?
Seronok beraerobik ni. Lagi seronok beraerobik daripada berjogging. Aerobik ini seronok disebabkan kita bersenam diiringi dengan rentak muzik. Bila muzik perlahan pergerakkan menjadi perlahan juga. Bila muzik rancak, gerakkan badan pun menjadi tersangatlah pantasnya, sampai tak terikut aku dibuatnya

Lagi satu sebab aerobik ni seronok kerana kita dapat belajar pelbagai teknik menari. Macam-macam gaya ada. Dari tradisional hingga ke moden. Sampai kawan aku cakap,
"Nuar, boleh masuk showdown tahun depan ni!"

Selain daripada itu, aerobik menjadi bertambah seronok apabila kita bersenam beramai-ramai. Disitu kita dapat melihat pelbagai kaum dan peringkat umur bersatu menjadi rakyat yang lebih sihat dan bersih! Tak adalah berhimpun dan membuat kotor dijalanan macam satu perhimpunan baru-baru ini. Aerobik lagi bersih dari BERSIH.

Ini bukan bersih
Antara kebaikan aerobik yang lain:

  1. Menurunkan risiko serangan penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, serangan angina ahmar dan beberapa jenis kanser.
  2. Mengurangkan lemak berlebihan  yang perlu di turuti dengan permakanan seimbang
  3. Mencegah serangan Virus  seperti deman, seselma dan batuk.
  4. Membersihkan salur darah
  5. Menguatkan Jantung
  6. Meningkatkan keceriaan
  7. Menambah Stamina
  8. Aktif sepanjang hayat
Banyakkan faedah aerobik ni? Mungkin korang akan rasa malu bila mula-mula nak join, tapi lepas dah masuk aerobik ni mesti akan rasa seronok dan tak puas. Jadi mari kita bersenam untuk sihat sepanjang hayat!


WSM:
- Baju lebih basah hari ni dari minggu lepas -

Tuesday, May 1, 2012

FILM REVIEW : The Avengers

Setelah kecewa dengan beberapa filem Melayu yang aku tengok sebelum ini, aku berallih semula ke filem Hollywood. Cerita kali ini aku tak akan lepaskan untuk tengok. Cerita yang dimaksudkan ialah The Avengers. Filem yang paling aku nantikan tahun ini.


Lepas keluar wayang, aku boleh bagi 4 bintang untuk filem ini. Watak paling aku suka dalam Avengers ialah Ironman! Watak yang sangat kelakar dan dialah hero dalam cerita ini kerana telah menyelamatkan dunia. Watak paling lemah pula aku rasa ialah Captain America. Begitu juga dengan watak Thor. Kedua-dua watak ini tak nampak kehebatan mereka bila wujud beberapa watak superhero lain. Bak kata kawan aku, Tam "Bila terlalu ramai hero dalam satu cerita itu, tak nampak keseronokannya"


Banyak sebenarnya watak dalam Avengers yang tak ada dalam filem ini. Antara yang tertinggal ialah Spiderman dan Wolverine. Tapi aku boleh bayangkan bila Spiderman dan Woverine ada, pasti kuasa mereka akan nampak tak hebat berbanding superhero yang lain.

Watak dalam Avengers Asaal
Walau bagaimanapun, tak bermakna cerita ini tak seronok untuk ditonton. Ada elemen-elemen lain yang hebat untuk ditonton. Antaranya adalah teknik CGI yang digunakan memang hebat, babak berlawan yang hebat dan cerita ini juga ada menyelitkan beberapa unsur humor yang akan membuatkan penonton akan terbahak-bahak bila menonton.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan The Avengers di pawagam sebelum terlambat.


WSM:
- terlepas tengok Battleship, tunggu download je lah. HEHE -

Sunday, April 29, 2012

SYM (Safee Yang Menunggang)

Salam Ahad...

Bila lalu highway, antara yang manarik perhatian kita adalah Papan Iklan atau Billboard yang bermacam saiz, warna dan bentuk. Semua syarikat atau jenama sesuatu produk seperti berlumba-lumba untuk menunjukkan papan iklan yang menarik.

