TAB

Showing posts with label bahasa jiwa bangsa. Show all posts
Showing posts with label bahasa jiwa bangsa. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

WTF with Harlem Shake ?

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan.

Ini adalah entri yang secara tiba-tiba dibuat. Suatu malam yang hening, bosan, dan tiba-tiba terfikir untuk menulis.

Cute Style

Orang putih ni kalau buat video kekadang memang merepek dan tak 'masuk' dek akal. Aku teringat fasal suatu video yang kawan aku post beberapa bulan lepas.

Pernah tengok video ni:

Video ni pasal seorang lelaki yang nak buat rekod makan telur bersama sekali dengan kulit telur dalam masa beberapa minit. Video ni memang merepek, geli, pengotor dan aku rasa nak termuntah.

Oh. Berbalik kepada Harlem Shake.

Pada aku maksud Harlem Shake ini ialah satu goyangan atau gerak tari yang tak patut ditiru khususnya kanak-kanak kerana berbentuk lucah. Video tersebut hanya beberapa saat sahaja dan watak utama video tersebut ialah seorang lelaki yang memakai helmet, menari dan dalam beberapa saat kemudian, semua orang disekeliling ikut sama berjoget.



Katanya video di atas ini lah yang membuatkan Harem Shake popular. Video ini popular awal Februari yang lalu. Mungkin sesetengah orang menganggap cara tersebut semata-mata untuk menghilangkan rasa tertekan duduk dalam pejabat.


Namun video asal sebenarnya daripada username lain iaitu DizastaMusic, bertajuk Filthy Compilation #6 - Smell My Fingers. Yang aku paham pasal video ni ialah fasal KENTUT! Gile merepek orang putih ni... Boleh cuba tengok video tu dekat bawah ni. Kalau nak tengoklah ~


Jangan terkejut, orang Malaysia pon ade buat versi 'Harlem Shake' ni. Cuba tengok video di bawah:


Korang juga boleh cari Versi Harlem Shake lain yang berlambak ada dalam Youtube.

Mungkin sesetengah orang akan fikir aku kolot ke apa sebab bersikap prejudis terhadap hal yang kecil. Ya memang tak salah nak 'have fun'. Tapi bukan dengan cara berjoget macam orang gila. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan aku pon tak cukup sempurna lagi.


Nuarahman : tajuk yang agak kasar mungkin?

Thursday, October 25, 2012

Anugerah TYPO Terhebat Disandang Oleh...

Salam 1Kehidupan...

Semalam merupakan hari TYPO sedunia. Yeke? Eh Takdelah sedunia sangat. Mungkin untuk seorang wanita ini sahaja. Lihat sahaja antara karya-karya beliau:

kirang = korang

no = ni

mensi = mesej

oian = pain


Sampailah makcik ni suruh aku buatkan anugerah untuk dia.


Disebabkan permintaan anda itu saya tunaikan. Terimalah piala ini atas usaha gigih anda selama ini dalam membangun industri TYPO. Sekalung tahniah diucapkan.

Tahniah sekali lagi.

Masalah typo = kesalahan mengeja itu memang selalu sahaja berlaku. Aku juga tak lari dari masalah tersebut. Oleh itu aku sarankan kepada insan-insan yang mempunyai masalah typo ni rujuk entri aku sebelum ini; Kesalahan Menaip dan Solusinya 

Jadi, kalian yang rasa kalau tak nak kena 'bahan' dengan member tu, silalah cek ejaan anda sebelum post sesuatu di laman sesawang.


WSM:
- boleh terputus urat kentut kalau tengok orang salah eja ni -

Sunday, May 6, 2012

Bersenam Sambil Menari

Salam satu kehidupan...

Petang tadi aku dan kawan-kawan pergi lagi bersenam aerobik. Kali ini sudah dua kali kami turut serta. Minggu lepas kami berjogging dulu baru beraerobik  tapi minggu ini vice versa. Kami beraerobik di taman rekreasi berdekatan Stadium Tun Fatimah.

