SALAM AIDILADHA kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Hari ni aku nak kongsikan perkara-perkara penting yang berlaku pada bulan Zulhjjah ni.
Pengorbanan Nabi Ismail a.s.
Nabi Ibrahim a.s. mematuhi perintah Allah SWT untuk
mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s.
Bai'tul
Aqabah
Pada tahun ke-13 selepas perlantikan Rasulullah s.a.w.
menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah (Perjanjian Aqabah) yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia
mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada
penduduk Yatsrib (Madinah).
Hajjatul
Wida' ( Haji Selamat Tinggal )
Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan
haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi
s.a.w. mengerjakan ‘ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam
peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara
kehidupan di dalam Islam.
Saidina
Umar r.a. meninggal dunia
Pada tahun 23 Hijrah, Amirul
Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah
al-Majusi dan digantikan dengan Saidina Uthman. Perlantikan Uthaman bin ‘Affan sebagai khalifah ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang
telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.
Saidina Ali
r.a menjadi khalifah yang keempat
Setelah berlaku kontroversi tentang
pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina
Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun
begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan
kepimpinannya.
SUMBER : JAIS
WSM:
- Kejap lagi nak bertolak balik kampung -
- Dulu kecik2 suka tengok orang sembelih lembu dan kambing -
4 comments:
kita sbg manusia ni pun byk gak pengorbanan kan??
=_=
mr.syazwan : BETOL...cinta adalah salah satu korbannya...haha
nice sharing here :)
Nafisah Ruslan : tq 4 ur time reading~
Post a Comment