PROTON INSPIRA
Mungkin kereta ini mendapat namanya disebabkan inspirasi daripada model keluaran Mitsubishi LANCER EX
Lagi pon proton memang selama ini telah bekerjasama dengan Mitsubishi agak sekian lama. Mungkin ramai yang tak tahu. Seperti model Perdana yang mendapat sentuhan Mitsubishi Eterna dan model Putra dari Mitsubishi MIRAGE.
KR bukanlah arif untuk berbicara soal kereta.
Tapi KR sebagai pengguna juga punya pendapat akan kereta ini.
REKA BENTUK
Dari ciri luaran. Hampir tiada perbezaan. Sebijik macam model rujukanya itu !
Memang tak dinafikan reka bentuk model ni memang menawan. Mungkin rakyat tempatan akan bangga memilikinya, Tapi orang luar negara yang kaya raya? Pandang ke mereka dengan kereta yang seperti diciplak ini?
KR kurang berminat sebenarnya dengan bentuk hadapan ( tgk dari sisi) kereta sebegitu. Tapi kalau dilihat dari hadapan, boleh tahan.
perbezaan INSPIRA (atas) dan LANCER (bawah) |
SPESIFIKASI
- INSPIRA didatangkan dengan dua varian iaitu 2.0 Premium dan 1.8 Executive
- Digerakkan oleh 16-inchi rim
- Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver and Tranquility Black
- Pemain MP3/bluetooth, beg udara, stering disaluti kulit, central door locking, reverse sensor dan macam2 lagi.
Kali pertama melihat harganya - agak terpaku. Ku sangkakan seperti waja, yelah kata model gantian waja tapi jauh lebih mahal.
Berikut adalah harganya :
Peninsular Malaysia Prices
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
KESIMPULANNYA . . .
KR tetap berbangga dengan PROTON.
Kalau ada duit teringin jugak nak merasa kereta ni.
Tapi hakikatnya . . . aku hanyalah seorang pelajar yg mengharap duit pinjaman PTPTN dan MAK&ABAH.
KR
No comments:
Post a Comment