TAB

Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Siti Nurhaliza - Galau (Video Lirik)


(video boleh didownload dengan menggunakan software IDM atau Orbit)



Lirik Lagu Galau - Siti Nurhaliza
Composer/Lyrics : Cacaq (Idris)



Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan mata mu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kata dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu





Nuarahman : Video ini aku pernah upload dalam Youtube, tapi sebab ada copyright terpaksa padam. So rasa rugi pulak kalau tak dikongsi bersama peminat Siti diluar sana.

Saturday, June 16, 2012

AKU = AFGAN?

Beberapa jam yang lalu, seorang rakan kelas ada post ni dekat timeline aku.



Seriusly, aku tak faham dan aku buat bodoh je. Then sebelum nak tidur ni, aku buka laptop kejap, macam biasa online facebook kejap. Entah kenapa tiba-tiba terasa nak tengok side bar. Nak stalker orang sebenarnya. Lalu aku terbaca ini:



Aku masih kurang faham, sehinggalah aku buka wall kawan aku tu. Alangkah terkejutnya aku bila nampak kawan aku pakai dp aku. Bukan seorang, tapi ade dua orang lagi. CISSSS...







Baru aku faham kenapa Ayie cakap aku macam Afgan. Tapi sama ke aku dengan Afgan? Jauh panggang dari api kot...

Afgan


WSM:
- kalaulah gue ganteng kaya sama mas Afgan, pasti udah keliling pacar-pacar gue

Thursday, December 29, 2011

Part Time Singing Part 2

Entri kali ni adalah kesinambungan dari post semalam.
Klik SINI

Semester ni aku banyak kaut pengalaman dengan menyanyi.

Semuanya bermula apabila aku masuk pertandingan nasyid beberapa bulan lepas.
Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut pasal pertandingan tu.

Berita kemenangan aku telah sebar dalam satu kelas. Dan seorang lecturer, PM Zaiton yang amat prihatin telah menawarkan aku untuk menyanyi di tiga majlis. (wah...! hebat tak?)

Kelas PM Zaiton adalah medium mencurahkan bakat. Student yang lambat akan didenda untuk menyanyi, menari berlakon dan sebagainya. Aku tak terkecuali.
Pernah sekali aku post pasal kelas PM Zaiton ni. Klik SINI

Bersama, Ana yang juga menyanyi malam tu. (serius mantap suara dia!)

Majlis integrasi antara UiTM Kedah dan Kampus Bandaraya Melaka.

Aku mewakili UiTM KBM untuk menyanyi disana. Dua lagu aku bawa. Lagu pertama, lagu yang aku menang masa nasyid tu.
Klik SINI untuk dengar aku nyanyi lagu apa.

Satu lagi lagu, Harapan - Fazli Zainal.
Nak dengar aku nyanyi? Klik video dibawah.

Best tak? Entahlah...pada aku ok lah. Tak de lah mantap mana pon vokal aku.


Majlis Pra-graduasi Pelajar semester akhir

Lagi sekali aku menyayikan dua lagu. Aku diarah untuk menyanyikan lagu yang aku menang masa nasyid tempoh hari, walaupon sebenarnya aku nak nyanyi lagu lain. Satu lagi lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain.

Serius susah lagu Sedetik Lebih tu. Paling aku malu masa tengah nyanyi boleh pulak aku menelan air liur. Jadinya dengarlah satu hall! OWH TIDAK. Malu wei...

Lagi satu majlis aku tak ingat apa nama dia. Tapi aku tak dapat hadir sebab dibuat masa minggu last study. Masa tu jadual memang pack gila. Dengan assignment, test, presentation dan macam2 lagi. 
Maaf PM. Mungkin lain kali.


WSM:
- pernah juga terfikir nak masuk pertandingan menyanyi, tapi aku tak nak jadi artis. Nak duit yang menang tu je. Itu pon kalau menanglah...haha -

Saturday, December 3, 2011

Download Album Artis Melayu

Seperti biasa aku akan merayau-rayau di dunia maya ni tanpa arah tuju. Sejak rumah sewa aku ni guna Streamyx, unlimited access pulak tu! Memanglah tak menang tangan nak klik sana download sini.

Setelah beberapa ratus kilometer berjalan, mendaki dan merempuh ranjau yang berduri tiba2 aku jumpa satu blog yang agak menarik untuk dikongsi.

 

Baca tajuk pon dah tahu dalam blog tu menyediakan pelbagai lagu berformat mp3 dan muzik video. 

Memang banyak sangat koleksi artis yang ada. Tak caya tengok ni.

 

Yang korang tengok ni baru sikit. Sebenarnya blog ni bukan lah sumber utama untuk mendownload lagu2 tu.

Blog ni akan menghubungkan korang dengan website lain seperti FileSonic, FileServe, HotFile dan Uploadstation. 

Tadi aku ada download lagu dari album Amy Mastura. Kenapa Amy? Suka hati akulah..haha


 

File yang korang download ni dalam format 'rar'. Jadi korang kena download WinRAR dulu. Klik SINI untuk download WinRAR.

 

Lepas dah masuk website tu, pilih je bahasa mana korang nak dan versi mana korang berkenan. 

Jadi, selamat mendownload dan selamat mendengar. 




WSM :
- walaupon dari segi undang2 melanggar hak cipta. Tapi dah perkhidmatan mendownload secara percuma disediakan, rasa membazir pulak kalau tak dimanfaatkan. Hehe -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...