Ada satu papan iklan yang menarik hati aku. Aku tertarik pada nama iklan tersebut. Kali pertama aku perasan papan iklan ni semasa awal semester lepas. Bila tengok iklan tu di Highway Plus, aku rasa nak tergelak. Cer tengok iklan yang aku maksudkan ni : 



Aku cuba mencari apa maksud SYM yang sebenar. Mungkin nama SYM tu diambil dari nama syarikat tu sendiri iaitu Sanyang Electric Machinery Plant (tak pasti) yang berpangkalan di Taiwan. Antara model yang memikat mata aku ialah Symphony 150.  

Berbalik kepada papan iklan tadi. Aku rasa Syarikat SYM berjaya mencuri mata pengguna PLUS disebabkan nama iklan yang begitu klise sekali. Walaupun nama tersebut nampak macam pelik tapi efektif digunakan sebab senang diingati.

Gambar ihsan dari : Sukses 5SBikez

WSM:
- suka tengok iklan yang kreatif di Youtube -

Saturday, April 28, 2012

Bersih Itu Kotor

Salam Sabtu...

Baru sahaja tengok Buletin Utama TV3. Berita utama untuk hari ini sudah sepertinya berkaitan Bersih 3.0. Perasaan bercampur baur semasa melihat berita tersebut. Marah, sedih, malu ! Kenapa perlu nak berkumpul ramai-ramai, lepas tu merusuh. Budaya demonstrasi di Malaysia sudah berada pada tahap yang teruk sangat.


Sebelum ini aku ada tulis berkaitan Anti Vs. Pro Bersih 2.0. Semasa perhimpunan sekitar bulan Julai tahun lepas itu, mereka menyalahkan anggota polis apabila memukul peserta perhimpunan tersebut. Tapi kini apabila dalam Perhimpunan Bersih 3.0 mereka memusnahkan kereta polis malah membalikkan kereta tersebut! Apa pula kata kalian sekarang. Apa alasan mereka membalikkan kereta tersebut?


Bila merusuh, orang luar pasti akan pandang serong terhadap Malaysia. Pelancong asing pasti akan rasa takut nak datang Malaysia. Sudah lah industri pelancongan salah satu industri yang sangat penting dan menjana pendapatan. Lagi mahu merusuh bagai.

Satu lagi hal. Nasib peniaga di sekitar tempat kejadian pula pasti rugi besar. Sogo, Semua House dan beberapa lagi terpaksa ditutup. Ini semua gara-gara perhimpunan haram tersebut!

Seperkara lagi yang buat aku tak puas hati. Sebelum ini mereka kata perhimpunan Bersih kali ini adalah perhimpunan aman dan tidak melibatkan mana-mana parti politik. Tapi apa kes dengan merosakkan kereta polis itu? Dan kelibat Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan seorang lagi berbangsa cina (aku lupa nama dia) datang ke perhimpunan haram tu mewakili parti mana agaknya ya?? Cakap tak serupa bikin.

Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Tadi
Ambiga pula katanya menyuruh orang yang berhimpunan itu bersurai. Tapi mereka tidak menghiraukan langsung. Dalam hati Ambiga pasti rasa sangat seronok bila perhimpunan itu nampak berjaya.

Ni pon peserta Bersih?
Paling aku kasihan...
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lepas perhimpunan itu, pekerja DBKL pasti terpaksa membersihkan sisa-sisa sampah yang ditinggal para peserta. Jalan di Dataran Merdeka boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Masa nak makan KACANG, dikunyah dengan penuh rasa nikmat, tapi bila dah habis, dibuang kulit kacang merata dijalanan.

Pada aku sendiri, sebarang bentuk perhimpunan sama ada diluluskan atau pon haram memang tidak membawa sebarang faedah. Malah ia hanya membawa kepada satu impak - memalukan Malaysia.


WSM:
- harap tiada sebarang pihak berkecil hati, aku hanya menyatakan pendapat
 sebagai rakyat Malaysia yang prihatin -


Thursday, March 8, 2012

TOP 10 Browser

Assalamualaikum and may you guys have a peace of life...

For this post I will write in English. This is the second time for my fully English post. The first one is on Rebecca Black Phenomenon

Back to the topic,
Some people very careful and fussy while selecting their browser when surfing internet. As for me I prefer to use Mozilla Firefox and Google Chrome. But recently I regularly use Chrome because it is more smooth, faster and do not easily to 'crash' like Firefox.

