TAB

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Cara Melajukan Broadband Anda

Assalamualaikum dan Salam 1Kehidupan...

Sekarang ini pelbagai jenama broadband yang berada dipasaran. Namun ramai yang kecewa dengan kelajuan broadband yang digunakan. Kalau nak pergi ke laman web tertentu asyik loading. Kalau layan Youtube jangan cakaplah "buffering" memanjang.

Seperti biasa aku akan blogwalking bagi mengisi hujung minggu yang bosan ni. Tiba-tiba (cett..ayat nak suspen) aku terjumpa artikel yang menarik dekat satu blog ni iaitu - cara melajukan broadband. Ingatkan ini hanyalah artikel lawak atau main-main, tapi bila aku cuba... WOW! Memang berkesan.

Jadi hari ini aku dengan baik hatinya ingin berkongsi satu tips iaitu cara melajukan broadband korang daripada biasa.

CARA-CARANYA:

Langkah 1.
Mesti tahu IP Address korang.

Tak payah nak peningkan kepala korang apa maksud IP Address tu. Klik je SINI untuk mendapatkannya. Untuk pengetahuan korang IP Address ni berubah-berubah mengikut masa dan tempat. Jadi setiap kali korang mahu melajukan broadband, korang perlu dapatkan IP Address dikawasan tersebut.


Langkah 2
Letak Di Notepad

Cara untuk membuka notepad:

Klik Start > All Programs > Accessories > Klik Notepad.

Copy and paste kod di bawah ke dalam notepad yag telah di buka tadi.

c:\windows\system32\ping<space>IP ADDRESS ANDA<space>-t

*tidak perlu taip "<space>". Hanya perlu wujudkan ruangan kosong  di tempat tersebut.


Copy and paste IP Address (langkah 1) di tempat sepatutnya seperti yang ditunjukkan di atas.


Langkah 3.
Save As

Simpan (save as) notepad tersebut dalam format ping.bat. Simpan di dekstop.



Langkah 4.
Klik pada ikon yang telah disimpan tadi.

Kemudian akan muncul seperti gambar di bawah ini. Biarkan sahaja ia terbuka sepanjang korang online.


* Jika keluar 'request  time out' biarkan sahaja.

Selamat mencuba.

SUMBER: Kaki Blog


WSM:
- Kalau korang masih tak percaya, lepas dah ikut semua langkah di atas, cuba tengok video di Youtube. Korang pasti akan terpesona. -




Saturday, December 3, 2011

Download Album Artis Melayu

Seperti biasa aku akan merayau-rayau di dunia maya ni tanpa arah tuju. Sejak rumah sewa aku ni guna Streamyx, unlimited access pulak tu! Memanglah tak menang tangan nak klik sana download sini.

Setelah beberapa ratus kilometer berjalan, mendaki dan merempuh ranjau yang berduri tiba2 aku jumpa satu blog yang agak menarik untuk dikongsi.

 

Baca tajuk pon dah tahu dalam blog tu menyediakan pelbagai lagu berformat mp3 dan muzik video. 

Memang banyak sangat koleksi artis yang ada. Tak caya tengok ni.

 

Yang korang tengok ni baru sikit. Sebenarnya blog ni bukan lah sumber utama untuk mendownload lagu2 tu.

Blog ni akan menghubungkan korang dengan website lain seperti FileSonic, FileServe, HotFile dan Uploadstation. 

Tadi aku ada download lagu dari album Amy Mastura. Kenapa Amy? Suka hati akulah..haha


 

File yang korang download ni dalam format 'rar'. Jadi korang kena download WinRAR dulu. Klik SINI untuk download WinRAR.

 

Lepas dah masuk website tu, pilih je bahasa mana korang nak dan versi mana korang berkenan. 

Jadi, selamat mendownload dan selamat mendengar. 




WSM :
- walaupon dari segi undang2 melanggar hak cipta. Tapi dah perkhidmatan mendownload secara percuma disediakan, rasa membazir pulak kalau tak dimanfaatkan. Hehe -

Friday, November 11, 2011

Cara Memadam Akaun Facebook Secara Kekal

Tak tahu pulak ade aplikasi ni. Dulu tahu boleh deactive je.

Tadi kawan aku bagitahu. Terus aku google.

Cara-caranya:

1. Pergi URL ni
https://www.facebook.com/help/search/?q=how+do+i+delete+my+account
atau klik je SINI


2. Klik "How do I permanently delete my account?"


3. Klik "submit your request here"



4. Akhir sekali klik "Submit"



Tapi untuk membuatkan akaun facebook dipadam secara kekal, ada syarat-syaratnya:
  • Akaun anda akan deactive dahulu selama 2 minggu. Jika anda tidak melakukan APA-APA AKTIVITI berkaitan facebook dalam tempoh 2 minggu, barulah akaun anda akan dipadam secara kekal.
  • APA-APA AKTIVITI merangkumi : melog masuk (log in), tidak menggunakan fb dalam aplikasi lain seperti iPHONE dll., atau menekan button LIKE.
  • Untuk mengurangkan risiko anda secara tak sengaja ter'log in', delete semua history.
  • Kalau tangan tu gatal jugak nak log in, Pemadaman Akaun akan DIBATALKAN.
Sumber : facebook








WSM:
- selalunya orang berani deactive jek kan, kali ni apa kata delete pulak. ada bran? -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...