Comel je PM kita dan isteri ni kan?
Seronok beraerobik ni. Lagi seronok beraerobik daripada berjogging. Aerobik ini seronok disebabkan kita bersenam diiringi dengan rentak muzik. Bila muzik perlahan pergerakkan menjadi perlahan juga. Bila muzik rancak, gerakkan badan pun menjadi tersangatlah pantasnya, sampai tak terikut aku dibuatnya

Lagi satu sebab aerobik ni seronok kerana kita dapat belajar pelbagai teknik menari. Macam-macam gaya ada. Dari tradisional hingga ke moden. Sampai kawan aku cakap,
"Nuar, boleh masuk showdown tahun depan ni!"

Selain daripada itu, aerobik menjadi bertambah seronok apabila kita bersenam beramai-ramai. Disitu kita dapat melihat pelbagai kaum dan peringkat umur bersatu menjadi rakyat yang lebih sihat dan bersih! Tak adalah berhimpun dan membuat kotor dijalanan macam satu perhimpunan baru-baru ini. Aerobik lagi bersih dari BERSIH.

Ini bukan bersih
Antara kebaikan aerobik yang lain:

  1. Menurunkan risiko serangan penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, serangan angina ahmar dan beberapa jenis kanser.
  2. Mengurangkan lemak berlebihan  yang perlu di turuti dengan permakanan seimbang
  3. Mencegah serangan Virus  seperti deman, seselma dan batuk.
  4. Membersihkan salur darah
  5. Menguatkan Jantung
  6. Meningkatkan keceriaan
  7. Menambah Stamina
  8. Aktif sepanjang hayat
Banyakkan faedah aerobik ni? Mungkin korang akan rasa malu bila mula-mula nak join, tapi lepas dah masuk aerobik ni mesti akan rasa seronok dan tak puas. Jadi mari kita bersenam untuk sihat sepanjang hayat!


WSM:
- Baju lebih basah hari ni dari minggu lepas -

Tuesday, November 1, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa ! Customer Always Right !

Nak cakap sambut Bulan Bahasa Kebangsaan dah lepas. Jadi apa aku nak cerita ni?

Baik. Cerita bermula macam ni.

Petang tadi pergi survey laptop. Sorang kawan aku ni nak beli laptop baru. Tiba satu kedai komputer ni dekat Mahkota Parade. Bila langkah masuk je, aku puji kedai ni sebab harga dia kira berpatutan. Laptop pon agak banyak.

Belek punya belek aku tertarik dengan model Acer ni. Rupa model tu macam Mac Book. Tengok gambar bawah ni.


Macam Mac Book kan? Cantik. Harga pon lebih murah. Tak lebih dari RM3000.

Macam biasalah kan kalau kita nak beli laptop. Mesti belek2 sikit. Tiba-tiba sorang salesman ni datang meluru ke arah aku dan kawan aku. 

"Jangan sentuh. Jangan sentuh! Tak nampak ke ni tulis jangan sentuh!" sound brader tu dengan kasar.

"Mak ai kau apesal. Gila kasar kau cakap" cakap aku dalam hati.

Serius aku panas gila masa tu. Tujuan masuk ke kedai tu kononnya nak cari external. Tapi tak jadi. Aku terus keluar sambil aku sound dia balik.

"Tak payah lah nak marah. Saya ni customer" dengan bahasa yang agak sopan. Menggambarkan aku sebagai seorang pelajar universiti yang penuh dengan bahasa yang santun lagi bertatasusila!

Kalau ikutkan hati memang aku nak tumbuk je muka dia. Boleh dia cakap macam tu dekat customer!?

Kalau korang marah tak dapat salesman macam tu?




WSM:
- "customer always right" Inilah yang aku belajar masa kerja dekat jusco dulu -
- Nak berbudi bahasa bukan dengan awek je. Orang tua, mak bapak, semua oranglah -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...