When downloading I prefer to use Fifefox because we can use third party software like Orbit to download video on Youtube or any other video in the web.

Based on TopTenReviews the most popular browser are:










* click on the blue font to download  the file

The most secure browser are (2012) :
1. Google Chrome
2. Internet Explorer
3. Mozilla Firefox 

I hope with this information you will have a better experience while surfing.

SOURCES: PC WORLDTopTenReviews


WSM:
- more English article after this -

Thursday, March 1, 2012

Temu Janji Dengan Doktor

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Gigi adalah satu aset yang tak ternilai yang di anugerahkan tuhan kepada kita. Bayangkan kalau kita tidak ada gigi. Macam mana kita nak mengunyah makanan? Takkanlah kita nak telah je. Mahu sembelit bila nak terberak buang air besar.

"Makanan kalau baru digoreng jangan dimakan terus, berlobang nanti gigi kau"

"Jangan makan banyak sangat gula-gula, tak baik untuk gigi"

"Sebelum tidur gosoklah gigi"

Itu adalah antara nasihat yang selalu mak aku pesan kepada anak bujang dia seorang ni. Tapi aku selalu saja pandang enteng pada nasihat tersebut.

Dan akhirnya...
Padah menimpa diri aku sendiri. Akhirnya setelah usia menjengah ke angka 22 tahun ini, gigi aku telah berlubang.

sebelum : kalau perasan ada lobang hitam kecil diantara gigi arnab aku tu.

Kalau zaman sekolah dulu, mesti akan ada doktor gigi datang ke sekolah. Sepanjang bertemu dengan doktor di sekolah aku tak pernah pula kena cabut gigi atau pon tampal gigi. Malah ada doktor yang memuji:

"Bagus gigi awak"

Tapi itu dululah. Sekarang gigi aku sudah berlubang. Depan pulak tu. Jadi misi aku waktu cuti ni adalah untuk menampal gigi hadapan.

Ada kawan aku tanya:

"Mesti hitam kan gigi yang ditampal tu?"

Hitam? HAHA.. 

Kalau nak tahu, bahan yang digunakan untuk menampal gigi hadapan ni lain daripada tampal gigi belakang tu. Dan prosesnya juga agak leceh. Warnanya juga seakan-akan warna gigi. Jadi tak HITAMlah.

Ini adalah klinik kedua aku pergi. Awal cuti hari tu aku ada pergi klinik gigi lain tapi dia kata bahan nak tampal gigi hadapan tu tak ada. Kena tunggu 4 bulan lagi! Jadi aku buat keputusan untuk pergi klinik lagi satu. Untuk pengetahuan, aku pergi klinik awam je. Murah dan jimat.

Berbalik kepada tajuk (panjang pula mukadimah kali ini)

Sebenarnya aku dah pergi klinik gigi tu semalam, tapi dia cuma bersihkan gigi sahaja dan dia buat temu janji dengan aku esoknya (hari ini) pukul 9 pagi.

Perasaan aku masa nak menjejak kaki ke Klinik Kesihatan Taman Universiti tu : SANGAT GEMENTAR.

Klinik Kesihatan Taman Universiti
Semalam aku ada baca komen orang yang tampal gigi depan ni, ada yang kata sakit, ngilu dan gigi kene gerudi  sampai ada lobang besar. Manalah aku tak seram. (menyesal pula buat research)

Tapi lepas dah selesai tampal gigi...

Tak adalah rasa sakit pun cuma ngilu tu memang kena tahan sikitlah. Dan proses menampal gigi tu memang agak lama, kira-kira setengah jam. Aku agak berpuas hati dengan perkhidmatan klinik awam yang diberikan. Nurse di kaunter pendaftaran pun senyum je.

Bayaran yang dikenakan untuk menampal gigi hadapan ni = HANYA RM4. Murah yang teramat sangat kalau nak dibandingkan dengan klinik swasta dalam RM40++.

Muka puas selepas menampal gigi.

Setakat ini sahaja. SEKIAN~



WSM:
- Jagalah gigi anda dengan sebaiknya. Jangan sampai berlubang macam aku ni -

Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Perlu Tahun Lompat

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Seperti mana yang kita tahu setiap empat tahun sekali bulan Februari akan bertambah bilangan harinya kepada 29 hari berbanding dengan kebiasaannya iaitu 28 hari.

