TAB

Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Tak Salah Berbeza Pendapat

Salam 1Kehidupan...


Sebelum korang semua baca tulisan aku kali ini, lihat gambar di atas. Berapa sebenarnya jumlah kayu tersebut?

Sebagai seorang manusia kita tidak lari daripada punyai pendapat dan idea yang berbeza. Mari kita lihat beberapa situasi yang mungkin pernah berlaku dalam kehidupan seharian kita.


 Mana pilihan anda?

Beli baju.
A: Cantik baju warna biru ni.
B: Warna hijau lagi nampak menyerlah. V-Neck lagi !
A: Tak nak lah. Nampak gay kot.
C: Biru ke Hijau ke. Dua-dua tak menarik. Merah lagi ok rasanya.
Akhirnya: Tak jadi beli



 Dua-dua cantik kan? HEHE

Lelaki bila melihat perempuan.
A: Cantik siot perempuan tu.
B: Apa benda lah taste kau ni. Muka macam dekat pasar malam kau kata cantik.
C: Pada aku cantik tak penting. Asal bertudung aku dah rasa cukup baik.
Konklusi: Cantik itu subjektif

 Jambu atau Macho?

Perempuan bila terpandang lelaki.
A: Handsomenya mamat tu !
B: Muka jambu sangat. Tak minat. Carilah yang macho sikit.
C: Orang kata lelaki yang boroi menjamin kebahagian.
Persepsi Ibu Bapa: Lelaki yang berharta menjamin kebahagian sepanjang hayat.



Fahaman politik.
A: Kita patut sokong parti yang memperjuangkan Islam bukan Melayu.
B: Bila Melayu terbela, nasib agama Islam juga turut sama diperjuangkan.
C: Tak kesa mana-mana yang berkuasa. Yang penting makan minum aku terjamin.
Sebenarnya: Mana-mana parti ada baik dan buruk. Pilih mana yang kita rasa terbaik. Hormati pendapat masing-masing.


Nuarahman: Fikir dahulu sebelum mengeluarkan pendapat. Takut terguris mana-mana hati.

Monday, January 17, 2011

aku berambut mohawk?

sesuai ke?
ahad lepas aku, aker dan imam berjalan di MP dan DP. Tujuan haritu nak cari makan tengahari walaupon dah  jam 4petang!

Dari minggu lepas aku pasang impian nak gunting rambut. dalam hati teringin nak gunting style mohawk. Tapi masalahnye sesuai ke dengan aku? jalan2.kitorang jumpe satu kedai baru (ada promotion) dekat hatten square. harga macam ok (rm10). ok ape utk salun macam tu... (1st time gunting kat salun..haha)

cina tu macam tahu jek ape yg aku nak.
"mahu try mowhak style?"
ape lagi. aku pon cubelah

hasilnye...
berpuas hati.
lantaklah sesuai dgn aku ke tak.
yang penting sekarang aku dah pon potong gaya tu...


SEJARAH MOHAWK
  • Awalnya gaya rambut Mowhawk ini diambil dari nama suku penduduk asli Amerika Utara yg mendiami lembah Mohawk. ( haha..aku dah jadi orang asli ker?) Mowhawk dikenal juga sebagai gaya rambut kaum punk.
extream giler!
  • Biasanya kedua sisi kepala dicukur dan dibiarkan rambut sedikit panjang di tengah kepala.
selebriti yang mengilhamkan aku potong gaya mohawk!
* aku bukan punk tapi hanyalah meniru gaya rambut tersebut sahaja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...