Tahun 2012 adalah tahun lompat dan ia jatuh pada hari esok 29 Februari 2012.

Tapi kenapa perlu tahun lompat? Jawapannya aku ringkaskan seperti dibawah:

Jumlah Hari pada tahun biasa = 365 Hari
Jumlah hari pada tahun lompat = 366 Hari
Tempoh bumi mengelilingi matahari = 1 tahun (bersamaan 8766 jam / 365 hari, 6 jam)
6 Jam X 4 Tahun = 24 Jam / 1 Hari
1 Hari tu diletakkan selang 4 tahun yang dikenali dengan tahun lompat iaitu pada 29 Februari.

Tahukah Anda?
  • Februari bermula dengan hari yang sama seperti bulan Mac dan November pada tahun bukan lompat.
  • Februaari bermula dengan hari yang sama seperti bulan Ogos dalam tahun lompat.
  • Februari berakhir pada hari yang sama seperti bulan Oktober dalam setiap tahun dan sama seperti bulan Januari dalam tahun bukan lompat.
  • Februari adalah satu-satunya bulan yang bermula dan berakhir dengan hari yang sama dalam tahun lompat


Antara Peristiwa Penting bulan Februari:

20 Februari 1956
Hari pengisytiharan tarikh kemerdekaan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir Melaka.

23 Februari 1950
Peristiwa Bukit Kepong

01 Februari 1948
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya
pemerintahan Malayan Union.




WSM:
- Selamat hari jadi kepada yang menyambutnya esok! -

Sunday, February 26, 2012

Cara Melajukan Broadband Anda

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Sekarang ini pelbagai jenama broadband yang berada dipasaran. Namun ramai yang kecewa dengan kelajuan broadband yang digunakan. Kalau nak pergi ke laman web tertentu asyik loading. Kalau layan Youtube jangan cakaplah "buffering" memanjang.

Seperti biasa aku akan blogwalking bagi mengisi hujung minggu yang bosan ni. Tiba-tiba (cett..ayat nak suspen) aku terjumpa artikel yang menarik dekat satu blog ni iaitu - cara melajukan broadband. Ingatkan ini hanyalah artikel lawak atau main-main, tapi bila aku cuba... WOW! Memang berkesan.

Jadi hari ini aku dengan baik hatinya ingin berkongsi satu tips iaitu cara melajukan broadband korang daripada biasa.

CARA-CARANYA:

Langkah 1.
Mesti tahu IP Address korang.

Tak payah nak peningkan kepala korang apa maksud IP Address tu. Klik je SINI untuk mendapatkannya. Untuk pengetahuan korang IP Address ni berubah-berubah mengikut masa dan tempat. Jadi setiap kali korang mahu melajukan broadband, korang perlu dapatkan IP Address dikawasan tersebut.


Langkah 2
Letak Di Notepad

Cara untuk membuka notepad:

Klik Start > All Programs > Accessories > Klik Notepad.

Copy and paste kod di bawah ke dalam notepad yag telah di buka tadi.

c:\windows\system32\ping<space>IP ADDRESS ANDA<space>-t

*tidak perlu taip "<space>". Hanya perlu wujudkan ruangan kosong  di tempat tersebut.


Copy and paste IP Address (langkah 1) di tempat sepatutnya seperti yang ditunjukkan di atas.


Langkah 3.
Save As

Simpan (save as) notepad tersebut dalam format ping.bat. Simpan di dekstop.



Langkah 4.
Klik pada ikon yang telah disimpan tadi.

Kemudian akan muncul seperti gambar di bawah ini. Biarkan sahaja ia terbuka sepanjang korang online.


* Jika keluar 'request  time out' biarkan sahaja.

Selamat mencuba.

SUMBER: Kaki Blog


WSM:
- Kalau korang masih tak percaya, lepas dah ikut semua langkah di atas, cuba tengok video di Youtube. Korang pasti akan terpesona. -




Tuesday, February 21, 2012

Kesalahan Menaip dan Solusinya

Assalamualaikum dan salam 1Kehidupan...

Sebagai manusia biasa kita tak lari dari kesalahan mengeja apabila menaip. Aku tak terkecuali. Sampai ada yang menggelar aku Mr. Typo.


Banyak sangat kesalahan menaip aku setiap hari. Kalau rajin aku akan delete dan betulkan semula, kalau malas aku biarkan sahaja. Ini antara yang sempat aku prinscreen



Antara sebab kenapa kesalahan ejaan ni sering berlaku :
- jarang menaip
- nak cepat sangat taip
- menaip tanpa melihat skrin
- nervous terutama bila ada orang dekat sebelah
- menaip hanya menggunakan 1atau 2 jari sahaja
- taip tanpa melihat kembali kesalahan ejaan tersebut
- tidak menghafal kedudukan aksara (font) di keyboard

Itu antara sebab kenapa aku sering salah taip.

Jadi, aku hari ini nak ajar korang semua
CARA MENAIP YANG BETUL DAN PANTAS.




1. Gambar di atas menunjukkan kedudukan sebenar jari yang patut diletakkan bila menaip.

2. Kesemua jari anda perlu diletakkan di atas huruf-huruf utama di keyboard iaitu A, S, D, F, J, K, L dan tanda ;Kalau anda perasan pada huruf F dan J terdapat satu tanda seperti garisan kecil di atasnya. Ini bertujuan supaya anda meletakkan jari di tempat yang betul.

3. Apabila jari jemari anda telah diletakkan di atas tempat yaang sepatutnya, anda akan mudah mencapai huruf berdekatan setiap jari tersebut. Gambar dibawah meunjukkan setiap jari punyai huruf yang tersendiri di atas keyboard. Dan ibu jari hanya digunakan untuk menekan 'space'.


4. Jadi, bila anda sudah menghafal kedudukan jari untuk setiap keyboard, cuba menaip tanpa melihat kerboard dan hanya melihat skrin sahaja. Pada yang tak biasa seperti aku memang susah, tapi anda akan rasa kepantasan menaip apabila menggunakan kaedah ini.

5. Bila korang rasa skil menaip korang sudah cukup hebat, cuba uji kepantasan korang di laman web ini :
1. Malaysian Speed Test (Bahasa Melayu) 
2. Speed Test (English)


Selamat Mencuba!




SUMBERjustkhaicinoscaraku


WSM:
- practise make perfect -

Saturday, February 18, 2012

Maggi dan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Kehidupan...

Maggi. Jenama yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Jika anda tak pernah nampak, tak pernah makan hatta tak pernah melihat iklan jenama Maggi di kaca televisyen.... ANDA BUKAN RAKYAT MALAYSIA YANG SEJATI. (hehe...)

Tapi hari ni aku bukan nak bercerita tentang sos maggi, kiub pati ayam maggi atau jenama yang lain.

Cerita kali ini khusus memfokus kepada produk mee segera MAGGI.


Favorite aku : Perisa kari dan tom yam! (kecur tetibe)

Cerita kali ni juga bukanlah nak cerita asal usul maggi, atau nak cerita satu persatu perisa mee segera maggi tu sebab rasanya korang semua boleh cari info tu di Google, Yahoo, atau apa sahaja search engine.

Haish. Panjang pula rasanya intro kali ini. Baiklah straight to the point.

Orang Malaysia, terutamanya Melayu bukan sahaja menggunakan istilah 'maggi' untuk merujuk kepada jenama Maggi tu sendiri, tapi juga untuk jenama lain seperti Cintan, Pama, Mamee dan sebagainya. Tengok contoh dibawah:

(click gambar untuk lebih jelas)

Jadi ni menunjukan jenama maggi sangat kuat dan mengatasi jenama lain yang ada di Malaysia. Mungkin selepas ini, Dewan Bahasa dan Pustaka boleh ambil istilah 'maggi' merujuk kepada mee segera sebagai kata baru dalam kamus.

Walaupun maggi ini mudah dimasak dan sedap dimakan, namun ia tetap punyai keburukkannya kerana ia tergolong dalam makanan segera yang sudah semestinya banyak kandungan bahan pengawet dan serbuk perasa (MSG).

(bahan yang dikhabarkan terdapat dalam Maggi, tapi aku sendiri belum pasti akan maklumat ini)




WSM:
- tak salah rasanya nak makan Maggi, tapi janganlah di amalkan selalu -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...